Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




JALAN MASUK KE SUK DITUTUP 7 HARI!!!!

IPOH, 6 Mei (SK) : Kerajaan haram Barisan Nasional Perak hari ini bertindak menutup laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan agaknya kerana takutkan Jebat-Jebat Perak mengamuk lalu menyerbu masuk ke Sidang Undangan Negeri esok selama tujuh hari tujuh malam.

Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dun tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.

Beliau berkata cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian Dun pagi esok.

Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S.P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris.

0 comments: