Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang

MAC 30 – Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.

Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.

Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.

Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.

Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.

Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.

Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.

Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.

Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.

“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.

Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.

Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.

Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.

Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.

Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.

Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti.

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Badrulzaman

Malam tadi Wanita KeADILan buat ceramah kecil-kecilan di salah satu kawasan di Bukit Gantang.

Antara yang hadir ialah saudara Badrulzaman bin Shamsudin yang tinggal di alamat 326, Lorong 12, Taman Kaya, Fasa 1, Taiping.

Nak dijadikan cerita, ceramah malam tadi menjadi ceramah terakhir yang dihadiri oleh saudara Badrulzaman bin Shamsudin apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di majlis ceramah tersebut.

Kami dari BloggersNetwork@Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Badrulzaman diatas kepulangannya ke rahmatullah.

Mana-mana saudara-mara, handai-taulan, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang mengenali Allahyarham Badrulzaman diminta agar menyebarkan berita sedih tersebut kepada kenalan-kenalannya yang masih belum mendapat berita ini.

Majlis pengkebumian Allahyarham Badrulzaman akan diadakan esok (sila berhubung dengan keluarga Allahyarham untuk maklumat lanjut).

Al-Fatihah kepada Allahyarham.

O-RAHMA-N : Realiti atau Fantasi?

Oleh Dango Mamamat

Dua tiga hari lagi PM Lah akan mengadap YDA memohon sembah meletakkan jawatan sebagai PM. PM Lah menjanjikan pada hari Khamis, 2 April 2009 sebagai tarikh mengadap YDA. Secara umumnya TPM beliau akan menjadi PM baru. PM baru atas kapasiti sebagai Presiden UMNO yang baru. Tetapi adakah semudah itu Najib menjadi PM Malaysia?

PM Lah belum menunjukkan secara jelas siapa pengganti beliau. Beliau hanya mahu mengadap YDA berkaitan jawatan PM. Bagaimana jikalau YDA meminta PM Lah terus menjadi PM sehingga PRU 13? Sekiranya ini yang dikehendaki oleh YDA dan PM Lah setuju, sudah tentu PM Lah akan mencadangkan rombakan kabinet baru tanpa kelibat Najib. Adanya Najib dalam kabinet baru hanya akan menambahsusahkan urus tadbir kerajaan perpaduan pimpinannya. PM Lah hanya perlu mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 112 AP di parlimen. Semua AP kena setuju. Jikalau ada AP yang tidak setuju, AP tersebut dianggap telah derhaka kepada YDA sebagaimana MB Nizar dikatakan oleh UMNO telah derhaka kepada Sultan Perak. PM Lah kekal PM dengan dibantu oleh TPM baru, DSAI.

Seandainya YDA menerima perletakan jawatan memandanya PM Lah, Najib belum tentu menjadi PM. Mungkin YDA ada cadangan lain. Agak keterlaluan jikalau YDA menobatkan DSAI sebagai PM baru. Jika ini yang berlaku, DSAI akan dianggap merampas kuasa. Takkan DSAI mahu dianggap sebagai perampas kuasa? Kalau bukan DSAI di angkat sebagai PM, siapa lagi?

Siapa AP bukan PR yang bersungguh-sungguh menyokong kerajaan perpaduan? Siapa AP yang menempelak rampasan kuasa Najib di Perak? Siapa AP yang masih menyerang peribadi Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO? AP mana yang meminta Najib mencabar tuduhan akhbar Perancis yang mengatakan Najib sebagai bersubahat membunuh Altantuya? Siapa AP yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO? AP ini akhirnya merendah diri yang gurkha UMNO sememangnya tidak layak menjadi presiden UMNO. Adakah tidak layak menjadi presiden UMNO membawa maksud tidak layak menjadi PM Malaysia?

Siapa lagi kalau bukan bakal YABM Kuli. Arwah bapa Najib, Allahyarham Tun Razak telah menasihatkan Allahyarham Tun Hussein lantiklah Kuli sebagai TPM. Tun Hussein pula terlupa akan nasihat ini. Sebelum berundur, Tun Hussein memanjangkan nasihat agar Tun Dr. Mahathir melantik Kuli sebagai TPMnya. Nasihat ini telah menjadi wasiat. Wasiat adalah satu amanah. Kuli bukan merampas kuasa. Kuli hanya berusaha memenuhi wasiat pimpinan terdahulu. Wasiat bapa Najib. Apakah Najib sanggup melanggar wasiat bapanya yang belum tertunai? Tanggungjawab anak yang baik ialah memenuhi wasiat bapa.

Timbul persoalan, mustahil Najib sanggup menerima gurkha UMNO sebagai PM. Mustahil Najib mahu menerima hakikat bahawa presiden UMNO tidak berkuasa di Malaysia. Mustahil Kuli mahu melantik Najib sebagai TPM sebelum Najib diheret ke mahkamah membersihkan dirinya daripada gangguan ‘hantu’ Altantuya. Apabila Najib telah bersih sebersih-bersihnya, barulah Kuli akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Di samping berusaha memenuhi wasiat tertunggak , Kuli menjadi PM demi menyelamatkan maruah dan ekonomi negara yang begitu buruk angkara tuduhan terlampau ke atas Najib.

Jikalau bukan Najib sebagai TPM, siapa pula? Mungkin DSAI akan dilantik sebagai TPM. Kuli menjadi PM bukan atas kapasiti UMNO. Kuli menjadi PM untuk semua rakyat. Kabinet Kuli adalah kabinet perpaduan. Ada menteri UMNO, ada menteri PAS, ada menteri PKR, DAP dan AP-AP dari Sabah dan Sarawak. Semua AP akan menumpu tanggungjawab mereka kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kuli akan bersara daripada dunia politik menjelang PRU 13 setelah berjaya membentuk satu lanskap politik baru untuk Malaysia.

Saya masih berpegang pada andaian awal saya iaitu O dan N tidak akan menjadi PM walaupun tokohnya mampu menjadi presiden UMNO. Apakah O-RAHMA-N akan menjadi kenyataan?

Ahhh, teman ngigo ghupernye…

NIZAR..MB DAN IMAM....PILIHAN RAKYAT!!!

Bukan senang nak cari orang yang boleh buat serba-serbi. Kalau nak maki hamun…yang tu Perak Bangkit pun boleh buat. Kalau nak jadi tukang bodek, yang tu bagi kat Gomo. Tapi kalau nak jadi MB, nak jadi Imam, nak jadi Ir..kat Perak ni cuma ada sorang saja.

Tu pasai ada orang sakit hati bila Nizar diminta menjadi Imam. Tu pasai ada orang yang sakit hati Nizar jadi MB. Dan lebih sakit hati…bila tengok Nizar lebih diterima di Perak berbanding MB Haram Umno/BN.

Pagi tadi…masa aku tengah syok tidor…dapat satu call tentang satu kematian di Taman Damai. Bagi aku..kematian satu perkara biasa. Tapi dalam hal ini, aku diminta supaya pi tengok jugak.

Bila aku sampai dimasjid Pengkalan Aur, Nizar sedang mengimamkan solat zohor. Pada aku…ini bukan luar biasa. Tapi bagi puak belah nun..ini sudah luar biasa. Kot-kot la Pak Lah boleh jadi imam…tapi yang nak ganti Pak Lah ni boleh ka?

dsc09831Lepas solat zohor, Nizar mengimamkan solat jenazah. Bukan aku nak kata orang lain tak boleh nak buat, tapi pasai apa tak panggil Zamry ka..Mail Sapian ka? Atau pun… dah panggil…tapi depa tak upaya? Ataupun..Zamry dengan Mail tak bangkit lagi…pasai malam tadi karaoke sampai pagi kat Bilik Gerakan Pemuda UMNO Simpang kot?

Dari masjid, terus ke tanah perkuburan. Aku dok peratikan jugak kot-kot ada imam puak nun yang nak rampas mikrofon. Tapi tak dak jugak. Last-last…kat Nizar jugak la depa tala.

dsc09840Nasib baik la Nizar ni boleh harap. Kalau nak harapkan puak nun…susah sikit la. Takat pulun komisyen boleh la.

Bila dah selesai..sempat jugak aku bersembang dengan orang taman tu..

Ceritanya…pasai bendera kat bawah flyover nak ke Taiping.

bendera-umnoisrael

Macam mana Umno boleh jadi Yahudi? Pasai apa depa suka sangat kat yahudi?

Pak Cik ni cerita macam ni….

Ada sorang orang Umno..kena sakit jantung. Jadi dia ni kena buat by-pass surgery..dan kena la ada simpanan darah. Tup-tup, darah dia jenis yang tidak ramai memilikinya. Jadi orang Umno ni pun publish dalam blog dia…mintak pertolongan sapa-sapa yang ada darah sejenis dengan dia.

Nasib baik la…ada sorang Yahudi kat Israel yang mempunyai darah sejenis dengan orang Umno ni. Dan Yahudi ni pun setuju derma darah dia kat orang Umno ni.

Selesai pembedahan dan orang Umno ni dah sembuh…dia pun hantaq la kat orang Yahudi ni kad ucapan terima kasih…disertai dengan hadiah emas dan sebuah Rolls Royce. Yahudi ni pun bukan main suka.

Nasib tak baik…orang Umno ni kena operation sekalilagi beberapa bulan kemudian. Dan orang Yahudi ni pun bukan main seronok nak tolong sekali lagi. Kot-kot boleh dapat Eurocopter pulak!

Tup-tup…lepas sembuh, orang Umno ni hantaq kad ucapan terima kasih dan sekotak coklat! Itu saja!!

Orang yahudi ni pun tanya…”tak kan coklat sekotak saja?”

Orang Umno pun jawab…” Tak tau ka? Darah aku dah darah yahudi?”

Berita Paling Best Hari ni.

DS Sembahyang Maghrib di Masjid Simpang.. sewaktu tiba, dia disuruh jadi Imam.

Kemudian di belakang saf, sembahyang MB haram, calon dan Mohyidin Yassin berimamkan DS Nizar.

Satu petunjuk bahawa kuasa Tuhan menunjukkan kebenaran Islam.

penguguman!!!

Salam semua sya tak dapat update blog buat masa ni kerana sya terlibat dengan kerja -kerja parti..Rakan-rakan lain akan buat laporan khusus untuk anda semua..Sya akan kembali bertugas pada Isnin ini...segala laporan dari Ds Nizar Jamaluddin akan disalurkan terus kepada anda..terima kasih semua...

lawan tetap lawan!!!!

ARTIS TAK LAKU DI BUKIT GANTANG!!!!

Dalam aku dok kata… kat Bukit Gantang, muka pemimpin Umno memang tak nampak. Sebab semuanya ada kat PWTC. Pilihanraya Umno lebih penting dari Bukit Gantang.

AJK-AJK Umno Bahagian pun memang tak nampak muka, sebab depa lebih pentingkan duit yang bakal diterima dari calon-calon yang bertanding.

Jadi…tak dak sapa yang boleh buat kerja kat Bukit Gantang..tu pasai depa minta tolong polis dan SPR. Depa suruh polis kacau ceramah PR dan minta tolong SPR keluarkan macam-macam arahan.

Kat ceramah PR…FRU dah jalankan arahan Umno untuk kacau ceramah. SPR pulak dah mula keluarkan arahan yang gili-gila.

Tak cukup dengan itu, la ni artis-artis pulak dah mula turun.

hati-malaya

Aku pun minat tengok filem-filem Shuhaimi Baba, dan kalau aku ada kat Bukit Gantang…gerenti aku pun nak tengok wayang pacak yang dibuat oleh artis-artis ni. Tengok…Maya Karin pun ada…mungkin ada chance nak cuba try paku enam inci.

Tapi masalahnya aku ada kat Pasir Mas malam tadi..jadi aku suruh Ciberboron pi tengok. Silap aku jugak…pi suruh ustaz tengok wayang, tapi pasai dah tak ada sapa kat Stesyen Maya, dia kena pi jugak la.

Sampai kat sana Ciberboron naik malu…pasai tak ada orang tua. Yang ada cuma budak-budak..masing-masing dok pegang risalah…tunggu bila nak buat cabutan bertuah.

Sampai la dekat pukul sepuluh…yang ada lebih kurang 10 orang budak-budak sekolah dok melangut tengok wayang pacak.

Kesian kat artis-artis ni. Kalau kat tempat lain…gerenti orang kerumun mintak autograph. Tapi kat Bukit Gantang…sapa pun tak peduli.

Aku nak bagi tau kat artis-artis ni…orang Bukit Gantang bukan tak suka tengok artis-artis…tapi mai la waktu lain. Ni bila mai waktu kempen pilihanraya…kempen pulak untuk Umno..cari nahas la.

Orang Bukit Gantang bukan tak suka jumpa artis…tapi depa tak suka Umno!!

DARI PERAK EXPRESS

CELAKA UMNO KATA AHLI UMNO SENDIRI!!!

BOLEHLAH DIKATAKAN 2/3 DI RUANG LEGAR PWTC, KITA DENGAR PERKATAAN RASUAH, RASUAH. RASUAH. SEPANJANG-PANJANG KP BARU BAGI UCAPAN, SELAMA ITULAH KITA DENGAR PERKATAAN RASUAH TU, GILA SIOT! SAMPAI DAH NAK BERGADUH LA TADI MUJUR LA PENYOKONG DM NI JENIS COOL...KEPADA KP BARU TU KAWALLAH SIKIT PENYOKONG MU ITU KERANA MEREKA MENAMPAKKAN KETAKSUBAN YANG ADA PADA PIHAK PEMBANGKANG TU...ASTAGFIRULLAH.. TENTU ANDA TANYA, MESTI PARPUKARI KECEWA KAN? YA SAYA KECEWA SUNGGUH, SAYA KECEWA KERANA DM KALAH DI TANGAN ORANG YANG SUDAH DISABITKAN BERSALAH DALAM POLITIK WANG, TAPI BERTANDING DAN MENANG...

Sya copy dari blog Parpu Kari

Semua sedia maklum yang Ketua Pemuda Baru untuk UMNO ialah KJ menantu Abdullah Badawi..Amat benarlah apabila diberitahu bahawasanya ramai pemuda dalam UMNO yang TIDAK suka kepada beliau,maka bergaduh la mereka sesama mereka bertikam lidah dan memberontak...Menampakanlah sikap kebudak-budakan mereka..walaupun dah besar panjang...

antara ayat yang keluar dari mulut-mulut warga umno itu sendiri ialah UMNO RASUAH DAN RASA TAK PUAS HATI!!!!

Nampaknya ahli UMNO sendiri yang MENGUTUK UMNO itu sendiri....

PEMIMPIN UMNO RASUAH????Aku tak kata tapi ahli UMNO yang KATA PIMPINAN mereka KAKI RASUAH sendiri...

Bayangkan dalam UMNO sendiri depa angkat orang yang KAKI RASUAH,PENIPU,SAMSENG dan semua yang sewaktu dengannya...

KIRA SEKARANG BUKAN ORANG YANG MENGATA PEMIMPIN UMNO AKAN TETAPI ORANG UMNO SENDIRI YANG TELAH MEROSAKKAN UMNO DAN PIMPINAN UMNO ITU SENDIRI!!!

SO AHLI UMNO KIRA KORANG KENA TERIMA LA KAKI RASUAH DALAM UMNO SEBAB PEMIMPIN KORANG PUN DAH KAKI RASUAH?????BUKAN AKU YANG CAKAP TAPI KORANG YANG CAKAP!!!!!

ADOIYAI!!!!

TAFSIRAN TOK ISKANDAR!!!

Sah.Lepas kiraan semula,KJ diumumkan sebagai ketua sayap muda Pekembar.Kekalahan Mukriz melenyapkan legasi memanda menteri pencen dalam Pekembar.Nampak gayanya esok cancellah che det ke perhimpunan Pekembar.

Mana sumber tok dapat.Korang boleh baca kat laman sesawang the star.
Bagi ahli-ahli Pekembar yang menjadi pengikut-pengikut Pak Lah,kemenangan menjadi milik mereka setelah kesemua calon yang direstui Najib tewas.Sorang demi seorang hulubalang kanan Pak Lah menang.Kak Ijat jadi tok tua wanita,KJ sayap muda,Razali timbalannya.Rizal tok ketua putera dan Rosnah tok ketua puteri Pekembar yang baru.

Mood penyokong-penyokong Najib dan Mantan Memanda Menteri tak payahlah tok nak ulas.sendiri mau ingatlah ok.Itulah lain kali jangan celebrate awal-awal.Nampak sangat darah muda dalam Pekembar tak suka kat Najib.

Esok juga dijangkakan senario yang sama dan Muhyiddin,Hisham,Zahid tumbang di tangan hulubalang kanan Pak Lah.Perebutan di dalam MT juga akan menyaksikan orang Pak Lah menang.Nasib Ismail Sabri dan Saifuddin juga kritikal kerana dilihat semakin menghampiri kem Najib.

Jika ini berlaku,kedudukan Najib sebagai PM dikelilingi oleh hulubalang Pak Lah dalam kabinet dan Pekembar.Tidak mustahil selepas pemilihan Pekembar,akan ada usul meminta Pak Lah kekal sebagai PM dan Presiden UMNO sehingga PRU13.

Khalayak ramai menanti dengan penuh suspen,najib sempat atau tak jadi PM.

Nizar gets Nik Aziz’s nod to contest in Bukit Gantang

KOTA BAHARU, March 24 - Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has given his blessing for former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to contest in the April 7 Bukit Gantang by-election.

He said Nizar who is the party’s deputy commissioner for the state was the right candidate to face Barisan Nasional in the constituency.

“I have contacted Nizar and bless his nomination to contest,” he told reporters after receiving a visit from Indian High Commissioner to Malaysia Ashok K. Kantha at his office here today.

Nik Aziz who is Kelantan Menteri Besar said last month that he could not agree to the suggestion that Nizar be fielded in the Bukit Gantang by-election since the Pas and its opposition allies still regarded Nizar as Perak Menteri Besar.
Meanwhile, he said he was disappointed over the Home Ministry’s decision to suspend the publishing permits of Harakah and Suara Keadilan, the party organs for Pas and Parti Keadilan Rakyat, for three months.

He said the suspension was undemocratic and aimed at stifling the influence of both parties in three simultenous by-elections — Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah) and Batang Air (Sarawak). - Bernama

FRU,UMNO/BN DAH MACAM TUAN DUNIA NI PULAK!!!

Aku nak ulas sikit mengenai si TOPI mERAH ni yang dalam masa sekarang ni agak liar dan susah nak dijaga melainkan oleh UMNO/BN..Apa yang buat diaorang ni sampai sanggup tunduk kepada UMNO/BN ni ya sampai RAKYAT yang bayar gaji diaorang ni pun tak diendahkan!!!Mungkin kerana yang BELA mereka UMNO/BN so diaorang kena ikut je apa yang disuruh.Aku tau korang cari makan akan tetapi dengan belasah orang tangkap orang korang ingat gaji korang tu HALAL ke????Rezeki yang HALAL ialah rezeki yang dirahmati ALLAH SWT bukan rezeki melalui belasah orang!!!!!

Korang ni tak pernah ingat MATI ke???Kalau la masih korang belasah orang yang tengah berjuang tu lepas tu TUHAN ambil nyawa korang AMACAM???Tak ke MATI KATAK je!!!

Insaflah semasih mampu berbuat begitu kalau tak HIDUP di sana memang korang tak mampu Tahan.mana ada UMNO/BN nak lindung hangpa kat sana diri depa pun tak terlindung...

Ingat jugak dunia ni berputar ibaarat RODA kadang di atas kadang dibawah so baik korang jaga-jaga kalau tak nanti termakan diri..Aku bukan nak musuh ngan hangpa akan tetapi kadang-kadang hangpa ni memang dah lebih mengalahkan TUAN DUNIA NI,bertindak sesuka HATI...

DIATAS TU MAHA MELIHAT MUNGKIN KORANG AKAN TERIMA BALASAN BILA SAMPAI MASANYA NANTI....

BIAR AKAL YANG BERBICARA DARI NAFSU YANG BERKATA-KATA!!!

PROGRAM HARI INI!!!!

Perasmian Expo Perniagaan

Tempat: Dataran Nik Aziz, Simpang, Taiping.

Masa: 9.00 malam

Turut Hadir: Ir. Nizar, Mahfudz Omar, Mazlan Aliman.

Pelancaran Jentera Pilihanraya Negeri Terengganu.

Tempat: Markas Bukit Chempedak.

Masa: 9.30 malam.

Turut Hadir: Ir. Nizar,TG Hadi Awang, Azman Shapawi, Yahya Ali .

Majlis Jamuan Makan Malam dan Penyerahan Bendera Makkal Sakti.

Tempat: Taman Mewah, Kamunting Station

Masa: 9.30 malam.

Turut hadir: Ust. Ahmad Awang, Mahfudz Omar, Ir. Nizar, TG Hadi Awang

FRU MEMANG BEGITU...ADOIYAI!!!!

ni la penceramahnya..nama tak tau ustad apa ntah..lupa nak tanya nama...dari mana pun tak tau....tajuk ceramah pun tak sempat nak tanya...


majlis cukup meriah...pendengarnya terdiri dari petugas FRU sendiri...pasai pendengar lain depa halau balik..penceramah pun depa halang..rupa2nya depa teringin nak berceramah ..kenapa la tak bagitau.. boleh la kita bagi depa can untuk berceramah..ishh..ishh..ishh..pemalu sungguh depa ni...


Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah. Pihak polis memberi arahan menghentikan ceramah ketika calon PAS-PR P.59, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan ucapan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan tiba di lokasi ceramah pada jam 9.45 malam, disyorkan oleh petugas keselamatan Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan perjalanan ke kampung Sungai Tinggi. Beliau hanya sempat sampai di pekan Trong ketika dimaklumkan bahawa pasukan polis dan FRU telah menghalang laluan ke lokasi ceramah.

Orang ramai yang hadir amat kecewa dengan tindakan tidak menasabah pasukan polis dan FRU. Majlis penerangan itu boleh berjalan dengan lancar kerana diadakan di bangunan markaz yang besar dan halaman yang luas. Kelancaran lalulintas berdekatan kawasan itu juga tidak terganggu disebabkan kawalan keselamatan jalanraya yang baik oleh pasukan Unit Amal.

sumber ciberboron

DATO SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR CALON PR DI BUKIT GANTANG!!!!!


Gambar sekitar pengunguman calon

Akhirnya telah terjawab sudah segala persoalan mengenai siapa bakal calon yang akan bertanding melawan UMNO/BN.Siapa lagi kalau bukan HERO RAKYAT Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang kini telah SAH bertanding sebagai Calon bagi P059 Bukit Gantang ini.Amatlah bertuah bagi penduduk disini yang dapat seorang calon dan bakal PEMIMPIN yang menjadi sebutan diseluruh DUNIA!!

TAHNIAH DATO SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN DARI KAMI BLOGGERSNETWORK@PERAK.
KAMI AKAN BERSAMA DATO SERI SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN DALAM MENEGAKAN ISLAM DAN HAK RAKYAT!!!!

Hanya satu Sya nak sebut dan ingatkan pada semua ialah mengenai gambar yang akan disebarkan secara meluas selepas ini iaitu gambar mengenai isu mengapa NIZAR tidak duduk dikerusi PIMPINAN???Suka Sya ingatkan bahawa 4 kerusi yang telah disediakan ialah untuk PIMPINAN PUSAT dan mereka yang duduk disana ialah wakil dari Parti Kompenan PR,jadi tidak timbul persoalan bahawa NIZAR telah diketepikan..So Rakyat hati-hati isu NIZAR BONEKA akan terus dipermainkan akan tetapi kebenaran akan terus tersebar...!!!

Kita akan bersatu dan memenangkan CALON PRK059 yang akan membawa GELOMBANG PERUBAHAN BARU UNTUK RAKYAT PERAK!!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!ALLAH HU AKHBAR!!!REFORMASI!!!

Dato Seri Nizar HERO RAKYAT akan membawa GELOMBANG BARU DI P059


Rakyat datang memenuhi perkarangan padang...lebih ramai dari masa NAJIB umum CALOn!!!


Si Topi Merah yang merupakan pengikut setia UMNO/BN pun mula la buat hal masa YB Azmin Ali berucap!!!memang korang ni BALA** betul!!!!


Majlis Pelancaran Markas Pakatan Rakyat Matang Gelugor

Petang tadi ada majlis perasmian Bilik Gerakan DUN Kuala Sepetang di Kampung Matang Gelugor yang dilancarkan oleh Dato' Fauzi. kami tolak dari Stesyen Maya Bukit Gantang jam 2:30 petang. berkumpul di Pejabat PKR berhampiran pekena nasik dulu sorang sikit lepas tu terus gerak ke lokasi majlis.

Masuk je ke jalan kecik menuju ke Kampung Matang Gelugor...

Awas..! kerja-kerja mee segera sedang dijalankan. kesabaran anda amat dihargai... baguih... aku ingat kalau dalam setahun ada 8 kali pilihanraya dekat tempat yang sama, mau naik 5-6 kaki jalaan kampung tu. nak masuk rumah orang kampung kena pakai gear rendah, nak keluar pulak macam test JPJ laluan berbukit.

Bab turap jalan kampung ni aku puji sebab memudahkan perjalanan. tapi tetap ada tapi... tapi kenapa nak turap jalan bertar yang dah sedia elok? tapi kenapa lepas di tar, jalan tu rasanya main teruk... korang tau tak macam mana kerja dengan kaki? gitulah dianya... macam turap jalan pakai kaki... berbukit bukau, makin tak rata jalan tu... betul-betul mee segera... ikut sukaa hangpa lah...

Sampai dekat lokasi program... ada bbudak-budak muda tengah buat ni...

Replika wau berlambang PAS... tak sampai lima belas minit aku sampai... snap gambar budak-budak ni buat kerja...

Dah terpacak... laju sungguh... ni kira projek mee segera dari Pakatan Rakyat. tapi pakai duit sendiri... tak payah kontrektor. hahaha...

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh ketua pemuda PKR Kampung Matang Gelugor, saudara Khairul. aku dok tengok budak ni ada potensi untuk naik ni...nampak macam tak dak apa, tapi bila bercakap, penuh dengan isi, penuh dengan fakta... kalau bagi dia debat ngan budak-budak BPN, SAH-SAH BPN tumbang..

Ramai jugak aku tengok pimpinaan--pimpinan Pakatan Rakyat datang dalam program tu. setakat ni komitmen dari 3-3 parti komponan Pakatan Rakyat tak mengecewakan... majlis besar depa pi, majlis kecik pun depa sampai...

Aku seronok tengok YB Tee datang dengan mercedes lama dia dan tak dak drebar pun... gambar kereta dia aku simpan dulu. nanti aku publish lepas aku dapat gambar kereta YB-YB lain... kita compare kan semua tengok sape paling hebat...

Aku paling syok bila pi majlis-majlis Pakatan Rakyat ni sebab kita tak tau bila depa-depa ni sampai... tengah sembang-sembang, tau-tau ada orang tepuk belakang nak salam... la... YB sampai tak dak orang sambut...

Macam mana nak sambut? selalu kalau YB datang, 20 batu depa nak sampai kita tau dah pasai bunyi siren polis dok menjerit dah dari jauh... kereta pulak jarang sangat tak dak lambang jata-jata. keluaq kereta orang tolong bukak pintu. nak salam kena mintak kebenaran bodyguard, tak kang saja makan penumbuk.

Beza dengan YB Pakatan Rakyat. datang tak tau dari mana, kadang-kadang kereta lagi cekai dari kereta orang ramai (aku pernah tengok sivakumar naik kereta kelisa pi satu majlis).


Sambung cerita majlis. ucaptama dimulakan oleh Haji Malek. macam biasalah... aku pbukan dengar sangat pun pot pet pot pet ni... balik karang baru dengar balik rakaman yang MSK buat, baru cerita.

Buat masa ni aku tak sempat nak dengar lagi. nanti aku ada masa, aku dengar lepas tu aku ulas.

Saja tak nak release apa-apa buat masa ni sebab semuanya kami standby untuk kempen PRK nanti. jadi korang standby je lah...

Banyak cerita-cerita best kita akan lepaskan dan bongkar 1 persatu dalam tempoh kempen nanti.

Kalau release semuanya sekarang tak best la pulak.

Tapi aku nak bagitau 1 hal. kes risalah menghina Sultan dan Mufti tu. kami ada dapat maklumat yang tak berapa sahih (suber dalaman) yang mengatakan bahawa pada hari risalah tu ditabur, ada pihak penyiaran yang rupanya dari awal dah sediakan rakaman propaganda untuk ditayangkan pada berita sebelah malamnya.

Bukan setakat rakaman propaganda, malah rakaman interview dengan menteri-menteri pun dah siap, cuma tunggu masa nak tayang je pada belah malamnya.

Tapi sebab pihak kita telah bertindak dengan amat-amat profesional dan efisyen ditambah dengan tindakan para blogger-blogger yang ada di Malaysia yang mempublishkan berita tu sebaik saja dapat maklumat.

Tambah pulak lagi dengan laporan-laporan polis yang pihak Pakatan Rakyat buat (hampir sepuluh semuanya lengkap dengan bukti bergambar dan saksi), maka propaganda tersebut tak menjadi.

Korang tak heran ka sebab apa berita tu tak keluar dalam mana-mana berita TV? selalunya mesti meriah sampai 2-3 minggu kan?

Lepas tu lagi satu pulak, korang tak heran ke kenapa tak de satu pun laporan polis dibuat oleh pihak UMNO/BN? biasekan depa yang hebat sekali.

Mana pemuda UMNO? hat ni yang aku paling heran sekali padahal kalau korang tengok dari gambar dalam blog ummi anni, risalah tu ditabur depan bilik gerakan depa jugak..! macam tak kesah je... apahal?

Lagi satu... mana pergi semua NGO-NGO yang selalu dok melalak memperjuangkan Raja-raja Melayu dan jugak melayu? hangpa tak heran ka?

Hanngpa pikiaq la sendiri.

Wakil dari Srikandi Malaysia dan jugak BloggersNetwork@Perak juga hadir... dalam kempen PRK Bukit Gantang, kami akan cuba menghadirkan sekurang-kurangnya seorang wakil kami bagi membantu kempen PRK dan juga untuk mendapatkan beriat sebenar di majlis-majlis dan program yang dijadualkan.

Yang ni Pak Ketua Kampung... semangat Pak Ketua ni memang harus dicontohi dan diteladani. kata Pak Ketua "Berani kerana benar, Takut kerana salah".

Majlis pelancaran Markas Pakatan Rakyat Kampung Matang Gelugor.

Ok geng... sebenarnya panjang lagi nak taip. tapi masa tak mengizinkan. aku cerita sikit dalam post lepas ni.

Chow..!

LINK DARI PERISIK RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK MENANG 5-0

Sent back…the Perak Mentris Besar case has been ordered back to the Kuala Lumpur High Court by the nation's highest court of appeal. Seen here, outside the Federal Court are the two litigants, Datuk Seri Nizar, left, and Datuk Zambry


PAKATAN RAKYAT 5 - 0 MB HARAM

KITA MENCAPAI KEMENANGAN YANG KE BERATUS KALI...HAHAHAHA...
ALLAH HU AKBAR!!!!!!

UMNO SEMAKIN BACUL - ADOIYAI!!!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan...malaysikini

Satu lagi tindakan BACUL UMNO/BN apa bila akhbar altenatif PR di halang dari dikeluarkan untuk bacaan RAKYAT di seluruh MALAYSIA.Apa lagi la umno ni yang dah nak dekat pilihanraya nampak sangat depa makin PENGECUT sampai akhbar pun depa takut...Tapi takpa pada semua terus layari blog BLOGGERS PR sebab kami akan mewakili semua berita sekitar PRK P059...

UMNO/BN MEMANG BACUL,PENAKUT DAN HAMPEH!!!!

serpihan plak yg bernilai RM 42K

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIDADgaJmcL4LhsC_asaDRHs7avenfYbzvWMI2tvyaKZvU-DbEeJHfTDvI2g1mADH2dHjQeV_teIkGYFFPsyt6pi0LOzLWB9X3n4WO9oPP53xNGwFFJGiGTw8kvNncE1NgAl10r84GyL0/s1600/sena_4.jpg

korang tau berapa nilai plak yang bersepai ni..??

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata hasil kutipan itu akan digunakan bagi tabung guaman pakatan itu dan bagi membina tugu peringatan baru yang lebih besar.

"Kami buka harga bidaan dari serendah RM500 untuk setiap cenderahati ini," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Sehingga jam 12.30 tengahari tadi jumlah yang berjaya dikumpulkan melalui lelongan lima ketul serpihan marmar plak itu ialah RM42,900, tidak termasuk sumbangan derma.

Bidaan serpihan pertama mencecah RM6,800, dengan harga permulaan RM500.

bantahan rakyat terhadap langkah Majlis Bandaraya Ipoh yang telah merobohkan plak tugu demokrasi berkenaan..rupa2nya ianya sangat berharga...

Dari blog ummianni

Lawatan Ke Pondok Pak Teh

19hb. Mac, 2009 aku, MSK dan Ummi keluar seawal 6:45 pagi untuk satu temu janji dengan seorang yang bertaraf Ulama di sebuah Sekolah Pondok yang terletak jauh nun di ceruk Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu.

Temu janji dibuat untuk mendapatkan cerita dan maklumat sebenar berkenaan Pondok Pak Teh yang sering diceritakan dalam ceramah-ceramah Dato' Seri Ir Nizar dalam sessi Jelajah Perak.

Jam 7:15 pagi kami sampai di Tol Kuala Kangsar menunggu Ustaz Zul selaku Pengarah Urusetia Penerangan yang mengatur pertemuan kami dengan Pak Teh sejak 2 minggu lepas.

Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pelajar Pondok Pak Teh yang sedia menunggu manakala KRU rakaman telah tiba lebih awal seawal jam 8:00 pagi. masuk saja dalam Dewan Kelas Pondok Pak Teh, terus saja kami disambut oleh Pak Teh yang kelihatan masih segar walaupun agak berumur (aku tak reti nak agaak umur Pak Teh, korang agak-agak je la...)

Sessi temubual dimulakan tanpa mengambiil masa yang lama dan Ustaz Zul mengambil tugas menebual Pak Teh, MSK sebagai jururakam video dan aku pulak tukang kelip-kelip flash. Ummi pulak sekali-sekala menyampuk dalam temubual tersebut.


Banyak cerita Pak Teh tentang dirinya sendiri, asal usuk Pak Teh, pendidikan awal, macam mana Pak Teh bermusafir menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh lama, bermulanya Pondok Pak Teh dan matlamat penubuhan Pondok Pak Teh, kejayaan-kejayaan Pondok Pak Teh melahirkan generasi-generasi baru yang sekarang menjadi "seseorang" dalam pentadbiran negeri dan negara.

Pak Teh jugak bercerita panjang tentang hal-hal yang berlaku di Pondok yang diasaskannya dan beberapa masalah yang dihadapi oleh pondok berkenaan semenjak bantuan S.A.R ditarik balik oleh KERAjaan pusat era Mahathir dahulu.

Pak Teh juga bercerita panjang tentang bagaimana usaha Pak Teh untuk mendapatkan tanah seluas 45 ekar berhampiraan sekolah pondoknya menemui kebuntuan setelah ditolak oleh KERAjaan UMNO/BN dibawah pimpinan Tajol Rosli sebelum ini dan bagaimana mudahnya ia diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih pimpinan negeri Perak.

Kalau tak silap aku MSK ada bercerita panjang tentang hal ini sebelum ni.

Kami jugak dibawa melawat kawasan sekitar pondok Pak Teh yang menempatkan lebih kurang 350 pelajar dalam 1-1 masa.

Di Pondok Pak Teh, para pelajar bukan sahaja diajar hal-hal berkaitan agama tetapi juga dididik supaya berdikari. pelajar-pelajar ditempatkan didalam pondok masing-masing dan disitulah mereka perlu belajar bagaimana menguruskan kehidupan seharian mereka sendiri.

Mereka 100% dididik supaya berdikari dari awal subuh hinggalah waktu tidur perlu diuruskan sendiri dengan tunjuk ajar tenaga pengajar dan pelajar-pelajar senior.

Do Pondok Pak Teh, tidak ada siapa akan membasuh baju, memasak, mengemas tempat berteduh, membaiki pondok sekiranya rosak. semuanya perlu diuruskan sendiri. masak sendiri, makan sendiri. baju sendiri, basuh sendiri. semua ini dilakukan untuk membentuk jatidiri dan 1 generasi yang tidak bergantung kepada sesiapa kecuali pada Allah.

Para pelajar di Pondok Pak Teh juga diajar asas kehidupan, bagaimana mencari rezeki dari titik peluh sendiri. mereka bebas untuk bercucuk tanam di tanah yang dimiliki oleh Pak Teh hasil pusaka arwah mentua Pak teh.

Tanah luas terbentang dekat belakang sekolah tu lah yang sekarang dah jadi hak milik Pak Teh sampai bila-bila dengan bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat... nak harap KERAjaan HadHari? sampai mampus la tunggu...

Kami berpeluang melawat kebun yang diusahakan oleh para pelajar Pondok Pak Teh. macam-macam yang diusahakan daripada ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan diusahakn dimana hasilnya dijual untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan.

Tanah berdekatan seluas 45 ekar yang dululuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada November tahun lepas dalam perancangan untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit yang hasilnya nanti akan digunakan untuk membangunkan lagi Pondok Pak Teh dalam usahanya memartabatkaan lagi dan melahirkan lebih ramai ilmuan-ilmuan Islam di Malaysia.

Kami juga diberitahu bahawa sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih pimpinan negeri Perak, Pondok Pak Teh telah menerima bantuan kecemasan sebanyak lebih RM90 ribu (BANTUAN KECEMASAN DAH LEBIH RM90RIBU, KALAU BANTUAN BUKAN KECEMASAN BERAPA BANYAK LAH YE..?) yang mana merupakan bantuan yang pertama diterima sejak KERAjaan menarik balik bantuan S.A.R satu masa dulu.

Itu sedikit sebanyak cerita tentang Pondok Pak Teh dan sedikit usaha Kerajaan Pakatan Rakyat dalam membantu Pondok Pak Teh.

Photo dekat sebelah ni ialah salah seorang tenaga pengajar di Pondok Pak Teh dan juga salah seorang pelajar senior (sekarang masih lagi bergelar pelajar).

Kebanyakan tenaga pelajar di Pondok Pak Teh ialah pelajar-pelajar senior dari Pondok Pak Teh.

Namanya aku tak ingat, tapi kalau ikut salah seorang pelajar junior dekat Pondok Pak Teh, Ustaz ni jugak adalah guru kepada Dato' Seri Ir Nizar yang kita hormati.

Tapi Dato' Seri Ir Nizar bukan belajar dekat Pondok Pak Teh... mungkin dekat tempat lain kot.







dari blog Perisik Rakyat

Terima kasih dari Bloggers Network ....

Malam ni baru relax sikit. Sejak hari Khamis, apabila kami berpindah ke Bukit Gantang, hari ni baru boleh melayar internet tanpa sangkut. Ingatkan, bila dekat dengan pekan Taiping, kemudahan broadband tentu la bagus, tapi rupanya kat Bukit Gantang lagi baik.

Tu pun orang macam Taiping Mali masih belum sedar. Tak macam orang Bukit Gantang…sokong PR..kehidupan lebih sempurna. Ketika orang-orang Bukit Gantang berbangga dengan broadband, orang macam Taiping Mali masih berbangga dengan Taman Tasik yang dicemari.

Sejak beberapa hari lalu, kami semua sebok berpindah…tak sempat nak melayan komen-komen dari pemaya-pemaya. Sori semua. Sekarang kami dah ready.

Hari tu, bila puak-puak belah sana cabar berdebat…kita sambut. Tapi bila akhirnya ajak berdebat dalam bilik…baik tok sah. Memang dah agak dah.

Hari ini aku perkenalkan member-member dari Team Bloggers Network @ Bukit Gantang. Bukan nak tunjuk berani…tapi nak tunjuk juga yang kami juga tak lah takut sangat sampai tak berani nak tunjuk muka macam puak belah nun.

Bloggers Network akan turun padang mulai esok. Dan kepada para pemaya, diminta supaya jangan hanya menumpu kepada satu-satu blog. Ini kerana setiap blog itu ada tugas sendiri, dan setiap blog dalam team Bloggers Network mempunyai tanggungjawab berlainan. Bloggers Network juga akan beroperasi dari tiga lokasi berlainan kerana kami sering menjadi perhatian. Dua malam ketika kami beroperasi dari Kota West, kami diekori oleh sebuah kereta Avanza AGJ 13**.

dsc06432

Albanjari akan terus menjadi Anchorman, beroperasi dari Bilik Media 2. Beliau akan mengupdate blog setiap masa, terutama bila krew yang lain berada dilapangan. Kami akan memaklumkan kepada Albanjari secara terus mengenai apa yang berlaku di Bukit Gantang. Untuk mendapatkan berita terkini, layari Albanjari Online @ http://politikbanjar.blogspot.com.

ummi

Ummi Anni akan membantu dari Bilik Media 3. Beliau mungkin tidak secepat Albanjari kerana perlu berada dilapangan membantu Muslimat Pas, selain dari mendapatkan berita terutama program-program yang melibatkan Muslimat Pas. Layari http://haninasution.blogspot.com

47670001

Topeng Perak akan mengendalikan Bilik Media 1. Selain daripada mengemaskini blog, beliau juga akan berada dilapangan untuk merakam peristiwa melalui kamera beliau. Bagi pelayar-pelayar blog-blog didalam team Bloggers Network, pasti sudah dapat memahami tugas beliau. Berita-berita terkini akan keluar dulu didalam Albanjari Online, dan selepas itu, Topeng Perak akan mengemaskini berita tersebut beserta dengan gambar-gambar. Untuk melihat gambar-gambar tentang apa yang berlaku di Bukit Gantang, layari http://perisik-rakyat.com.

dsc03961

Dugong Darat bertanggungjawab tentang video. Semua video-video yang dihasilkan oleh Bloggers network adalah hasil suntingan beliau. Kami akan cuba memuatkan video-video terkini, tetapi buat masa ini…kerja-kerja masih slow sehinggalah kami mendapat line streamyx dalam tiga atau empat hari lagi.

dsc05272

Alfa Berlian bertanggungjawab tentang peralatan. Hardware and software. Kalau tak ada dia…susah sikit.

dsc09567

Sya-reformis semakin sebok sekarang. Sejak menjadi Ketua Srikandi PKR, beliau lebih banyak terlibat didalam program-program PKR. sejak seminggu yang lalu, dia banyak menghabiskan masa mengikuti program-program Srikandi…dari Bukit Selambau ke Bukit Gantang sehinggalah ke Batang Ai, Sarawak. Tetapi dari dia jugalah team Blogger Network mendapat berita dan gambar-gambar sekitar pilihanraya di tiga tempat ini. Dan sejak tiga hari disini, dah dua kali dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping. layari http://syaomel85.blogspot.com

dsc06327

Jangan telefon Cyberboron dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari. Itu masa rehat dia. Disebelah malam, beliau akan menganalisa semua berita-berita dan mengolahkanya mengikut apa yang dia suka. Artikel-artikel yang dihasilkanya agak serius, (bukan posting didalam blog). Yang ditulis dalam blog agak santai, tetapi hasil penulisan beliau akan dapat dilihat beberapa hari lagi dalam bentuk buku. Untuk artikel yang berat sikit, layari http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com.

dsc063281

MSK menjadi koordinator diantara Bloggers Network dengan pelbagai pihak. Dari mencari tempat penginapan, makan minum team members, temuramah dan berurusan dengan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat. Kalau nak tau tentang program-program yang dijalankan di Bukit Gantang, layari http://perakexpress.com.

pak-karamu

Dibelakang Bloggers Network ialah Pak Karamu. Walaupun tidak berada secara fizikal, tetapi beliau sentiasa ada bersama kami bila diperlukan. Kadang-kadang tak payah bagi tau…tiba-tiba saja beliau muncul. Layari http://abnnasution.blogspot.com.

Ada lagi..yang bekerja dibelakang tabir. Cenangau mungkin tidak sempat mengemaskini blog kerana beliau terlibat didalam Unit IT. Beliau berada dibelakang kamera dan laptop untuk siaran langsung yang akan disiarkan oleh TVPas. Dan tak lupa juga Sam Ahmad yang mengemaskini perakexpress dengan rangkuman berita dari pelbagai sumber.

Hampir terlupa aku kepada seorang lagi member Bloggers Network yang sanggup naik motor meredah hujan dari Manjung ke Ipoh. Balik tengah malam, semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab. Minta maaf Manjung Mari kerana tertinggal. Oleh kerana aku belum minta kebenaran dia untuk menyiarkan gambar…maka aku tangguh dulu. Akan aku siarkan gambar mereka-mereka yang bergerak disebalik tabir selepas mendapat kebenaran.

YANG PALING PENTING…..semua kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan bantuan dan sokongan rakyat yang sudah sedar dan meluat dengan kebobrokan UMNO/BN.

Albanjari memulakan tabung seringgit seorang dan hari ini sudah melebihi empat ribu ringgit. Dan hari ini, Bilik Media 1 sudah dilengkapi dengan peralatan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia. Bukan hasil komisen kapal selam, bukan dibayar oleh mana-mana parti politik, tetapi dari rakyat yang mahukan kebenaran.

Kami akan membuka satu blog khas mengenai perbelanjaan yang dibuat dari Tabung Bloggers Network. Terima kasih kami ucapkan dan Team Bloggers Network kini sudah mampu bergerak kemana saja diperlukan.

Terima kasih semua.

lihat juga posting Dr. Wahab Arbain.

link dari blog perakexpress