Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




KRISIS PERAK - SIDANG MEDIA DS NIZAR









IPOH, 7 Mei (Hari Gelita) : Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.
Antara isi sidang media ialah :
  • Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson
  • PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan
  • Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia
  • Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi
  • ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
  • Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar
  • Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia
  • Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini
  • Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam
  • Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak

(ar_rawa)

1 comments:

PAPA GOMO berkata...

SALAM ADIK SYA...
PASAL APA SI YANG BERHORMAT NIZAR TU DOK PAKAI PAKAIAN ISTIADAT LAGI???

TAKDA BAJU SPARE KE???

ATAU NAK MENUNJUK YANG DIA ADA PAKU KAT BAHU???

HE HE HE


KHAS BUAT MU...
TATAPAN UMUM
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/khas-buat-blogger-network-malaysiakini.html