Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




BN Haram ???

Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.

Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:

1. "Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan.
2. Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.
3. "Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?
4. "Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan sebuah pertubuhan yang haram.”
5. Berbeza dengan UMNO yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."

Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.

Maka persoalan yang timbul ialah:

1. Bilakah Barisan Nasional diluluskan? Bilakah Barisan Nasional menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang – undang? Buktikan bahawa Barisan Nasional mempunyai rekod di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikenali sebagai Registrar of Society.

2. Gabungan 13 komponen Barisan Nasional tidak pernah ditubuhkan secara rasmi dan Barisan Nasional juga tidak mempunyai perlembagaan sendiri?

3. Mengapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta – mengunakan perkataan Barisan Nasional yang tidak diwujudkan secara sah dan mengikut perundangan di Malaysia?

4. Adakah ini bermaksud, Barisan Nasional juga merupakan pertubuhan yang haram dan penggunaan perkataan Barisan Nasional wajib diharamkan?

5. Bukankah penubuhan Barisan Nasional juga merupakan serpihan – serpihan 13 komponen walaupun hanya UMNO yang dilahirkan di Istana?

Tambanan pula, kami ingin memperingatkan Pemuda UMNO khususnya, Nur Saidi Nayan bahawa dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat telah bertanding dengan namanya sendiri yang sah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).

Manakala, Barisan Nasional, sebaliknya dalam pilihanraya 2008 dan sebelumnya, telah bertanding atas nama Barisan Nasional yang tidak ditubuhkan secara sah mengikut perundangan. Yang ditubuhkan secara rasmi ialah UMNO, MIC, MCA dan komponen – komponen lain dan bukannya Barisan Nasional.

Bukankah UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional perlu bertanding dengan menggunakan nama pertubuhan mereka yang sah? Bukankah mereka perlu bertanding mengunakan logo masing – masing? Mengapa mereka menggunakan perkataan Barisan Nasional dan logo Barisan Nasional yang tidak sah di sisi undang – undang?

Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah. Adakah ini bermaksud Barisan Nasional sedang mentadbir negara kita melalui perlantikan dan pemilihan yang tidak sah?

Kami, menyeru Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu sebelum membahaskan sesuatu perkara. Ini menunjukkan identiti dan pendirian yang bercanggah dengan sejarah dan persefahaman di Malaysia. Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara.

Sekian.

Yang Benar,

Manivanan Gowin

-Concern Youth Movement

Sumber Perisik Rakyat

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Cdo tak setuju dengan cadangan Nur saidi, sehingga dibawa bukti kehadapan bahawa PR tak sah , barulah Cdo terima hujahnya, walaupun Cdo adalah penyokong UNMO...

CdoSANGAT BERSTETUJU DENGAN PANDAGAN KETUA CYM GOWIN BAHAWA

"Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara."

ITU SATU NASIHAT YANG BAIK..DAN DALAM MAKNANYA.....

taipingmali berkata...

Sya....jom pi makan mee banjirrr...

PAPA GOMO berkata...

SALAM ADIK SYA...
EMMM GOMO DAH LAMA TAK PAKAI PAKATAN RAKYAT NI...

ABG GOMO LEBIH SENANG GUNA AYAT PAKATAN PEMBANGKANG.

KESIAN TOLONG PESAN KAT MAT SAMAN KATI TU LAIN KALI BERADAB BILA BERBICAR DENGAN MANUSIA. WAIMAH DENGAN BINATANG PUN KENA ADA ADAB.

Blog Rasmi BPN 3 PRK berkata...

lawati ulasan 3 PRK versi BPN

momotaro berkata...

wakakaka.. gomo berbicara pasal adab,,??? ko pon same la gomo.. sebelum nasihat orang, tolong nasihat diri sendiri tu dulu... cara penulisan kat blog ko pon mencerminkan yg ko nie tak beradab,,,

momotaro berkata...

nasib baik la Nur Saidi Nayan ni bukan adik kandung Zamri Nanyan.... malu sungguh rasanya bila bercakap tanpa fakta... Dia ni tengah tunjuk hero dia kat atas pentas.. tu yang ikut sedap mulut jer... kalau nak haramkan PR, kena haramkan sekali BN..... Mungkin dia pon terlupa BN pon tak pernah berdaftar kat JPPM... bodo punya saidi....