Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Bukit Gantang - Buku politik pertama BloggersNetwork dilancarkan oleh DS Nizar malam tadi

Buku Politik pertama yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak selamat dilancarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar malam tadi. Buku yang mengupas secara terperinci episod rampasan kuasa di Perak ini wajar dimiliki oleh setiap pelayar yang mendokong keadilan. Lebih 500 unit telah terjual malam ini sahaja. Edisi Jualan online terhad kepada 200 buah.

Jualan buku seumpama pisang goreng panas di tapak ceramah malam tadi !

Serbuan peminat buku ke gerai Urusetia sebaik sahaja DS Nizar melancarkan dengan rasmi buku 'berhantu' itu. Edisi Terhad beb...!!

Buku yang bertajuk Rampasan Kuasa Negeri Perak yang mengandungi 156 muka surat ini mesti dimiliki. Sinopsis buku ini akan dikeluarkan pada posting wak esok. Nanti yaa !!!

Buku yang dijual pada kadar harga RM15 ringgit sebuah tidak termasuk belanja pos, mula dijual di kawasan tapak ceramah malam tadi dimana sambutan hebat telah diberikan oleh pembeli khususnya. Edisi cetak sulung ini hanya terhad kepada 1 ribu buah sahaja. Kepada mereka yang berminat sila emailkan kepada MSK atau al-Banjari. Harga jualan secara on-line akan diputuskan (termasuk belanja penghantaran didalam Malaysia sahaja ) paling lewat esok. Dapatkan segera, buku ini tidak dijual di pasaran terbuka. Tempahan dibuka sekarang !


Sila Email kepada Sya untuk tempahan!!!........klik sini

1 comments:

GOMO berkata...

SALAM ADIK SYA...
EMM BANYAK KE DAPAT KOMISYEN???
HE HE HE....

MASYUK JUGAK GROUP ADIK SYA NI YE...

LEH LAH BELANJA ABG GOMO MAKAN..
EMM TAKPA BIAR ABG GOMO BELANJA MAKAN....

NI NAK TEMPAH BUKU MACAM MANA???