Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberi semangat kepada saya. Dorangan dan petunjuk daripada daripada kalian semua amat saya hargai sepanjang hayat saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN Perak yang berjuang bersama-sama saya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri yang tercinta. Saya cukup bangga dengan semangat dan keberanian mereka dalam menghadapi situasi yang genting pada 7 Mei 2009. Syabas dan taniah! Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa speaker secara fizikal harus berasa malu. Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya. Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi. Tuhan memerhatikan segala-galanya yang sedang berlaku di bumi Perak ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang besama-sama dengan kami. HIDUP RAKYAT!
Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup
YB.V.Sivakumar
2 comments:
Salam,
Saya ada berborak dengan pegawai atasan (bhg pengajian) Universiti,antara dailognya;
....(menegur saya) Amacam diPerak?...(Soalan Sindir!)
Saya,....dah jadi kelamkabut! itulah akibat tak ada majoriti banyak!(nak jaga hati..prof)
Kata dia..."Tak apa,sekarang dah nampak ok...BN dah dapat balik "Speaker Dewan"....Aku bukan apa,aku tak suka si India tu....aku tak boleh pandang dia,suka buat "Besak Kepala",orang India kalau ada jawatan ,suka besak kepala!
Kata Saya.(dalam loghat Penang)....Dak aih,..depa ....lantik tu pasal dia ada kebolehan , ada ketokohan dan juga ada pelajaran...saya rasa dia layak, sebab itu depa lantik.
Kata dia..."apa pun aku tak suka sebab dia orang "India"...
Saya jawab...BN lantik nama apa ye?(saja buat tanya...la)
Kata dia..."Tak tahu lak saya, janji BN tu orang Melayu"
Kata saya..."Saya dengar namanya Ganeson...tak tahu pulak bangsa apa?...(saja perli)
Kawan saya yang ada disebelah hanya tersenyum!!
Ada juga bijak pandai ...yang diperbodoh akibat,,tidak mau ambil berat terhadap isu semasa!
Mereka ini dikongkong mindanya..IPT tak dibenarkan berpolitik.....???
ITU MASALAHNYA BILA NAFSU JE NAK BERPOLITIK TAPI AKAL DIBODOHKAN OLEH NAFSU!!
Catat Ulasan