Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan perintah penangguhan penghakiman mahkamah tinggi yang mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.
Permohonan tersebut - untuk mengetepikan perintah mahkamah yang diperolehi Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir semalam - difailkan di pejabat pendaftar mahkamah di Putrajaya pada jam 2.20 petang.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Ekoran itu, Zambry telah mengosongkan pejabatnya untuk membolehkan Nizar kembali bertugas sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, semalam Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman tersebut, sementara menunggu selesai rayuannya di Mahkamah Rayuan. Tiada tarikh ditetapkan untuk mendegar rayuan tersebut.
Berikutan itu beliau kembali semula ke SUK untuk menggantikan Nizar sebagai menteri besar.
Dan hari ini Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah mahkamah tersebut.
Mahkamah menetapkan untuk mendengar permohonan itu pada jam 9 pagi 18 Mei depan.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan