Petang tadi ada majlis perasmian Bilik Gerakan DUN Kuala Sepetang di Kampung Matang Gelugor yang dilancarkan oleh Dato' Fauzi. kami tolak dari Stesyen Maya Bukit Gantang jam 2:30 petang. berkumpul di Pejabat PKR berhampiran pekena nasik dulu sorang sikit lepas tu terus gerak ke lokasi majlis.
Masuk je ke jalan kecik menuju ke Kampung Matang Gelugor...
Awas..! kerja-kerja mee segera sedang dijalankan. kesabaran anda amat dihargai... baguih... aku ingat kalau dalam setahun ada 8 kali pilihanraya dekat tempat yang sama, mau naik 5-6 kaki jalaan kampung tu. nak masuk rumah orang kampung kena pakai gear rendah, nak keluar pulak macam test JPJ laluan berbukit.
Bab turap jalan kampung ni aku puji sebab memudahkan perjalanan. tapi tetap ada tapi... tapi kenapa nak turap jalan bertar yang dah sedia elok? tapi kenapa lepas di tar, jalan tu rasanya main teruk... korang tau tak macam mana kerja dengan kaki? gitulah dianya... macam turap jalan pakai kaki... berbukit bukau, makin tak rata jalan tu... betul-betul mee segera... ikut sukaa hangpa lah...
Sampai dekat lokasi program... ada bbudak-budak muda tengah buat ni...
Replika wau berlambang PAS... tak sampai lima belas minit aku sampai... snap gambar budak-budak ni buat kerja...
Dah terpacak... laju sungguh... ni kira projek mee segera dari Pakatan Rakyat. tapi pakai duit sendiri... tak payah kontrektor. hahaha...
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh ketua pemuda PKR Kampung Matang Gelugor, saudara Khairul. aku dok tengok budak ni ada potensi untuk naik ni...nampak macam tak dak apa, tapi bila bercakap, penuh dengan isi, penuh dengan fakta... kalau bagi dia debat ngan budak-budak BPN, SAH-SAH BPN tumbang..
Ramai jugak aku tengok pimpinaan--pimpinan Pakatan Rakyat datang dalam program tu. setakat ni komitmen dari 3-3 parti komponan Pakatan Rakyat tak mengecewakan... majlis besar depa pi, majlis kecik pun depa sampai...
Aku seronok tengok YB Tee datang dengan mercedes lama dia dan tak dak drebar pun... gambar kereta dia aku simpan dulu. nanti aku publish lepas aku dapat gambar kereta YB-YB lain... kita compare kan semua tengok sape paling hebat...
Aku paling syok bila pi majlis-majlis Pakatan Rakyat ni sebab kita tak tau bila depa-depa ni sampai... tengah sembang-sembang, tau-tau ada orang tepuk belakang nak salam... la... YB sampai tak dak orang sambut...
Macam mana nak sambut? selalu kalau YB datang, 20 batu depa nak sampai kita tau dah pasai bunyi siren polis dok menjerit dah dari jauh... kereta pulak jarang sangat tak dak lambang jata-jata. keluaq kereta orang tolong bukak pintu. nak salam kena mintak kebenaran bodyguard, tak kang saja makan penumbuk.
Beza dengan YB Pakatan Rakyat. datang tak tau dari mana, kadang-kadang kereta lagi cekai dari kereta orang ramai (aku pernah tengok sivakumar naik kereta kelisa pi satu majlis).
Sambung cerita majlis. ucaptama dimulakan oleh Haji Malek. macam biasalah... aku pbukan dengar sangat pun pot pet pot pet ni... balik karang baru dengar balik rakaman yang MSK buat, baru cerita.
Buat masa ni aku tak sempat nak dengar lagi. nanti aku ada masa, aku dengar lepas tu aku ulas.
Saja tak nak release apa-apa buat masa ni sebab semuanya kami standby untuk kempen PRK nanti. jadi korang standby je lah...
Banyak cerita-cerita best kita akan lepaskan dan bongkar 1 persatu dalam tempoh kempen nanti.
Kalau release semuanya sekarang tak best la pulak.
Tapi aku nak bagitau 1 hal. kes risalah menghina Sultan dan Mufti tu. kami ada dapat maklumat yang tak berapa sahih (suber dalaman) yang mengatakan bahawa pada hari risalah tu ditabur, ada pihak penyiaran yang rupanya dari awal dah sediakan rakaman propaganda untuk ditayangkan pada berita sebelah malamnya.
Bukan setakat rakaman propaganda, malah rakaman interview dengan menteri-menteri pun dah siap, cuma tunggu masa nak tayang je pada belah malamnya.
Tapi sebab pihak kita telah bertindak dengan amat-amat profesional dan efisyen ditambah dengan tindakan para blogger-blogger yang ada di Malaysia yang mempublishkan berita tu sebaik saja dapat maklumat.
Tambah pulak lagi dengan laporan-laporan polis yang pihak Pakatan Rakyat buat (hampir sepuluh semuanya lengkap dengan bukti bergambar dan saksi), maka propaganda tersebut tak menjadi.
Korang tak heran ka sebab apa berita tu tak keluar dalam mana-mana berita TV? selalunya mesti meriah sampai 2-3 minggu kan?
Lepas tu lagi satu pulak, korang tak heran ke kenapa tak de satu pun laporan polis dibuat oleh pihak UMNO/BN? biasekan depa yang hebat sekali.
Mana pemuda UMNO? hat ni yang aku paling heran sekali padahal kalau korang tengok dari gambar dalam blog ummi anni, risalah tu ditabur depan bilik gerakan depa jugak..! macam tak kesah je... apahal?
Lagi satu... mana pergi semua NGO-NGO yang selalu dok melalak memperjuangkan Raja-raja Melayu dan jugak melayu? hangpa tak heran ka?
Hanngpa pikiaq la sendiri.
Wakil dari Srikandi Malaysia dan jugak BloggersNetwork@Perak juga hadir... dalam kempen PRK Bukit Gantang, kami akan cuba menghadirkan sekurang-kurangnya seorang wakil kami bagi membantu kempen PRK dan juga untuk mendapatkan beriat sebenar di majlis-majlis dan program yang dijadualkan.
Yang ni Pak Ketua Kampung... semangat Pak Ketua ni memang harus dicontohi dan diteladani. kata Pak Ketua "Berani kerana benar, Takut kerana salah".
Majlis pelancaran Markas Pakatan Rakyat Kampung Matang Gelugor.
Ok geng... sebenarnya panjang lagi nak taip. tapi masa tak mengizinkan. aku cerita sikit dalam post lepas ni.
Chow..!
LINK DARI PERISIK RAKYAT
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
2 comments:
sya... takde berita panas lain ker? tak sabor rasenyer nie.. hehehe
Sudah sampai masanya MP-MP Pakatan Rakyat bawa usul kekejaman polis terhadap orang awam ke parlimen.
Baru sebentar tadi gas pemedih mata dilepaskan oleh FRU kepada hampir 10 ribu orang yang berhimpun di padang awam untuk mendengar ceramah Anwar.Kejadian yang berlaku di Sungai Petani ini bukan kali pertama.
Tok dah panas hati.Di KL,Kuala Terengganu dan banyak tempat lagi kekejaman polis jadi bualan mulut orang ramai.Kalau tak ada permit pun kenapa tak saman je penganjur ceramah.tak luakpun biar ceramah tu berjalan setakat sejam dua.Kalau ada unsur fitnah atau menghasut boleh dicatit kesalahannya.
Polis bukan milik UMNO sahaja tetapi berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Tok juga nak cadangkan bloggers cuba siasat atau paparkan skandal atau salahgunakuasa melibatkan pegawai kanan polis ni.Elok juga kekejaman polis ini dirakamkan dan dibawa kepada Amnesty International dan ke mahkamah keadilan antarabangsa.Ada yang cakap polis macam regim Yahudi.
NGO-NGO dan Bloggers semua kumpulkan sebanyak mungkin kelemahan dan kekejaman polis ini.Lepas tu kita mintak kerjasama Bar Council atau peguam-peguam Pakatan Rakyat dakwa mereka di mahkamah.Kes Kugan,kehilangan dadah di balai polis di Johor dan kematian seorang anggota polis secara misteri dan banyak lagi wajar disiasat.
Elok juga kita hantar memo kekejaman polis ni kepada Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong.Safe sikit tiap kali ceramah ada je askar kawal kita.Polis dan FRU tentu tak berani buat apa-apa.
Memang tak semua polis tu teruk tapi sebahagian kecil sahaj dah menjejaskan imej polis keseluruhannya.Cuba bayangkan kalau anak atau ahli keluarga korang sendiri kena sembur dan pukul dengan FRU.Apa perasaan korang?
Tok bukan kutuk polis tapi tindakan mereka ketika meleraikan demonstrasi dan ceramah tanpa permit cukup mengecewakan.
Cuba fikirkan sejenak kalau Pakatan rakyat memerintah negara ni.Tak mustahil bukan.10 tahun lepas gerakan reformasi hanya di jalanan tapi sekarang dah memerintah 5 negeri.jika polis bersikap seolah-olah memihak kepada UMNO,Tok percaya suatu hari nanti negara ini pula akan diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Time tu tok cadangkan kita buat Suruhanjaya di Raja untuk mengawal polis atau kita letakkan PDRM bawah kuasa Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agong.Sama macam tentera.
Catat Ulasan