Satu Sidang Media telah diadakan di Kediaman Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin bagi menerangkan kedudukan dan juga bentuk tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada pagi ini.Sidang Media yang dilakukan setelah satu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dibuat , juga di kediaman Menteri Besar Perak itu.
Dalam sidang Media itu juga Menteri Besar Perak telah mengumumkan untuk menggantung Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Penasihat Undang-Undang Negeri berkuat Kuasa serta merta.Surat Notis akan dikeluarkan pada pagi ini.
Dato Seri dalam Sidang Media itu juga ada mengatakan bahawa Beliau dan juga Exco akan memasuki banggunan SUK pada jam 7.30 pagi ini.Beliau juga telah mengesahkan kehadiran di Istana Bukit Chandan K.Kangsar bagi majlis penganugerahan pingat.
Satu watikah akan dihantar kepada Pihak Istana bagi memohon Perkenan untuk Dato seri mengadap Baginda Sultan.Ia akan dihantar oleh wakil Menteri Besar Perak.Pertemuan tersebut adalah untuk menerangkan keadaan sebenar Kerajaan Negeri Perak dan juga akan memohon agar Baginda Sultan memperkenankan supaya di bubarkankan DUN Negeri Perak.
0 comments:
Catat Ulasan