Doa Kami...
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Akhbar Dihalang Buat Liputan Sidang DUN Perak 7 Mei..! - malaysiakini
Arahan ini dipercayai datang dari samseng-samseng Kampung Dusun yang berselindung disebalik "orang atas" (ajaran sesat mungkin) dan mendiami negeri Perak tetapi hanya berhajat untuk membuat onar di Negeri Perak.
Aku cukup setuju kalau semua media dihalang dari buat liputan pada Sidang DUN Perak yang bakal berlangsung ini. kalau boleh, aku mintak jugak supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (ni orang UMNO tak panggil gila kuasa atau salah guna kuasa sebab meng"UNTUNG"kan UMNO beruk) keluarkan juga pekeliling atau arahan mengatakan bahawa semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat juga TIDAK BOLEH menghadiri Sidang DUN dengan tak payah bagi apa-apa alasan.
Kalau boleh jugak, aku mintak Setiausaha Kerajaan Negeri buatlah apa-apa yang patut supaya semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat tak boleh langsung menghadiri Sidang DUN.
Lagi banyak arahan gila babi, lagi bagus, tak payah pikir arahan tu lojik ke tak lojik. tak payah nak pikir apa kata rakyat. yang penting, bangsat-bangsat UMNO mesti menang dalam game ini walau dengan apa cara sekalipun..!
Lagi banyak UMNO buat gila, lagi aku suka.
Penggal ni UMNO boleh buat apa saja yang korang suka, asal terniat je, laksanakan terus sesegera mungkin. jangan bertangguh-tangguh..!
Aku tak kisah. sebab aku tau...
PRU-13 nanti MAJORITI Rakyat Malaysia tak kan beri peluang langsung kepada UMNO..!
Ingat kata-kata aku hari ni..! adat kalau dah nak mampus, memang banyak sangat "buang tebiat"nya... biarkan... tunaikan saje "HAJAT-HAJAT TERAKHIR" UMNO/BN sebelum terbenam dalam Sejarah..! aku tak mau tengok nanti ada yang mati celik..!
AL-FATIHAH UNTUK ANAK-ANAK SYURGA INI!!!
Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga)
Musibah Pilu@Bukit Gantang :
HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan. Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.
Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2
Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4
No. tel : 019-557 3391
Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.
SPR SATU LAGI KOMPENAN UBN!!!
"Keputusan tersebut amat memeranjatkan kami. Dalam perbincangan (kami dengan SPR), mereka seolah-olah menerima dan kami optimistik tidak ada masalah," kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa berkata perbincangan mereka dengan SPR berlangsung Khamis minggu lalu. Ia turut dihadiri Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; dua ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr Dzulkifli Ahmad serta bendahari DAP, Fong Kui Lun.
Semalam Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.
Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.
Sementara itu, Sivarasa pula berkata, Pakatan Rakyat menolak keputusan SPR itu kerana ia melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
"Kita telah teliti dari sudut undang-undang. Kita menolak pendirian SPR ini kerana pendirian tidak munasabah.
SYA :
Adoiyai ni agi satu benda bengong yang SPR duk buat...aku ingat dah diam dah rupakan makin BIUL depa ni.Pasai apa pulak depa ni nak tahan orang dari jadi perayu undi???Pasai depa kalah dan lemah bab tu...
Pasai apa depa tak bagi buat PONDOK PANAS????Pasai depa pun kalah bab tu tambahan pulak pakatan rakayat kalah ka menang ka tetap bersihkan podok panas depa akan tetapi UMNO/BN kalah ka menang ka depa sama ja...akai takda....
aku rasa lepas ni depa tak bagi keluar mengundi pulak kot???mengundi je pakai SMS tak pun buat undian rumah ke rumah...OK KE SPR?????
Hangpa memang banyak akai tapi tak boleh pakai!!!!Bingai!!!ADOIYAI!!!!
calon penanti diumumkan!!!
Tiada litar pintas untuk zambry!!!!
Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan awal yang dibuat oleh Dato Seri Nizar. Maka 'litar pintas' Zambry tidak dibenarkan oleh mahkamah. Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Mei 2009. Isu 'siapakah MB yang sah' masih belum diputuskan lagi. Ini merupakan satu perkembangan yang baik pada hari ini.
HARI INI DS NIZAR DI MAKHAMAH!!!
BERITA TERKINI INI PERLU DI KETAHUI OLEH SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA TERUTAMANYA DI NEGERI PERAK, ISI BERITA :
DATO' SRI ZAMBRY TELAH MERUJUK KES DATO' SRI NIZAR KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN ESOK BERSAMAAN 28 APRIL 09 JAM 09.30 PAGI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN, INI MERUPAKAN JALAN PINTAS BAGI DATO' ZAMBRY UNTUK MEMPERCEPATKAN KES DAN MERUPAKAN JALAN PINTAS UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SEBELUM TARIKH SIDANG DUN PADA 7 MAY 09
APA KATA UBN UNTUK CALON DI PENANTI????
Nampaknya kenyataan sebelum ini bercanggah,kalau sebelum ni UBN takut nak letak calon tapi rasanya depa lebih takut pada ahli depa sebabnya kalau tak letak calon nanti AHLI pROTES so NAJIB MASAK jawabnya...Zahid pulak mahu tergadai moto besor dia tu,sebab diakan orang baru kat P.Pinang tu!!!!
kalau ada siapa dari UMNO???MIC???MCA??GERAKAN???
Siapa pun CALONNYA yang pasti UBN dah nampak sangat takde pendirian!!!
Kejap nak kejap taknak...!!!Mainkan RAKYAT!!!
Macam tu ke pemimpin NEGARA????
HAMPEH BEBENOR!!!!!
adoiyaiiiiiii!!!!
Jemputan ke Majlis Hi-tea bersama DS Nizar.
- April 26, 2009
- Isi I
- hitea
- Comments Below
- webmaster
- 349 Words
Agenda Besar 1 : Hi-Tea Bersama Dato’ Seri Ir. Muhamad Nizar bin Jamaluddin
Tarikh : 3hb. Mei 2009 ( Masa : 4 pm~7pm) di Restoran Sabar Menanti, Komples Kolam Renang MBI, Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh, Perak (berhampiran Stadium Perak).
Agenda Besar 2 : Konvensyen Teh Tarik 2 bersama Pyan Habib
Tarikh : 23hb. Mei 2009 ( Masa : 8.30 am~5pm) di Resort, Pantai Teluk Senangin, Teluk Batik, Lumut Perak. Rujukan artikel berkaitan di SINI
- Daftarkan nama Anda atau Ketua Kumpulan berserta jumlah kehadiran, no HP utk dihubungi dan SMS ke 012-4026129. Contohnya : NAMA (albanjari) Jumlah Hadir (4) HP (012-4026129), tulis begini : albanjari_4_0124026129 dan tekan SEND
- Tunggu pengesahan SMS dari wak al-Banjari. Anda akan menerima pengesahan berikut melalui SMS : 4_1001_1002_1003_1004 M3. [Info : (4) merujuk jumlah yang hadir. Kod 1001_1002...pula merujuk kepada nombor kerusi dan M3 merujuk kepada nombor Meja.
- Apabila telah menerima kod tersebut dari wak, sila buat pembayaran secara Online atau bank in bayaran secukupnya ke Mayban2U (158417021317) atau CIMBClick (0206-0040624-52-8) dan SMSkan butiran bayaran itu samada melalui SMS atau email. Contohnya - Bayaran telah dibuat. T.kasih
- Sila gunakan nombor HP Anda ketika hadir ke Majlis untuk rujukan pihak kami di kaunter pendaftaran pada hari tersebut. Sistem kami akan mengenal pasti jumlah kehadiran dan nombor kerusi dan Meja Anda. Kupon akan diberikan pada hari tersebut. Sila simpan kupon tersebut untuk Sesi CABUTAN BERTUAH. Di atas kupon tersebut akan dinyatakan nombor kod kerusi Anda. Selamat Datang ke majlis Hi-Tea bersama DS Nizar.
Bilangan peserta adalah TERHAD kepada 25 meja atau 200 peserta. 150 peserta terawal yang mendaftar akan menerima CENDERAHATI KHAS dari BloggersNetwork@Perak. Sila Daftar AWAL !! Tarikh akhir penerimaan daftar dan bayaran ialah pada atau sebelum jam 8 malam 2hb. Mei 2009. Terima Kasih.
7 MEI DEBARAN SIDANG DUN!!!
Assalamu'alaikum Wr,Wb
dari blog pakkaramu
sYA :
PENANTI : TERKINI
AKAN MENGUMUMKAN CALON BAGI PRK PENANTI
PADA 28 / 4 / 2009
JAM 9.00 MALAM
DI YAYASAN AMAN PENANTI
BERSAMA - SAMA DENGAN LIM GUAN ENG
( KETUA MENTERI PULAU PINANG )
DAN
PESURUHJAYA PAS NEGERI
AYUH BERAMAI-RAMAI KESANA...!!!
PENANTI TUNGGU KEHADIRAN BLOGGERSNETWORK & SRIKANDI KEADILAN!!!!
Penanti Menanti BloggersNetwork@Perak
Kalau cukup budget, kami akan naik ke Penanti dengan corum yang cukup macam di Perak. Kalau kata budget ciput, kami terpaksa buat pandai-pandai kami. Kalau ada yang nak tambah lagi sumbangan, tabung BloggersNetwork@Perak masih terbuka menanti sumbangan untuk Projek Penanti.
Tapi di Penanti kali ni rasanya jaringan kami akan bertambah besar. BloggersNetwork@Penang dah menunggu kami di Penanti untuk bergabung di Penanti.
Hari tu ada yang offer tempat tinggal sementara untuk kami di Penanti nanti. aku lupa dah sape-sape yang offer tu dan mintak korang-korang yang offer hari tu contact sape-sape geng BloggersNetwork@Perak untuk confirmkan tempat. asalkan dekat dengan Penanti, kalau dalam DUN Penanti lagi bagus. yang penting, coverage untuk Broadband mantap, serik dah dok layan Berukband.
Lepas PRK Bukit Gantang tamat, aku balik KL. banyak dapat info dari UMNO/BN.
Hal yang sebenarnya ialah memang UMNO/BN akan bertanding di Penanti, calonnya tak tau sape lagi, aku pun malas nak berspekulasi dalam hal ni.
Bila Najib umumkan BN "mungkin" tak bertanding di Penanti, semua orang ternganga, lebih-lebih lagi orang UMNO/BN. semua melatah. aku bantai gelak je... sebab aku tau...
Najib cuma buat gimik dan Madey pun buat gimik jugak. 2-2 buat gimik untuk padamkan imej Madey dalam pemerintahan Najib. padahal 2-2 dah kawtim... Najib umum "mungkin" tak tanding, Madey pulak umum "Bodo" kalau tak tanding. agendanya supaya nampak bercanggah pendirian dengan harapan orang tak kata Najib boneka Madey.
Ini orang UMNO/BN yang bagitau aku... team Brahim Ali... hehehe... team Brahim Ali? Brahim Ali bukan UMNO woi..! hahaha... memang dia bukan ahli UMNO tapi dia tu macam Madey... nyuruk belakang logo Bebas dengan agenda UMNO. team Brahim Ali ada connection dengan team "lagi satu" dalam UMNO. UMNO sekarang ada 3 team. aku malas nak cerita lagi dekat sini.
Untuk Projek Penanti (UMNO/BN), kali ni KJ, dengan Ezam diharamkan dari berkempen untuk UMNO/BN. Najib pun dengar katanya tak turun kempen di Penanti. ada sorang "orang kuat PKR" "mungkin" akan berkempen atas tiket bebas atas platform UMNO/BN. jangan lupa 2 ekor katak, mungkin akan diturunkan jugak. risiko agak besar tapi depa ada plan depa sendiri. jadi Pakatan Rakyat jangan dok loqlaq sangat. jangan ingat "ala... tu kubu kuat DSAI tu... turun temurun dah... letak mangkuk jadi calon pun boleh menang...".
*kalau mat UMNO tu kelentong aku, kira aku pun kelentong korang... hahaha... tunggu...
Jangan pikir semudah tu.
Setakat ni Najib pegang title Bapa KeKalahan, tapi kalau kalah 4 tempat tapi menang di "Kubu Terkuat" Pakatan Rakyat, orang UMNO akan sembah Najib.
Jadi kita kena beringat... jangan ingat PRK DUN Penanti tu kacang goreng...
NAJIB PEGANG SELANGOR: APA AGENDANYA????
Modus operandinya mudah dengan skrip ala-ala negeri Pasir Dua Butir.Tan Sri Khalid akan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.Berkemungkinan besar akan didapati bersalah dan Selangor terpaksa mencari MB baru.
Bila dah dapat calon MB,pemimpin PKR Selangor akan mengadap Sultan Selangor dan kali ini akan ditolak oleh Sultan Selangor yang mahukan calon PAS jadi MB Selangor.Dr Hassan Ali akan jadi calon PAS dan apabila PAS cadangkan beliau jadi MB Selangor yang baru,beberapa ADUN PKR akan protes kerana kerusi DUN PKR lebih daripada DUN PAS.Perbalahan akan jadi semakin hangat dan beberapa tok wakil PKR akan keluar parti dan menjadikan PR Selangor retak menanti belah.Ketika inilah akan berlaku PRK Penanti yang akan diadakan ketika Muktamar PAS berlangsung iaitu pada awal bulan Jun.Lebih memburukkan keadaan penyokong PAS akan memboikot PRK Penanti jika krisis politik di Selangor tak dapat diselesaikan dengan baik.
Baru-baru ini beberapa pemimpin HINDRAf di Selangor telah menyertai MIC dan mereka akan menjadi bom jangka kepada kerajaan PR Selangor.Ezam dan GERAK akan diberikan peranan penting untuk menarik tok wakil PKR menyertai UMNO.Jika plan di atas gagal,tak mustahil ada tok wakil PR akan dikidnap.
Tok jangkakan UMNO tak punya banyak masa kerana krisis rundingan air di Selangor telah menjejaskan imej UMNO.Ada sumber memberitahu,Mat Taib ada kepentingan dalam SYABAS dan atas faktor inilah beliau telah digugurkan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.Ada sumber yang memberitahu tok Mat Taib sengaja tidak diberikan jawatan untuk memberikan beliau peranan penting dalam usaha merampas Selangor.Sedikit sebanyak dakwaan ini ada benarnya kerana mat taib mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Selangor yang juga merupakan bekas abang iparnya.
Najib telah memberikan peranan penting kepada bekas pengikut Anwar termasuk Zahid Hamidi,Zambri,Hamdan Taha dan Ezam.Tujuannya adalah untuk menarik penyokong Anwar menyertai UMNO.
Bahya sedang menunggu dan PR perlu berwaspada.Kita tak mahu kehilangan negeri PAsir dua butir berulang kembali di negeri Selangor.
TOK ISKANDAR!!
rasuah dalam umno???takpe ada jawatan jugak!!!!!
Mohd. Ali yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, turut dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.
Sya :
kahkahkahkah...alamak PERASUAH pun dapat JAWATAN jugak????
UMNO/BN memang menghalalkan PERASUAH!!!!
teruskan menjadi parti RASUAH dan mendidik ahlinya untuk jadi PERASUAH....
umno...umno...adoiyai!!!!!!
hahahahahahahhahahahahahhahahahahhaha...khak thuih untuk umno/bn!!!
aik..aik..aik...hahhahahha
KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
MELAKA : Datuk Seri Mohd Ali Rustam
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
PAHANG : Datuk Seri Adnan Yaakob
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
SABAH: Datuk Seri Musa Aman
TPU - Aik...??? mana Mat Said??? aik??? apahal??? gaduh ke? aik???
Kah kah kah kah kah...!!! gaduh, gaduh... natang vs natang... kah kah kah...!!! aik? Mat Said tak de??? aik???
copy perisik rakyat
PENANTI : SEMUA PAKAT TERKEJUT???
Sya tak kisah la apa yang berlaku asalkan kebenaran ditegakkan!!!yang salah dibawa kemuka pengadilan dan yang benar diberi pembelaan...Jangan yang salah disorokkan yang benar dikuburkan!!!!
ISU PERAK : KENAPA GHANI DIBERI RUANG?????
Menurut Gani, beliau berhak mencelah dalam kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam dan pentafsiran Perlembagaan Perak serta Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Dato seri Nizar, Sulaiman Abdullah membantah pencelahan Peguam Negara dalam kes ini. Menurutnya, apa jua keputusan mahkamah kelak, tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Peguam Negara. Oleh itu, beliau tidak ada hak untuk mencelah dalam kes ini. Isu yang dipertikaikan ialah 'Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?". Apa kena-mengena kes ini dengan Peguam Negara? Adakah hak atau liabiliti Peguam Negara akan terjejas apabila mahkamah membuat apa-apa keputusan? Tetapi, mahkamah telah mengenepikan hujah beliau dan membenarkan Peguam Negara mencelah dalam kes ini.
Menurut Sulaiman lagi, Zambry memang sudah diwakili oleh peguam-peguamnya sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlu untuk Peguam Negara untuk mencelah. Sulaiman juga mebalas hujah Peguam Negara yang mengatakan bahawa ini merupakan kes kepentingan rakyat, oleh itu beliau berhak mencelah. "Nampaknya Peguam Negara bukan menjaga kepentingan rakyat, tetapi menjaga kepentingan Barisan Nasional" bidas Sulaiman.
Dalam masa yang sama, Dato Seri Zambry mencari jalan pintas untuk memohon supaya kes ini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Dato Seri Nizar membantah permohonan tersebut.Menurutnya, Mahkamah Persekutuan tidak boleh menjawab apa-apa persoalan perundangan berdasarkan andaian. Semua fakta-fakta material perlu dibangkitkan dan dipertimbangan dalam mahkamah tinggi terlebih dahulu.
Dato Seri Nizar telah menfailkan afidavitnya untuk membantah permohonan Dato Seri Zambry. Perkara ini akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 April 2009.
MAJLIS HI-TEA BERSAMA DS NIZAR
syaomel85@gmail.com atau albanjari_online@yahoo.com atau hubungi +6012-402 6129.
NAJIB PERJUDI HAK ORANG MELAYU!!!!
MANA HERO-HERO MELAYU TU,TAK DENGAR SUARA PUN!!!!!
MOHON SEMBAH?????ZAMBRY OI...ADOIYAI!!!!!!
Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.
Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;
SIVA DIFITNAH!!!
Katanya beliau terperanjat dengan laporan akhbar The New Straits Times (NST) semalam bahawa ada pihak mengatakan beliau telahpun dimaklumkan tentang persidangan DUN itu sebelum notis mesyuarat itu dikeluarkan sedangkan sebelum ini, beliau berkata notis itu dikeluarkan tanpa pengetahuannya.
"Saya tidak akan membiarkan perkara ini. Ini merupakan satu lagi usaha untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.
"Kalaulah tuduhan yang dibuat itu benar, kenapa pula orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berani memberi identitinya dalam akhbar. Kenapa hanya mengatakan (sumber berita itu) sebagai orang yang ada kena-mengena dengan Pejabat Menteri Besar," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini, lapor Bernama.
Sivakumar berkata beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum notis memanggil persidangan DUN dikeluarkan oleh Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, pada Jumaat lalu.
Katanya perjumpaan beliau dengan Abdullah seperti yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah selepas notis itu dikeluarkan oleh Abdullah tanpa sebarang rundingan terlebih dahulu dengan beliau.
"Saya diberitahu bahawa satu notis telah dihantar ke pejabat saya lebih kurang pukul 10 pagi. Notis yang sama telah dihantar oleh Setiausaha DUN kepada semua Anggota DUN. Saya telah melihat notis itu lebih kurang pukul 1 petang.
"Saya hanya berjumpa dengan Abdullah lebih kurang pukul 3 petang selepas beliau balik daripada sembahyang Jumaat," katanya.
NST semalam melaporkan bahawa Sivakumar tahu mengenai notis mesyuarat itu sebelum ianya diedarkan kepada semua 59 ADUN.
KESELAMATAN NEGARA DIPERJUDIKAN!!!!
JOM HEBOH DI TLDM LUMUT???BIAR BETUL????
Apa yang sebenarnya yang dirancang oleh Zomby dan juga kerajaan HARAM di Perak ini ,apabila membenarkan pula JOM HEBOH ini meluaskan tapaknya sehingga ke dalam Kem TLDM Lumut!!!Apakah ini satu lagi langkah untuk memperjudikan KESELAMATAN NEGARA???
Tentulah yang datang nanti dikalangan RAKYAT dari serata Ceruk Malaysia dan Pelancong Asing,maka akan banyaklah terdedah pelbagai maklumat SULIT kepada orang Awam!!!
Bila ditanya mengapa pilihanraya tidak dibuat di dalam kem tentera maka berkatalah mereka bahawa ia amat merbahaya kerana melibatkan KESELAMATAn Negara!!!Abis tu la ni korang bawak masuk beribu-ribu manusia dalam tu tak ancam KESELAMATAN NEGARA ke?????
Cakap je la yang korang memang memerlukan UNDI POS untuk menutup segala kekalahan korang.Kira Undi POS tu macam TALIAN HAYAT peimimpin UMNO/BN la...Kalau takde tu alamatnya MATI terduduk la korang kan!!!!
CAKAP LAIN BUAT LAIN...ADOIYAIII!!!!
UPDATE BUKU BNP : BUKU RAMPASAN KERAJAAN PERAK
Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN dilancarkan dengan resminya oleh Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di majlis Ceramah Perdana sempena Jamuan Kesyukuran Rakyat malam tadi.
Buku ini disusun oleh BloggersNetwork@Perak dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak bersama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Berikut ialah Kata Pengantar oleh YAB DS Nizar Jamaluddin;
BismiLlahirRahmanirRahim
Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.
Saya bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas anugerahNya kepada saya dan seluruh pendukung perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini, khususnya di negeri Perak. Kita diuji dengan cabaran kejahatan dan kezaliman yang dahsyat. UMNO-Barisan Nasional meneruskan jatidiri songsang yang telah sebati dengan jiwa dan budaya mereka, demi agenda kuasa dan rompakan harta negara. Kita tidak sayugia membiarkan kezaliman mereka terus bermaharajalela.
Mudah-mudahan Allah SWT terus menganugerahkan kekuatan kepada kita semua.
Krisis perundangan, perlembagaan dan politik yang dicetuskan oleh UMNO-BN di negeri Perak merupakan lanjutan daripada rentetan pencabulan yang tergamak dilakukan oleh UMNO terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang menjadi Prinsip Rukun Negara.
Mereka menyalahgunakan ketiga-tiga cabang kuasa negara iaitu Legislative, Executive dan Judiciary untuk mempertahankan langkah sumbang dan amalan jijik yang dilakukan. Aliran maklumat dikekang supaya rakyat dapat terus ditipu. Mereka mengongkong media perdana elektronik dan cetak secara memutar belit fakta demi menghalalkan tindakan haram yang mereka lakukan.
UMNO menjayakan misi rampasan kuasa ini dengan segala macam tindakan yang haram disisi agama Islam. Mereka mengumpan rasuah wang dan seks, mengugut, menculik serta menipu Raja dan rakyat. Prinsip keadilan Islam telah dicabul dengan pemaksaan yang kotor terhadap institusi awam termasuk SPRM, SPR dan polis.
Tragedi yang berlaku di Perak adalah rompakan kuasa. Ia bukan peralihan kuasa yang biasa. Perlembagaan negara dan negeri telah dikoyak oleh UMNO-BN. Prinsip keadilan sejagat tidak mengizinkan rompakan ini. Seluruh masyarakat di dunia sedang mentertawakan amalan politik di negara kita akibat kegelojohan dan haloba UMNO-BN.
Kita wajib bangkit memperbetulkan keadaan. Tanahair tercinta ini perlu diselamatkan daripada perosak agama, bangsa dan kemanusiaan. Rakyat perlu difahamkan tentang krisis ini dengan maklumat yang benar secara berfakta. Mudah-mudahan fitnah rekaan UMNO-BN dapat ditangkis dan dikuburkan.
Saya amat menghargai usaha BloggersNetwork@Perak yang bersusah payah mengumpulkan fakta dan analisis berhubung krisis ini untuk tatapan dan penilaian rakyat negeri Perak dan warga Malaysia amnya. Tahniah kepada saudara-saudari MSK, Cyberboron, Topeng Perak, Sya-Reformis, Dugong Darat, Raden Banjar, Amurba, Cenangau, UmmiAnni, ManjungMari dan semua bloggers yang terlibat melahirkan dokumen yang amat bersejarah ini.
Saya doakan agar Allah SWT menganugerahkan ganjaran berlipat ganda kepada semua bloggers yang menghasilkan koleksi maklumat ini.
.........................................................
Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
____belian online di blog albanjari____
sumber ciberboron
DIALOG NAJIB DAN MEDEY?????
Madey : Awat hang tak mau masuk bertanding di PRK N12 Penanti ?
Najib : Cek takut... seghiau!! Serik... dah la kalah empat kali.... kalau kalah lagi macam mana?? Malu cek....
Najib : Sebab tu la cek takut.... Depa sengaja mau cek masuk perangkap depa. Nanti depa kata orang tak buloq kat cek.... Malu la cek....!!
Madey : Apa yang hang nak malu??? Hang kan ka tak dak kemaluan. Macam-macam hang dah buat dan orang dok mengata..... hang tak malu pun??
Najib : Nanti la cek nak pikiaq dan bincang dulu dengan depa semua??
Najib : Baby??? What baby.... ??
Madey : Adei.... awat la bengap nyer piem hangpa ni?? Crooked bridge la oi......!!!
Najib : InsyaAllah.... I'll try my very best to grant you your wishes.
Madey : Ahhhh.... macam tu ler. Will there be any problem with big mama??
Madey : Apa??? Bala.....??? Mana Bala??? Bila dia keluaq???
Najib : Bukan Bala tu la.....!!! Bala.... mala petaka!! Bik Mama hentak kaki.... gempa bumi...
Madey : Oh..... hat tu. Aku ingat Balasubramaniam... Ai.... Bik Mama hang, dah tua tagun pun ngentak-ngentak kaki lagi. Buang tebiat ke ape??? Apa.... semua kena rujuk dia dulu ke??
Najib : Itu ler.... serba tak kena cek dibuat nyer....!! Penin kepala cek... tapi apa nak buat dah nasib badan!!!
Madey : Haaaaa..... tau tak per!!! Hang yang cari bala.... la ni padan muka hang!!!
Kalau masa Dolah jadi maharaja.... orang gelor kerajaan dia Kerajaan Tiga Beranak. Sekarang bila Najib pulak jadi Tok Batin ONE MALAYSIA, ada pulak yang kata Kerajaan 3PM. Kata deme ade 3 PM. Isy..... betoi ke?? Itu yang teman buat dialog di atas. Haaa..... sekarang, mengkalor dah ade 3 PM, siapa ler agak nyer yang paling berkuasa antara deme bertiga tu.....
ARTIS HINA ISLAM!!!!!..UMNO,JAKIM...MANA LU ORANG PERGI??????
Ustaz Awie cakap lebih kurang camni “Seorang penyanyi rock seorang yang jujur, kebanyakkan penyanyi rock senang masuk syurga” .
Kenyataannya, kebanyakkan artis-artis sekarang ini hanyut terlalu jauh dan menyimpang dari agama namun mereka masih jadi idola masyarakat. Kenapa lah kurang sangat orang kita menyanjung ustaz serta para ilmuan. Adakah ini didorong oleh kuasa yang ada pada pihak pemimpin. Cara mereka mencorak masyarakat agar terus leka dan dibuai oleh kemaksiatan.
Nak harapkan para ustaz dan mufti-mufti jenama @#$! ni memang tak boleh nak harap. Tapi kalau politik mereka yang terkedepan. Pantang Ngeh baca ayat Quran berkokok sana berkokok sini, pantang Tok Guru keluar kenyataan sikit berciritbirit la puak-puak ni berdengung.. pantang Ayah Chik bagi statement sikit berminggu ulasan dikeluarkan, terus adakan mesyuarat keluar fatwa. Hebat sungguh para juak-juak ni.
Lagi satu ni, Rais Yatim tolonglah paling kurang pun hentikanlah program-program yang tak berfaedah seperti Akedemi Fantasi, Bintang RTM, Mentor, 1 in the million, cuba lihat yang joinnya orang melayu, habis rosak orang melayu dibuatnya. Buat dosa je. Kenapa tak diperbanyakkan program yang mencambah minda seperti Tanya Ustaz, Bicara Agama, lain-lain program yang membina bukan melalaikan serta membuang masa itu. Takut rakyat berpihak pada PAS ke! Alhamdullilah apa salahnya..
(copy paste dari blog Nekad Islam)&politik banjar
SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL
KUALA LUMPUR 20 April — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan stesen televisyen Julai ini yang yang diharapkan dapat memenuhi selera penonton dari kalangan orang Islam dan bukan Islam di negara ini.
Sya:
Akibat terlalu ramai yang nak menjadi pengampu dan pembodek UMNO/BN maka akan adalah satu lagi Stesen TV CAP JAKIM yang akan menemui penonton tak lama lagi.Katanya nak memenuhi selera penonton???Aku tak faham...???Ke nak penuhi tuntutan UMNO/BN????
Bab politik aku rasa ni tempat untuk UMNO/BN menyebarkan dakyah-dakyah jahat mereka melalui AGAMA!!Selepas mereka KALAH teruk kat PRK ni membuatkan mereka akan menggunakan para-para MUFTI yang ada dengan JAYANYA!!!Maka akan berkata-katalah para BONEKA kawalan UMNO/BN ini setiap hari memandrem RAKYAT kat NEGARA ni!!!Kononnya yang bercakap itu mufti pasti benar kata mereka akan tetapi mereka sendiri telah DIBODOHKAN oleh UMNO/BN!!!!Betul tak???
Bab nak perabih duit pulak,Cuba korang fikir banyak GILER stesen TV yang memaparkan cerita-cerita yang aku rasa memenuhi benar citarasa penonton kat negara ni,semua ada cerita baik ada cerita tak baik pun ada!!!yang perlu di haramkan dibiarkan pastu nak mengabiskan DUIT bukak pula stesen baru yang aku gerenti tak akan dapat sambutan punya!!!
Bukan menghina NIAT mereka akan tetapi BETULKAN dulu stesen -stesen yang bengkok ni sebelum nak TARBIYAH orang!!!!Bayangkan kat stesen JAKIM nanti bila waktu SOLAT keluar tazkirah,tapi kat stesen lain makin rancak ceritanya...tak melambangkan ISLAMNYA,boleh ke orang nak INSAF dengar cara macam tu!!!!stesen yang melalaikan itu lebih banyak dari yang membawa kebaikan!!!!!
So aku rasa ini semua satu
POKOK DEMOKRASI DAH ADA TEMAN BARU!!!!
dari perisik rakyat
Pemuda UMNO Edar Pil Ecstacy Di Betong,Thailand
Mereka ditangkap di pekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.
Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12hb. April, 2009 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk menjamin pemuda-pemuda tersebut.
Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.
Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.
Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.
sumber berita dari Perisik Grik.
Bukit Gantang - Buku politik pertama BloggersNetwork dilancarkan oleh DS Nizar malam tadi
Buku yang dijual pada kadar harga RM15 ringgit sebuah tidak termasuk belanja pos, mula dijual di kawasan tapak ceramah malam tadi dimana sambutan hebat telah diberikan oleh pembeli khususnya. Edisi cetak sulung ini hanya terhad kepada 1 ribu buah sahaja. Kepada mereka yang berminat sila emailkan kepada MSK atau al-Banjari. Harga jualan secara on-line akan diputuskan (termasuk belanja penghantaran didalam Malaysia sahaja ) paling lewat esok. Dapatkan segera, buku ini tidak dijual di pasaran terbuka. Tempahan dibuka sekarang !
Sila Email kepada Sya untuk tempahan!!!........klik sini
Kes gangguan seksual: Wanita KeADILan mahu saman Bernama
SHAH ALAM, 20 April (SK) : Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin mahu kes ahli Srikandi KeADILan yang telah di ganggu dalam cubaan mencabul dengan gangguan seksual semasa kempen pilihanraya kecil P59 Bukit Gantang pada 6 April lalu diambil tindakan segera oleh pihak polis.
Beliau juga mahukan penjelasan daripada Bernama TV yang telah membuat liputan dan melaporkan bahawa Srikandi KeADILan itu bersifat penggoda dan juga membuat laporan palsu kepada pihak polis.
“Wanita KeADILan mahukan penjelasan dari Bernama dan jika tidak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap agensi berita berkenaan,” tegas Zuraida semasa sidang akhbar beliau selepas majlis Hi Tea Wanita Pakatan Rakyat semalam.
Dalam sidang akhbar beliau hari ini, Zuraida menekankan bahawa selepas dua minggu insiden itu berlaku namun masih tiada siasatan atau tindakan yang diambil oleh pihak polis.
Ekoran laporan polis oleh wanita KeADILan itu di Balai Polis Simpang, Bukit Gantang pada hari kejadian, seorang ahli Srikandi yang hanya mahu dikenali dengan panggilan ‘Ana’, 20, bahawa pada kira-kira jam 4 petang, beliau dan lima lagi rakan-rakan Srikandi lain sedang berjalan melalui bilik gerakan Barisan Nasional berdekatan kawasan Simpang.
Lalu beliau ditarik dan dikepung oleh sekumpulan lebih sepuluh orang lelaki berumur kira-kira 50 - 60 tahun dan cuba melondehkan seluar yang dipakainya pada waktu itu. Mereka juga mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat terhadap beliau dan mempersendakan beliau.
Sebanyak tiga laporan polis telah dibuat oleh pihak Wanita KeADILan, di Balai Polis Simpang dan Balai Polis Changkat Jering dan diberi jaminan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya namun setelah dua minggu berlalu tidak menampakan sebarang perkembangan yang dibuat oleh pihak polis.
Walaupun pihak Wanita KeADILan telah memberi gambar-gambar penyokong BN yang disyaki terlibat serta menyatakan ada rakaman CCTV daripada sebuah supermarket berhampiran namun tiada sebarang siasatan diambil oleh pihak polis.
“Saya berjumpa dengan seorang anggota polis yang berpangkat inspektor bernama Shahrin dan beliau telah berjanji akan memastikan kes ini dibawa ke pengadilan, maka saya akan pergi ke dua-dua Balai Polis untuk membuat tindakan susulan,” tegas Zuraida lagi.
Dalam kejadian tersebut, Ana telah diselamatkan oleh seorang penceramah bebas Arsian Napi, 50, serta seorang lagi rakan beliau yang kebetulan sedang minum di sebuah gerai berhampiran tempat kejadian yang juga berhadapan dengan bilik gerakan BN Simpang.
Beliau dengan tangkas bergegas ke tempat kejadian kerana mensyaki satu kejadian yang pelik sedang berlaku di situ. Beliau kemudiannya meleraikan kejadian yang menjijikkan dilakukan oleh sekumpulan penyokong BN yang sebaya dengan beliau.
“Saya dan rakan di pukul dan di halau dengan kata-kata kesat serta memaki hamun dangan perkatan yang tidak sedap di dengar,” kata Arsian semasa sidang akhbar tersebut.
Ibubapa Ana merasa amat terkilan dan sedih keatas nasib yang menimpa anak mereka dan mahukan latarbelakang Ana dirahsiakan demi menjaga maruah keluarga dan diri Ana dari difitnah oleh orang-orang yang berniat jahat terhadap beliau.
“Mereka meminta supaya identiti Ana tidak di hebahkan atas alasan keluarga Ana tinggal di kampung dan tidak mahu pihak tertentu mangambil kesempatan keatas musibah yang berlaku,” jelas Zuraida lagi.
Walau bagimanapun pihak Wanita akan pergi ke dua-dua Balai Polis berkenaan dan mendesak supaya pihak polis beertindak dengan segera.
Sementara itu, Wanita Dap Teresa Kok yang juga menghadiri sidang akhbar tersebut, berjanji akan membawa kes in ke sidang Parlimen dan menuntut supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sharizat Jalil supaya mengabil segera bagi menyelesaikan perkara ini sehingga dibawa ke pengadilan.
HI-TEA WANITA PAKATAN RAKYAT
WANITA BERDAYA, KITA BERSAUDARA
19/4/09 KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR
SPR LOST IDENTITI!!!!!
Cukup gerak cara mereka mempamerkan siapa yang menjadi TUAN mereka,dan kerana KUASA juga WANG ringgit maka mereka sanggup menggadaikan Kepercayaan RAKYAT terhadap mereka.Rakyat sudah dianggap sebagai TIADA KUASA dan Kepada UMNO/Bn lah mereka tunduk patuh sedangkan TUAN pada mereka yang sebenarnya ialah RAKYAT!!!!
RAKYAT ditetapkan dengan pelbagai syarat dan peraturan bagi memilih siapa yang mereka mahu bagi MEMBELA NASIB mereka,sudah tiada lagi KEBEBASAN bagi RAKYAT untuk memilih.Namun inilah yang dikatakan KUASA TUHAN mereka merancang namun TUHAN yang menentukannya!!!Pada PRK yang lalu walaupun RAKYAT diperlakukan dengan macam-macam peraturan baru RAKYAT tetap BERANI bangun menyatakan KEBENARAN dan SUARA mereka.
Akan tetapi hanya kerana takutkan Jawatan yang akan hilang maka SPR pun menari ikut rentak yang dimainkan oleh UMNO/BN.Ingatlah wahai BONEKA mainan MANUSIA kamu hanya satu MAHLUK yang ALLAH SWT cipta sebagai PELAKON di DUNIA ini,jangan kamu ingat kamu akan terlepas begitu sahaja.Apa yang kamu lakukan akan dipertontonkan semula disana nanti!!!!Diwaktu itu tiada lagi Pemimpin UMNO/BN yang dapat menyelamatkan mahupun menolong kamu!!!!
SPR diibaratkan macam orang yang mabuk dipukau???
Bagi sya mereka bukan dipukau akan tetapi mereka yang membenarkan mereka itu dipergunakan!!!
Bayangkan di Malaysia sekarang bagi mereka yang sedar bahawa mereka berkerja dan faham kuasa mereka untuk RAKYAT di salah ertikan,namun bagi mereka yang bekerja dan memberikan kuasa mereka untuk kepentingan diri dan sesetengah dari mereka maka mereka sanggup menggadaikan Maruah dan kejujuran kerja mereka!!!!
TAK SIO KAT BN .........
PEKAN 18 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat bukan menolak Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.
Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Perdana Menteri berkata, sekalipun berlaku tsunami politik semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lepas itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.
“Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat,”Sya :
Adoiyai geli hati sya mendengar alasan NAJIB ni....Dia sendiri terasa yang RAKYAT TOLAK BN..!!Dia Bicara pulak soal HATI!!!EEEEEEE...Geli teman mendengornya.....kalau muka macam pemimpin BN tu bukan kata HATI..Jantung pun tak SIO!!!!Macam mana la RAKYAT nak buka hati pada kamu kalau muka pun takde CAHAYA!!!insaf la ya!!!!
ADA FAHAM KE TAK...
TAK NAK DAN TOLAK TU LAIN NAJIB OI!!!
TAK SIO ORANG KAT UMNO/BN LAGI OI!!!!
SPR PILIH JADI LEMBU ATAU TUAN!!!
Sistem barung ni ialah pondok panas yang disediakan oleh parti yang bertanding untuk membuat semakan daftar pemilih.Boleh mengundi ke tidak si fulan tu.kat saluran mana dan di mana tempat mengundinya.
sekarang tak terasa kesannya tapi bila PRU akan datang memang perit.takkan nak biarkan SPR monopoli.kalau dah kurang penyokong,siapa yang nak jadi spy ada pengundi hantu dan penipuan yang dilakukan ketika pilihanraya.kalau sekarang kredibiliti SPR diragui tentulah mengundang padah jika diletakkan harapan penuh kepada SPR.
najib memang licik dan tok harap PR tidak terpedaya.Pemimpin PR elok bantah cadangan SPR ni yang bila buat peraturan selalu sebelahkan UMNO-BN.
TOK ISKANDAR
SIVA GANTUNG ANTONG!!!!!
Berita melaporkan bahawa Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah menggantung jawatan setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri kerana mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu tanpa pengetahuan dan persetujuannya.
Ni lagi sekor bahalol, Abdullah Antong dan tukar jadi Abdullah TergAntong. kene gantung sebab bahalol... kalau tak de support dari MB Haram dan jugak puaka-puaka dari KERAjaan Haram, bahalol ni tak kan buat perkara ni.
Kuasa untuk memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri dah jelas adalah dalam bidang kuasa Speaker DUN Perak Iaitu YB V. Sivakumar. lepas sekor, sekor jadik bahalol. tak sedar diri dan sedar bidang kuasa.
Tapi orang UMNO/BN tak payah risau, orang-orang Pakatan Rakyat pulak bawak bersabar banyak-banyak sebab lepas ni Mahkamah akan putuskan bahawa tindakan penggantungan Setiausaha Dewan Undangan Negeri yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar adalah tidak sah.
Skrip ni dah lama dah aku hafal... tak percaya, tunggu tengok...
dari perisik rakyat
UMNO TAK BERTANDING?????...HAIRAN BIN AJAIBI!!!!!
Baca apa NAJIS kata kat bawah ni ya....
najis berkata :
"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita
"Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.
Sya :
KHAK THUUUIIIHHH!!!!...kALAU TAKUT KATA TAKUT LA JANGAN NAK TUNJUK MACAM HERO PULAK!!!!
Maknanya PR akan lawan BEBAS je la YA..Kot kalau ada!!!!!
Akhirnya KUASA RAKYAT NI NAJIB FAHAM JUGAK YA!!!!!
HANTAR LEMBU PADA SPR!!!!
I LIKE SPR!!!!!
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH...............
Rakyat dok perhati tingkah laku SPR semenjak dua menjak ni asyik sebelahkan UMNO-BN.Dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh,SPR adakan pengundian hari keja.Payahlah rakyat nak ngundi sampai kerajaan negeri Pulau Pinang isytiharkan cuti hari ngundi.
PRK Parlimen Kuala Terengganu pulak,penamaan calon hari keja tapi kehadiran penyokong PR tetap ramai bahkan semakin bertambah.
PRK di Parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan Batang Ai pulak,SPR isytihar hari ngundi pada hari keja.
Rakyat dah buat andaian apa yang SPR buat untuk memenangkan UMNO.Tapi semuanya gagal sekarang keluar idea bodoh daripada SPR nak kurangkan jumlah penyokong.Tok rasalah kalau umno menang sure SPR tak kisah.
Sudah tiba masanya PR membawa ketidakadilan SPR ke pengetahuan dunia.SPR patut jadi badan yang diberikan amanah untuk uruskan pilihanraya bukan jadi lembaga penasihat atau boleh pilih pulak nak adakan pilihanraya atau tak macam yang berlaku kat changkat jering,behrang dan jelapang.SPR bukan mahkamah.
inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.puncanya umno takut kalah sampai gunakan spr sebagai talian hayat.itulah persepsi rakyat.kalau dah takut nak betanding,bagilah menang free.kata nak minta restu rakyat.pooodahhh!inilah cakap tak serupa bikin.
Kehadiran polis yang patut dikurangkan bukannya penyokong PR kerana mereka perabih duit rakyat dah cecah RM46 juta.penyokong PR pakai duit sendiri.
Eloklah MP PR bawak usul kat parlimen desak Pengerusi SPR ini letak jawatan pasal dah nampak pro UMNO.dulu dia ni KSU KDN.Polis dah sah bawah pengerusi SPR ni.
Tok serupalah dengan rakyat lain semakin meluat dengan tindak-tanduk SPR kebelakangan ni.Tok yakin semakin cepat jatuh UMNO-BN pasal SPR sendiri dah gagal berfungsi dengan baik.elok kita hantar sekor lembu kat pengerusi SPR ni macam AMK buat kat pengerusi SPRM dulu.
tulisan dari TOK ISKANDAR
UMNO,BN,DAN SPR SAMA MACAM..............!!!!!!
Sya :
ADOIYAI TULUN AKU NAK GELAK GULING-GULING NI....
Tadi ada sumber yang beritahu yang Najib Altantuya keluar kenyataan mengatakan bahawa tak perlu PRK Penanti sebab membazir???
Alamak aku tak kata tapi dia yang kata...cuba hangpa Faham betul-betul maksud dia....emmmm kira lebih kurang macam ni la...!!!
Selama ada PRK ada ke PAKATAN RAKYAT cakap yang depa membazir duit???Takde kan...akan tetapi PM HAMPEH ni terasa pulak dihati yang mana dia sendiri kata MEMBAZIR!!!Nampak sangat dia terasa pasal masa B.Gantang,B.Selambau & B.Air depa dah banyak membazir...Sampai dah takde duit nak membazir lagi kat Penanti nanti...
itu pasal depa takut sebab bila takde DUIT nak DIBAZIRKAN orang depa taknak buat kerja dan pasti duit nak PANCING undi pun TARAK!!!
So bagi memikirkan akibat yang depa akan KALAH dengan lebih teruk maka depa pun melalui PM yang kurang IQ keluarkan kenyataan Kurang Cerdik ...
Bab nak kurangkan penyokong tu aku agak SPR pun dah terikut Bangangnya...Jangan ingat RAKYAT nak ikut cakap MU SPR!!!Mu tu orang suruhan BN je...dan RAKYAT bukan orang suruhan mu..lagi mu kata tak payah dan halang RAKYAT maka aku YAKIN RAKYAT akan datang lebih RAMAI!!!Ingat ya cik SPR mu main dengan KUASA RAKYAT!!!!