Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




UPDATE BUKU BNP : BUKU RAMPASAN KERAJAAN PERAK




Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN dilancarkan dengan resminya oleh Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di majlis Ceramah Perdana sempena Jamuan Kesyukuran Rakyat malam tadi.

Buku ini disusun oleh BloggersNetwork@Perak dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak bersama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Berikut ialah Kata Pengantar oleh YAB DS Nizar Jamaluddin;

BismiLlahirRahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.

Saya bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas anugerahNya kepada saya dan seluruh pendukung perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini, khususnya di negeri Perak. Kita diuji dengan cabaran kejahatan dan kezaliman yang dahsyat. UMNO-Barisan Nasional meneruskan jatidiri songsang yang telah sebati dengan jiwa dan budaya mereka, demi agenda kuasa dan rompakan harta negara. Kita tidak sayugia membiarkan kezaliman mereka terus bermaharajalela.

Mudah-mudahan Allah SWT terus menganugerahkan kekuatan kepada kita semua.

Krisis perundangan, perlembagaan dan politik yang dicetuskan oleh UMNO-BN di negeri Perak merupakan lanjutan daripada rentetan pencabulan yang tergamak dilakukan oleh UMNO terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang menjadi Prinsip Rukun Negara.

Mereka menyalahgunakan ketiga-tiga cabang kuasa negara iaitu Legislative, Executive dan Judiciary untuk mempertahankan langkah sumbang dan amalan jijik yang dilakukan. Aliran maklumat dikekang supaya rakyat dapat terus ditipu. Mereka mengongkong media perdana elektronik dan cetak secara memutar belit fakta demi menghalalkan tindakan haram yang mereka lakukan.

UMNO menjayakan misi rampasan kuasa ini dengan segala macam tindakan yang haram disisi agama Islam. Mereka mengumpan rasuah wang dan seks, mengugut, menculik serta menipu Raja dan rakyat. Prinsip keadilan Islam telah dicabul dengan pemaksaan yang kotor terhadap institusi awam termasuk SPRM, SPR dan polis.

Tragedi yang berlaku di Perak adalah rompakan kuasa. Ia bukan peralihan kuasa yang biasa. Perlembagaan negara dan negeri telah dikoyak oleh UMNO-BN. Prinsip keadilan sejagat tidak mengizinkan rompakan ini. Seluruh masyarakat di dunia sedang mentertawakan amalan politik di negara kita akibat kegelojohan dan haloba UMNO-BN.

Kita wajib bangkit memperbetulkan keadaan. Tanahair tercinta ini perlu diselamatkan daripada perosak agama, bangsa dan kemanusiaan. Rakyat perlu difahamkan tentang krisis ini dengan maklumat yang benar secara berfakta. Mudah-mudahan fitnah rekaan UMNO-BN dapat ditangkis dan dikuburkan.

Saya amat menghargai usaha BloggersNetwork@Perak yang bersusah payah mengumpulkan fakta dan analisis berhubung krisis ini untuk tatapan dan penilaian rakyat negeri Perak dan warga Malaysia amnya. Tahniah kepada saudara-saudari MSK, Cyberboron, Topeng Perak, Sya-Reformis, Dugong Darat, Raden Banjar, Amurba, Cenangau, UmmiAnni, ManjungMari dan semua bloggers yang terlibat melahirkan dokumen yang amat bersejarah ini.

Saya doakan agar Allah SWT menganugerahkan ganjaran berlipat ganda kepada semua bloggers yang menghasilkan koleksi maklumat ini.


.........................................................
Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan


____belian online di blog 
albanjari____

sumber 
ciberboron

0 comments: