Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Srikandi PKR Dicabul Dalam Bilik Gerakan BN

Lebih kurang jam 4:30 petang tadi, berlaku satu kejadian yang tidak diingini kepada Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat dari Srikandi PKR Malaysia. kejadian berlaku ketika kumpulan Srikandi PKR sedang menjalankan kerja-kerja mengedarkan risalah kempen pilihanraya di kawasan Simpang.

Kejadian tersebut berlaku ketika 6 orang Petugas Pilihanraya (Srikandi PKR) melalui sebuah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. mangsa menceritakan bahawa ketika mereka melalui kawasan kaki lima Bilik Gerakan UMNO/BN, beberapa petugas UMNO/BN seramai hampir 10 orang yang berada di kawasan tersebut telah bertindak mengepung salah seorang dari mereka kemudian telah mengheret mangsa kedalam bilik gerakan UMNO/BN.

Sebelum itu kumpulan pertama seramai 3 orang yang berada dihadapan mereka telah diganggu dan kumpulan tersebut telah cuba merampas risalah yang mereka bawa dan berlaku adegan tarik-menarik tetapi kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan tersebut, kumpulan pertama tadi tidak sedar bahawa rakan mereka yang berada dibelakang telah dikepung dan diheret masuk kedalam Bilik Gerakan tersebut dan mereka hanya menyedari kejadian setelah seorang pekedai berbangsa cina memaklumkan kepada mereka kemudian.

Setelah dimaklumkan, mereka berpatah balik tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah petugas UMNO/BN yang ramai. kebetulan ketika kejadian berlaku, bapa mangsa berada berhampiran tempat kejadian dan bapa mangsa kemudian bergegas menyelamatkan anaknya selepas berlaku sedikit kekecohan.

Mengikut mangsa, kumpulan seramai hampir 10 orang tersebut dalam lingkungan umur 40 tahun keatas ketika kejadian telah cuba menanggalkan seluar mangsa tetapi mangsa bernasib baik kerana memakai seluar jeans yang agak ketat dan memaki talipinggang.

Kumpulan tersebut juga dalam kekecohan telah mencabul mangsa beramai-ramai.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang pada jam 5:00 petang tadi.

Sya :

Sya selaku Ketua Srikandi Keadilan Malaysia Mengutuk tindakan yang dilakukan oleh UMNO/BN yang bersikap Kurang Ajar dan BACUL kerana berani mengganggu SRIKANDI yang terdiri daripada wanita muda.Tindakan ini dilihat seolah-olah satu sikap KEPIMPINAN atasan UMNO/BN yang telah diserap ke dalam setiap jiwa Pengikut mereka sehingga mereka sanggup bertindak seperti BINATANG!!!

Sya mendesak Pihak POLIS untuk menjalankan siasatan penuh terhadap kes ini.Tindakan sepatutnya telah dibuat untuk menampakan bahawa mereka benar-benar membela nasib RAKYAT!!!

Sya juga ingin menyatakan bahawa kami SRIKANDI tidak akan sekali-kali mengundurkan diri dan takut dengan segala macam propaganda dan tindakan UMNO/BN..Kami SRIKANDI akan tetap lawan sampai kami mencapai kemenangan...

Kami Bukan PUTERI UMNO kami SRIKANDI KEADILAN PEJUANGAN KEBENARAN DAN KEADILAN!!!!

ALLAH HU AKBAR!!!REFORMASI!!!LAWAN TETAP LAWAN!!!

0 comments: