Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




kisah-sebenar-sidang-dun-perak

Cilok dari blog Tinta Hitam.

Pada 8hb. mei, 2009, saya berada di Batu 8 Changkat Jering. Lebih kurang 9.00 malam, saya menghadiri ceramah oleh DS IR Nizar. Kehadiran lebih kurang. 3-4 ribu orang. Saya sendiri tak tau pasal program tu. Bila kawan bagi tau baru lah saya perasan. Nampak gaya program ni agak low profile.

To cut the story short. DS Nizar telah berucap dan menceritakan detik-detik peristiwa hitam di DUN Perak. Beliau berkata bahawa ADUN-ADUN BN bersidang sesama sendiri untuk melantik Speaker baru tanpa melalui peraturan peraturan DUN apabila usul mereka untuk memecat Speaker ditolak oleh Speaker dengan menggunakan kuasa mutlaknya sebagai Speaker. Jadi mereka telah melanggar semua peraturan-peraturan sedia ada. Mereka telah melantik S. Ganesan yang bukan ADUN sebagai Speaker

Speaker Sivakumar telah mengarahkan Bentara untuk menyuruh 10 ADUN BN yang digantung agar keluar dewan. Tetapi Bentara enggan melaksanakan arahan beliau. Nampak sangat rampasan kuasa ini telah dirancang lebih awal lagi.

DS Nizar juga memaklumkan sebanyak 400 polis telah diarahkan berada didalam kawasan DUN siap sedia untuk bertindak. Berlaku beberapa kekasaran apabila mereka cuba memaksa Speaker turun dari kerusi. Mikrofon Speaker telah dimatikan. Speaker Siva berada dikerusi selama enam jam sebelum beliau ditarik secara paksa dan dikurung didalam bilik stor DUN.

Begitu hina perlakuan UMNO dan BN. Sebanyak 40 orang yang berbadan tegap yang dipercayai anggota polis telah mengheret Speaker pergi. Part ini saya tak sanggup nak tengok video-video yang ada sebab terlalu sedih melihat YB Siva diperlakukan sebegitu hina.

Selepas itu mereka telah mengepung tempat duduk Speaker. Kerusi Speaker yang baru telah diberi dan Speaker haram Ganesan telah menangguhkan permulaan sidang dari sejam-kesejam. Sebabnya ialah mereka merancang untuk menghalau DS Nizar dari dewan apabila mahkamah dijangkakan memutuskan siapa Menteri Besar sebenar pada 7hb. Mei, tetapi taqdir Allah telah melanjutkan keputusan tersebut pada Hari Isnin 11hb. Mei. Nampak gagal sikit perancangan UMNO disini.

Apabila keadaan agak tenang DS Nizar telah meminta Mufti memaklumkan pada DYMM Raja Muda bahawa keadaan agak kelam kabut dan kemungkinan perasmian tidak dapat dibuat. Walau bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila diumumkan Raja Muda berangkat masuk.

Raja Muda telah memanggil DS Nizar dan Datuk Ngeh mengucapkan terima kasih kerana menenangkan keadaan. Bukannya murka seperti dakwaan media pro UMNO. Selepas itu DS Nizar komplen tentang perlakuan biadap UMNO. Tidak pernah didalam sejarah dunia Speaker diperlakukan sebegitu.

Seterusnya DS Nizar memohon sembah agar semua individu yg bukan ADUN agar keluar dari Dewan. Bila Raja Muda mengarahkan anggota anggota polis (betul ke mereka ni polis ataupun samseng samseng UMNO?) keluar barulah mereka beredar dari mengelilingi kerusi Speaker.

Selepas perasmian seperti mana kebiasaan MB ialah orang yang pertama bersalam dengan Tuanku. Guess what? DS Nizar lah org yg pertama bersalam dengan diikuti oleh semua ADUN PR. Paling last bersalam adalah Mat Gelap Zambry 786. part ini teman nak ketawa... kah kah kah kah kah.

Selepas itu DS Nizar juga mengiringi Tuanku meninggalkan DUN. Mat gelap Zambry 786 ikut dari belakang... kah kah kah kah. Macam ofis boy aje... Nampak sangat bagaimana Allah SWT Maha Besar menghina beliau sebegitu rupa. Setibanya di lif, tetiba SUK dengan biadapnya menjerit "DS Nizar tak boleh masuk sama dalam lif". DYMM Raja Nazrin bertitah" Datuk Seri ,sila masuk". Tinggalah SUK hampeh tu sorang-sorang kat luar.

Padan muka dia. Yang masuk dalam lif berempat iaitu Raja Muda dan Puan Besar Zara, DS Nizar serta Mat Gelap Zamry 786. DS Nizar mengiringi Raja Muda sehingga ke kereta seperti mana sepatutnya seorang Menteri Besar... DS Zambry hanya jadi pengiring MB sahaja... kah kah kah kah kah... Beliau masih lagi menanti recognition sebagai MB. kesian... hajat tak kesampaian.

Bila balik kedewan Speaker Haram Ganesan menangguhkan sidang. Persoalannya ialah perlantikan beliau tidak sah. Ini bermakna tiada persidangan DUN. Segala undang-undang dan peraturan Dewan telah dilacurkan oleh UMNO. Akan timbul satu lagi konflik perundangan angkara UMNO.

ADUN-ADUN BN semuanya balik selepas itu. DS Nizar mengadakan sidang akhbar. Semua peristiwa yang berlaku didalam dewan dirakam dan tersebar diseluruh dunia... Malahan segala peristiwa disaksikan oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan wartawan-wartawan seluruh dunia. Insyaallah rakyat Malaysia menjadi hakim terhadap peristiwa ini.

Segala kekejaman dan kesombongan UMNO terbongkar luas dan terang dimata masyarakat. Terbukti sudah akhlak dan peribadi mereka. Mereka hanya mengikut undang undang apabila ianya berpihak pada mereka.Jika tidak,tuan/puan saksikan lah sendiri bagaimana kurang ajarnya mereka.

Yang paling jelas polis sekali lagi telah melakukan sesuatu diluar bidang kuasa mereka. UMNO tak akan berjaya tanpa pertolongan agensi agensi kerajaan yang lain. Pihak polis amat efisyen untuk membantu UMNO tetapi merekalah yg paling tidak efisyen membenteras jenayah. Jelas sudah hidup dan mati mereka hanyalah untuk UMNO. Demi UMNO mereka sanggup mati. Buktinya Azilah dan Sirul yg membunuh demi menyelamatkan seorang pemimpin tertinggi UMNO.

Begitu juga SUK. Beliau sanggup bersikap biadap didepan Raja Muda demi untuk UMNO. Malahan ramai beranggapan bahawa beliau adalah salah seorang perancang utama rampasan kuasa tersebut.

Tuan/puan semua suka atau tidak kita semakin hampir kepada Negara Polis bila kemuliaan DUN dicemari oleh UMNO

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka segala pekung didada UMNO bukan sahaja pada rakyat Perak tetapi juga dimata dunia. Insyallah UMNO akan jatuh didalam sedikit masa lagi. PR tidak kalah. PR telah berjaya menyampaikan mesejnya keseluruh dunia.

0 comments: