Ni saya nak cerita ni pasal ada seorang blogger ni. Dulu bukan main kuat dia sokong Pakatan Rakyat. Tapi semenjak Rocky Bru dengan Noraina Samad anjurkan perjumpaan dia dengan Dato Zahid Hamidi di Jabatan Perdana Menteri, sekarang ni dia dah berubah jadi penyokong belah sana pulak.
Saya tak nak dedahkan identiti dia buat masa ini, tapi tak taulah kalau dia melampau sangat mengkritik PAS dengan kritikan-kritikan yang tidak berasas, saya akan dedahkan.
Semasa berjumpa dengan Zahid Hamidi tu, habis semua pegawai kerajaan dibawa berjumpa dengan blogger ni. Kononnya Islam dalam bahaya. Dan contoh yang paling besar yang dibawa oleh Zahid dan juak-juaknya adalah penggunaan nama Allah oleh golongan Kristian.
Saya cabar blogger ni, cuba bawak satu fatwa dari Al Azhar mengharamkan penggunaan nama Allah SWT oleh kaum Kristian. Kristian koptik d (dibaca ”Church of Alexandria”) telah menggunakan kalimah Allah dalam segenap upacara keagamaan mereka termasuk dalam majlis peribadatan mereka sejak beratus-ratus tahun dahulu. Dan Universiti Al Azhar tak bising pun. Yang bising hanyalah puak2 UMNO dan juak2 Zahid Hamidi serta beberapa blogger yang menjadi alat UMNO sekarang ini.
Saya hairan, mengapa pihak Jabatan Perdana Menteri dan Zahid Hamidi tak naikkan permasalahan judi dan arak di Malaysia. Mengapa kerajaan Hadhari UMNO ini masih lagi memngeluarkan lesen judi dan arak. Saya pun hairan mengapa blogger seperti Nuraina Samad dan Rocky Bru ni ”bengong” sangat tak dapat memikirkan benda mudah ni?
Saya pun tulislah artikel bertajuk ” Antara "Islam-DAP" PAS Dengan "Islam-Tokeh Judi" UMNO" dan suruh dia baca.
Dia pun baca dan terus tulis artikel dlm blog dia. Saya baca la artikel dia tu. Bukan main dia kutuk Kerabat Diraja Negeri Sembilan dan dia sampai kata nasib baik N9 tak dapat Yamtuan yang menjadi tokeh Arak (pasal Tunku Naqiyuddin adalah Director Calrsberg).
Tapi, takda pun dia sebut pasal Najib Tun Razak baru lulus 10 lesen judi. Takda pulak dia sebut yang segala lesen judi dan arak dalam Malaysia ni adalah melalui kelulusan UMNO dan BN.
Takda pulak dia sebut yang UMNO menjadi kawan utama kepada tokeh2 judi dan arak ni. Kalau tidak, mengapa boleh ada 3 orang melayu yang boleh duduk dalam ”Board of Directors” Calrsberg. Sudah tentu 3 ”ekor beruk” ni sudah mendapat restu dari UMNO?
Blogger ni pun mengamuk sakan la kat saya. Macam-macam la dia kata kat saya ni. Saya cuma bertanya kenapa part Najib lulus 10 lesen judi extra tu dia tak sebut. Kenapa nak marah?
Dia pun nak tunjuk la yang dia ni Islamik dengan membesarkan isu director Calrberg ni ada orang Islam tapi benda lain yang menjadi sebab terjadi perkara ni dia tak sebut. Pasal Najib lulus lesen judi ni langsung dia tak sentuh.
Dia cuba mencabar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menutup kilang arak dan kedai judi di Selangor.
Saya cakap, proses pengurangan judi dan arak di Selangor sedang berjalan dengan lancar. Kita tak boleh haram judi dan arak secara total kerana Selangor 52% bukan Islam. Kita boleh haram kepada orang Islam sahaja.
Undang-undag sudah ada tapi UMNO tidak mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut. Fasa pertama adalah menguatkuasakan undang-undang yand sedia ada.
Tak macam UMNO yang jelas telah menambah lesen judi di Malaysia yang menjadi sokongan blogger tersebut.
Kalau Ada Kedai Judi Baru Bukak, Pergi lah Baca Doa Selamat
Akhir sekali, saya kata, kalau dia dah kemaruk sangat nak sokong UMNO balik, bila ada premis judi tambahan yang akan dibuka ekoran dari kelulusan Najib Tun Razak ni, bolehlah dia pergi baca doa selamat.
Janganlah guna alasan untuk bersatu dan merapatkan saf umat Islam semata-mata kerana mahu menunjjukan seolah-olah tindakan menyokong UMNO itu benar.
Terimalah hakikat sesungguhnya menyokong UMNO dan bersatu dengan UMNO adalah menyokong tokeh-tokeh judi dan arak. Itu sahaja yang perlu anda terima.
-Malaysia Waves
Sya :
baca lanjut di blog Malaysia Waves
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
6 comments:
lah dedahkan je, kemudian kita belasah ramai-ramai biar dia mengcungap
Sungguh jitu dan tepat! Teruskan usaha saudara. Banyak sangat "double standard" dalam BN. Kalau itu projek UBN takpa.... nak komenpun kena marah. tak sedar-sedar lagi yang sikap beginilah yang menyebabkan rakyat menolak UBN.
aik sya... tersebut name blogger tu ke? nur....aina... yg tu ke? hehe
Thanks for the comment.Kami rakyat malaysia di sri lanka sentiasa mengikuti perkembangan politik di tanahair.very good blog.semoga perjuangan kalian sentiasa diiringi keberkatan Allah.
anis...ok kak teruskan berhubung segala maklumat akan terus disalurkan...
Catat Ulasan