Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Jemputan ke Majlis Hi-tea bersama DS Nizar.

Dalam tempoh kurang 30 hari dari sekarang, terdapat 2 agenda besar akan dianjurkan oleh BloggersNetwork@Perak. Sejak dari hari rabu lalu, 4-5 blog telah pun menwar-warkan agenda itu. Benar sungguh..ada 2 agenda besar akan menemui khalayak rakyat Perak juga para pendokong2 Pakatan Rakyat seluruh negara.

Agenda Besar 1 : Hi-Tea Bersama Dato’ Seri Ir. Muhamad Nizar bin Jamaluddin
Tarikh : 3hb. Mei 2009 ( Masa : 4 pm~7pm) di Restoran Sabar Menanti, Komples Kolam Renang MBI, Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh, Perak (berhampiran Stadium Perak).

Agenda Besar 2 : Konvensyen Teh Tarik 2 bersama Pyan Habib
Tarikh : 23hb. Mei 2009 ( Masa : 8.30 am~5pm) di Resort, Pantai Teluk Senangin, Teluk Batik, Lumut Perak. Rujukan artikel berkaitan di SINI

Wak hanya fokuskan kepada Agenda Besar 1 : Majlis Hi-Tea bersama DS Nizar. Bagaimana untuk turut serta ? Amat MUDAH..ikuti 4 langkah di bawah :
  1. Daftarkan nama Anda atau Ketua Kumpulan berserta jumlah kehadiran, no HP utk dihubungi dan SMS ke 012-4026129. Contohnya : NAMA (albanjari) Jumlah Hadir (4) HP (012-4026129), tulis begini : albanjari_4_0124026129 dan tekan SEND
  2. Tunggu pengesahan SMS dari wak al-Banjari. Anda akan menerima pengesahan berikut melalui SMS : 4_1001_1002_1003_1004 M3. [Info : (4) merujuk jumlah yang hadir. Kod 1001_1002...pula merujuk kepada nombor kerusi dan M3 merujuk kepada nombor Meja.
  3. Apabila telah menerima kod tersebut dari wak, sila buat pembayaran secara Online atau bank in bayaran secukupnya ke Mayban2U (158417021317) atau CIMBClick (0206-0040624-52-8) dan SMSkan butiran bayaran itu samada melalui SMS atau email. Contohnya - Bayaran telah dibuat. T.kasih
  4. Sila gunakan nombor HP Anda ketika hadir ke Majlis untuk rujukan pihak kami di kaunter pendaftaran pada hari tersebut. Sistem kami akan mengenal pasti jumlah kehadiran dan nombor kerusi dan Meja Anda. Kupon akan diberikan pada hari tersebut. Sila simpan kupon tersebut untuk Sesi CABUTAN BERTUAH. Di atas kupon tersebut akan dinyatakan nombor kod kerusi Anda. Selamat Datang ke majlis Hi-Tea bersama DS Nizar.

Bilangan peserta adalah TERHAD kepada 25 meja atau 200 peserta. 150 peserta terawal yang mendaftar akan menerima CENDERAHATI KHAS dari BloggersNetwork@Perak. Sila Daftar AWAL !! Tarikh akhir penerimaan daftar dan bayaran ialah pada atau sebelum jam 8 malam 2hb. Mei 2009. Terima Kasih.

0 comments: