Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Sebulan berlalu....mungkinkah SETAHUN..??


Esok genaplah satu bulan dari tarikh pergantungan keputusan kes Siapa Menteri Besar yang Sah bagi Negeri Perak.Semuanya kelihatan semakin suam dan membisu seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku walaupun sebenarnya ia sejujurnya adalah isu yang paling besar untuk diselesaikan.Apakah yang sebenarnya berlaku kepada keputusan tersebut..??Apakah yang sebenarnya sedang dicatur oleh kesemua Hakim-Hakim tersebut.?

Mungkin Rakyat Perak terlalu baik dan sabar dalam menghadapi situasi ini sehinggakan ia seolah nampak tenang.Namun selama mana ia akan dibiarkan?Apakah sekiranya ia akan terus ditunda dan ditunda untuk jangkamasa yang lebih lama Rakyat akan terus mendiamkan diri?Jawapannya pastilah TIDAK..!

Mungkin hari ini kita masih mampu bertenang kerana diajar dan ditarbiyahkan dengan baik namun tunggulah sekiranya air ini semakin panas pastilah ia akan mendidih dan ketika itu hanya tuhan yang tahu.!

Namun doa dan harapan akan terus dipanjatkan kepada yang Maha Esa agar ia menjadi sesuatu yang baik buat semua...!

1 comments:

wan berkata...

Pd pandgan sy kputusan pghakiman terhadap kes MB PERAK ini sdh hampir psti tdk akan dkeluarkn oleh 5 org hakim ini.Sy yakin mereka tahu sbb&implikasinya jika kptusan memihak kpd DS Nizar mahupun DS Zambry.5 org hakim ini skrg brada dlm situasi serba salah.