Memalukan dan gaya politik budak sekolah.itulah tanggapan kebanyakan rakyat yang menyaksikan gelagat umno mengharu-birukan sidang Dun Perak semalam.
Satu dunia dah tahu pasal dah masuk you tube.ada sorang rakan tok punyalah hangat hati cadangkan lain kali sidang dun perak atau mana-mana negeri yang dikuasai BN sediakan kerusi atau seat untuk polis.ramai yang sakit hati melihat gelagat polis yang berpakaian preman yang mencemari dun Perak kerana tidak ada kena mengena langsung dengan mereka.
tak lama lagi gambar-gambar mereka atau apa yang berlaku dalam dun Perak akan dapat dilihat di dalam CNN,BBC,Al Jazeera dan lain-lain lagi.
Ada yang marah sampai bagi idea lain kali kalau tok wakil BN tak cukup majoriti dalam Dun atau parlimen,PR boleh lantik speaker baru dan kuasai dewan.
apa yang tok perhatikan rakyat semakin berang dan tok harap bukan idea umno untuk bakar perasaan rakyat dan cetuskan rusuhan kaum.
Ada yang mula meneka apakah selepas ini ada speaker haram dan speaker original seperti kes 2 MB ketika ini.
sama-samalah kita tunggu dan lihat dan ramai yang menjangkakan tindakan umno ini akan mempercepatkan kejatuhannya.mana-mana tok pergi ada kedengaran rakyat menyumpah najib,mahathir dan hishamuddin.Nama Abdullah antong dan SUK Perak turut menjadi cemuhan mereka.
hari ini dalam sejarah.apa yang berlaku semalam akan dikenang dan disanjung oleh generasi akan datang.bayangkan seorang adun PR yang OKU sanggup duduk di atas meja untuk menghalang BN meletakkan speaker mereka di situ.Tak tahulah pula akan kisah hee yit fong yang memainkan peranan besar melantik speaker BN.tok pasti pengundi di kawasannya akan semakin benci kepadanya.
Sedar atau tidak,Terengganu kini semakin hampir dikuasai PR.sama-samalah kita mendoakan agar ianya menjadi kenyataan.
TOK ISKANDAR..
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
2 comments:
SALAM ADIK SYA...
KHAS BUAT BLOGGER NETWORK
TATAPAN UMUM
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/khas-buat-blogger-network-malaysiakini.html
Salam semua,
....jika teringin mencari sesuatu,dan anda mencarinya didalam longgokkan sampah!.....pastinya yang anda dapat adalah baunya yang membusuk dan mungkin kotoran dari sampah akan terpalit ke anda!
....intisari dari minhajjul....
Catat Ulasan