Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




PERUTUSAN KHAS DS NIZAR JAMALUDDIN


Asalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bkt Gantang dimulai dengan setinggi2 kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga terimakasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR dari PAS , DAP , PKR dan PSM serta pimpinan masing diperingkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta bahagian.

Keempat penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampong disemua UPU dan memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun, disetiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.

Terima kasih banyak2 kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab2 penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa' yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calun serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak2.

Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama' dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni'mal wakil!

Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yab berjaya disaat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.

Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM , Presiden, Timb Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kpd saya dicalunkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.

Terima kasi kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dsbnya memohon pertolongan Allah SWT.

Terima kasih berpanjangan kepada semua ajensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datok Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda2, Bomba dan Penyelamat wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain ajensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.

Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal2 peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan istri saya Dati Seri Fatimah yang turut berkempen juga.

Terima kasih kepada semua ahli dan pimpinan UMNO BN yang berkerja sama menjayakan pilihanraya kecil P059. Kepada semua yang disebut dan tidak tersebut diatas, saya dengan rendah diri memohon kemaafan dan keampunan diatas apa jua kesilapan dan dosa yang terkeluar dari mulut saya atau keperibadian dan gaya badan serta peradaban yang tidak sengajakan, terkasar bahasa dan yang telah mengguris serta melukakan hati dan perasaan, maka saya mintak ampun dan kemaafan dunia akhirat.

Saya akur bahawa kemenangan ini kurniaan Allah SWT yang memerlukan dipikul tanggungjawab dan amanah besar sebagai Ahli Parlimen . Diharapkan doa berterusan agar saya dan keluarga dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam peliharan NYA.

Saya dedikasi kemenangan ini kepada Allah Yarham YB TN Hj Roslan Shahrum dan keluarganya . Pemergian beliau meninggalkan kita dan kemenangan ini adalah isyarat kerja baik beliau yang insyaAllah akan saya teruskan. Mari sama-sama sedekahkan Alfaatihah untuk arwah YB Hj Roslan Shahrum.....alfaatihah. Saya dan istri akan menziarah istri arwah YB Roslan pada petang ini, insyaAllah.

Jika tiada halangan saya akan mengangkat sumpah didepan speaker Parlimen minggu depan. Kini saya sedang berhadapan dengan YB Dato' Zambry Kader di mahkamah Tinggi KL dibantu oleh peguam2 saya untuk memohon perisytiharan (judicial review) dari mahkamah tinggi bahawa YB Dato' Zambri adalah tidah sah menjawat MB Perak dulu kini selalamanya. Doakan keputusan menyebelahi rakyat dan keadilan dapat ditegakan.

Salam hormat. Hidup Rakyat, Salam Reformasi dan Takbeer!


DARI RAKYAT KEMBALI KEPADA RAKYAT....KEMENANGAN RAKYAT!!!!

0 comments: