Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




PENJELASAN PEGUAM DS NIZAR

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN
hanipa-maidin-b
Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar ( bukannya DS Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

- Dari Blog Peguam PAS

4 comments:

Baginda Reformasi berkata...

salam... nak kaco dalam blog kome la... heheh

Bagaimana Tangani isu PERAK


Salah satu caranya telah di siarkan oleh enCYBERBORON dalam blog beliau... baginda tumpang copy... Adakan Pilihanraya Mandotori...



Sah UMNO takut menghadapi pilihanraya. UMNO tak mahu mengadakan pilihanraya. UMNO akan halang semua cubaan untuk mengadakan pilihanraya. Sultan dah tolak permohonan perkenan pembubaran DUN pada 5 Februari. SPR tolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Terkini sidang mee segera Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat 22 jam sebelumnya. UMNO betul-betul tak mahu diadakan pilihanraya.


Aku terima satu cadangan daripada seorang pemanggil ke telefon bimbit aku sekejap tadi. Cadangan itu sangat baik. Kita boleh dapatkan pilihanraya secara mandatory. Tanpa perlu perkenan Sultan. Tanpa perlu surat perletakan jawatan. Mahkamah pun tak boleh masuk campur. Bagaimana? ..... empat lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) mati!

Kata pemanggil itu "kita dapatkan perkenan Tuhan untuk mengadakan pilihanraya, Tuhan cabut nyawa empat lima ekor wakil rakyat BN, terutamanya yang melompat-lompat tu, apa lagi yang boleh menghalang diadakan pilihanraya?"

Doa orang yang dizalimi akan dimaqbulkan Tuhan. Rakyat Perak telah dizalimi dengan dahsyat sekali. Bahkan sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dizalimi oleh UMNO-BN. Mengapa tidak kita manfaatkan tawaran 'maqbul' doa orang yang dizalimi itu?

Apa kata kalau secara serius dan besar-besaran seluruh umat Islam bermunajat dan solat hajat setiap hari secara berterusan memohon secara specific agar Allah cabut nyawa empat lima orang ADUN BN. Orang bukan Islam pun boleh berdoa juga kerana mereka pun sama dizalimi. Majlis munajat dan solat hajat itu diadakan beramai-ramai di masjid, surau dan markaz. Munajat dan solat hajat secara individu juga dilakukan di rumah masing-masing.

Macam mana? Salahkah cara begini? Nabi Muhammad SAW pun berdoa agar musuh Allah yang memeranginya dihancurkan oleh Allah SWT. UMNO sememangnya musuh Tuhan. Mereka memusuhi keadilan yang diwajibkan oleh Allah. Mereka memerangi hak rakyat. Mereka menentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka anti sistem hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tak bolehkah kita mendoakan supaya musuh-musuh Allah itu dibinasakan? Kalau UMNO tak puas hati kerana mereka dilabelkan sebagai musuh Allah, itu hak mereka. Kalau UMNO tak puas hati kerana kita mendoakan ADUN mereka mati, itu hak mereka. Kalau mereka yakin doa kita itu tak akan dimaqbulkan Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka percaya bahawa mereka bukan musuh Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka nak kata bahawa kitalah yang memusuhi Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka pun nak berdoa supaya kita pula dibinasakan oleh Tuhan, itu hak mereka. Buatlah.

Majoriti besar ulama' tempatan dan ulama' seluruh dunia mengakui UMNO zalim. Kecuali dua tiga kerat ulama' UMNO yang hidup semata-mata nak cari makan. Majoriti cerdik pandai tempatan dan antarabangsa mengesahkan UMNO zalim, jahat, melanggar undang-undang, merosak demokrasi dan rasuah parah. Krisis rampasan kuasa negeri Perak hanya cebisan kecil daripada amalan kesyaitanan UMNO yang maha mega.

Kalau kita (penyokong PR) tak dapat mencari hujah untuk menolak keabsahan dan kewajaran cadangan pemanggil itu, maka eloklah kita gerakkan majlis munajat dan solat hajat bermai-ramai itu secara serius. Setiap individu penyokong PR juga bermunajat dan solat hajat setiap hari di rumah masing-masing. Siang dan malam. Mohon kepada Allah secara khusus. Minta matikan lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) supaya pilihanraya kecil dapat diadakan.

Posted by Baginda Reformasi at 5:57 PM

TayadihMaysia berkata...

Sis & Bro,

hak dan batil itu akan diketahui juga suatu masa nanti.

pendapat lain @ www.duniacacamarba.blogspot.com

GOMO berkata...

LIHATLAH BETAPA GANASNYA KOMUNIS MEMUKUL MELAYU DALAM SIDANG DUN PERAK


KERAKUSAN KOMUNIS http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/kerakusan-adun-komunis-bintang-tiga.html

haby berkata...

Salam...gomo!!!!!

....LIHATLAH BETAPA GANASNYA KOMUNIS MEMUKUL MELAYU DALAM SIDANG DUN PERAK"...kata Gomo!
________________________

Kamu ini menuduh keterlaluan!

Tentunya...Rashid dan kawan kawan nya tertawa ....kah kah kah!
Melayu mudah lupa!