Aku ada dekat pejabat DAP depan SUK. pagi tadi kami sampai depan SUK jam 8:10 pagi. suasana tenang. FRU bertambun-tambun. Geng PEKIDA pun bertambun-tambun dok provoke penyokong Pakatan Rakyat.
ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat datang dengan bas. sampai agak lewat sebab merancang perjalanan ke SUK dengan berhati-hati.
Sampai dekat SUK, depa terus gerak nak masuk kedalam SUK tapi dihalang oleh "Robocop". suasana agak tenang masa tu.
Bukan saja "Robocop" menghalang, tapi ada jugak hampir 15 orang tukang PROVOKASI dengan songkok tinggi dan jugak janggut ala-ala ZZ-Top.
YB Char Men Koi kena tumbuk dek songkok tinggi. Haram Jadah sungguh. memang kurang ajar puaka-puaka tu. yang paling aku "Respek" ialah bila Polis Uniform dan FRU merestui perbuatan Haram Jadah geng PROVOKASI tu. sikit pun depa tak halang.
Untuk elak suasan dari jadi lebih tegang, para ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat berundur buat seketika.
Lepas berbincang buat seketika, ADUN-ADUN, para EXCO-EXCO dan juga Tuan Speaker memmutuskan untuk mengadakan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri dibawah sepohon Pokok Sena (dengan izin YB Mahfuz Omar) dan disaksikan oleh ribuan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang membentuk bulatan sebagai simbol kesepakatan dan juga "simbol" Dewan Undangan Negeri.
Sidang DUN berjalan dengan lancar dibawah Pokok Sena dan dewan telah meluluskan 2 usul yang diperdebatkan iaitu menyokong kepimpinan Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar dan juga menyokong usul Pembubaran DUN. seterusnya Dewan menyerahkan kepada Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar untuk tindakan seterusnya bagi membolehkan DUN dibubarkan bagi membolehkan satu Pilihanraya Kecil Negeri diadakan di negeri Perak.
Tengah-tengah aku dok menaip ni ada pulak SB-SB dari depan SUK dok langkah datang...
Wa sambung balik karang... dengan gambar-gambar panas.
Chiow... disconect.
-Perisik Rakyat®
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
3 comments:
Salam,
Biarpun sidang itu di adakan di jamban, pokoknya ada keputusan yang di ambil
huru-hara la malaysia tak lama lagi... Mintak perkenan sultan perak untuk adakan pilihanraya kecil bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul... Biar rakyat perak yang tentukan sama ada BN atau PR yang layak....
salam semua
Teringat lak cerita Laksamana DoReMi
Negeri Pasir Dua Butir pun bersidang bawah pokok...teruskan perjuangan...laksanakan amanah yang dipikul,pedulikan puaka-puakan yang menjelma itu,kelak esok ditanya ttg amanah yang dipikul...agak2 boleh jawab tak?
Banding dgn deme yang kununnya dilantik dengan perkenan...apa esok Raja-Raja dan sultan nie tak kena tanya dengan Allah ke kat padang Masyhar?...
Catat Ulasan