Raja Muda Perak telah bersetuju untuk berjumpa dengan DS Nizar Jamaludin esok jam 8.30 pagi. Dalam pertemuan tersebut, DS Nizar akan memohon untuk membubarkan DUN untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan. Demikian diberitahu oleh ADUN Sungkai, A. Sivanesan.
Sivanesan juga berharap permohonan kali ini akan diterima. Nizar merupakan Menteri Besar yang sah dan oleh itu beliau berhak untuk memohon pembubaran DUN.
Sultan Azlan Shah kini berada di Amerika Syarikat.
Semua ADUN Pakatan Rakyat akan bermesyuarat malam ini jam 11 malam untuk merangka apa yang akan dilakukan esok.
Esok akan menjadi satu hari yang dramatik dimana Nizar akan bertemu raja Muda, manakala Barisan Nasional akan memohon perintah mahkamah untuk mengenepikan keputusan mahkamah tadi.
1 comments:
Semoga permohonan DS Nizar untuk membubarkan DUN mendapat perkenan Sultan. Hanya inilah sahaja tindakan yang dapat menimbulkan suasana aman di Perak. Selagi DUN tidak dibubarkan, selagi itulah rakyat Perak akan hidup dan kecelaruan.
Catat Ulasan