Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




PERAK TENANG....!!!

Perak masih aman macam biasa. Tak ada perhimpunan haram atau rusuhan di mana-mana pun. MB Dato' Seri Hj. Nizar dan semua ADUN Pakatan Rakyat ada di rumah masing-masing. Sebahagian dari mereka mungkin bermalam di rumah saudara mara sekitar Ipoh supaya cepat sampai ke sidang DUN besok pagi.

Gambaran keadaan tegang dan kalut yang beredar melalui khidmat pesanan ringkas (sms) sejak petang tadi adalah palsu. PKR, DAP dan PAS tidak mengajak apatah lagi mengarahkan orang ramai datang berhimpun di Ipoh. Tiada keperluan langsung untuk berkumpul.

Besok hanya sidang DUN yang melibatkan 59 ADUN dan beberapa pegawai DUN sahaja. Itu pun kalau ADUN BN datang. Kalau mereka memboikot sidang itu, tinggallah hanya 28 ADUN saja yang terlibat.

Sedikit suasana tegang yang dihebohkan sehari dua ini hanya kerana BN mahu menggagalkan sidang ini. Dato' Seri Najib mengatakan sidang itu tak boleh diadakan. Setiausaha DUN patuh menurut perintah UMNO lalu mengumumkan perkara yang sama. Dato' Dr. Abd. Rahman Hashim mengarahkan bahagian pengurusan bangunan SUK supaya mengeluarkan kenyataan menghalang kehadiran ke bangunan itu dan ke dewan persidangan. Ketua Polis Negeri pun tumpang taat lalu mengeluarkan amaran yang berkaitan.

Akibatnya, jadilah seolah-olah keadaan tegang dan mencemaskan.

Sepanjang hari ini juga timbul bermacam-macam cerita dari Putrajaya ke Kuala Lumpur hingga ke Shah Alam dan akhirnya sudah tentulah ke Ipoh. Mungkin khabar angin atau mungkin juga khabar benar yang bocor daripada sumber yang betul. Namun ketulenan khabar-khabar itu tidak dapat disahkan. Langkah terbaik ialah - abaikan saja semua khabar itu.

Paling riuh dibualkan ialah kononnya Khairi Jamaludin adakan mesyuarat penting malam ini di Selangor. Agenda utamanya ialah nak finalize langkah mengumumkan penangguhan perhimpunan agung UMNO yang asalnya dijadualkan pada hujung bulan ini. Penangguhan itu kerana keperluan menghadapi pilihanraya negeri Perak.

Maknanya DUN Perak akan dibubarkan dalam waktu terdekat!

Bualan itu juga merujuk kepada kewujudan agenda khas Pak Lah, Khairi dan budak-budak tingkat 4 untuk menafikan mimpi Najib nak jadi Perdana Menteri. Kononnya kekalutan yang tercetus di Perak sejak awal Februari memang dirancangkan begitu rupa untuk mengesahkan kegagalan Najib mengendalikan urusan politik UMNO. Setelah hampir sebulan krisis di Perak, terbukti Najib terlalu banyak membuat kesilapan dalam mencatur langkah.

Jabatan-jabatan yang menjalankan risikan dan tinjauan sikap rakyat, telah melaporkan bahawa UMNO tak dapat apa-apa credit daripada rampasan kuasa yang disusun dan digerakkan oleh Najib. Lebih perit lagi kerana laporan itu turut mengesahkan bahawa UMNO semakin dibenci oleh kaum Cina dan India, manakala orang Melayu kekal dengan pecahan sokongan yang sama macam dulu juga. Kesimpulannya, UMNO rugi kerana sokongan politik semakin merosot.

Kegagalan ini cukup kuat untuk dijadikan alasan menghukum Najib dengan menangguhkan peralihan kuasa yang telah dijadualkan. Pak Lah akan terus bertugas sebagai PM sehingga keadaan pulih.

Tetapi, sebijak itukah Khairi dan sebodoh itukah Najib? Atau, khabar angin ini sekadar satu lagi pendekatan taktikal UMNO untuk melekakan Pakatan Rakyat. Bila khabar ini berjaya menyedapkan hati pemimpin PR, khususnya di negeri Perak, maka PR akan memperlahankan serangan yang agak agresif sekarang ini. Kesempatan itu boleh dimanfaatkan oleh UMNO untuk memperbaiki langkah sumbang yang telah berlaku.

Satu lagi khabar panas yang mula berlegar menjelang waktu maghrib tadi ialah ura-ura MB DS Nizar, Speaker Sivakumar dan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sama ada malam ini atau pagi besok. Kononnya penahanan itu adalah jalan paling pantas untuk menghentikan langkah Pakatan Rakyat mencabar keabsahan kerajaan baru pimpinan Dato' Dr. Zambry. Jika PR kehilangan 10 ADUN itu, maka tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan untuk menyekat kerajaan haram UMNO Perak.

Namun begitu, sebahagian daripada pemimpin UMNO tidak menyetujui tindakan itu kerana ia hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO/BN. Langkah itu dikhuatiri akan menambah-burukkan harapan UMNO dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Persoalan yang sedang hangat dibincangkan oleh orang ramai ialah sanggupkah UMNO bertindak hingga ke tahap itu? Beranikah UMNO menghadapi kutukan dan kebencian orang ramai yang pastinya akan bertambah dahsyat jika pemimpin-pemimpin itu diISAkan?

Ada dua andaian jawaban bagi soalan ini. Pertama, UMNO tak kan peduli kesan jangka pendek langkah menggunakan ISA itu. Mereka boleh peralatkan TV dan akhbar untuk justify tindakan itu, seperti yang biasa dilakukan selama ini. Lama-kelamaan rakyat akan lupa kezaliman itu. Jawaban kedua, UMNO bimbang juga kehilangan sokongan kumpulan atas pagar yang mungkin bersimpati kepada mangsa tangkapan. Peristiwa Dato' Zaid Ibrahim keluar UMNO kerana membantah penggunaan ISA turut menjadi bahan perbincangan sebelum memutuskan tindakan kali ini. Kalau untung jangka panjang yang difikirkan, UMNO pasti membatalkan hasrat guna ISA.

Perkara ketiga yang menggelegak hari ini ialah soalan-soalan panas oleh orang ramai pelbagai latar belakang dan semua peringkat umur. Di antara soalan-soalan popular ialah :

Soalan 1 -

Apa sebenarnya status peranan 4 manusia - iaitu (1) Dato' SUK Abd Rahman Hashim, (2) Dato' LA Ahmad Kamal Md Shahid, (3) Dato' Annuar Zaini Dewan Negara Perak dan (4) Dato' SU Sulit Tuanku - Abd Rahim Mohd Nor - dalam rampasan kuasa yang berlaku? Terlalu banyak cerita bahawa 4 manusia ini adalah perancang utama coup d'etat 6 Februari 2009. Mereka telah bergerak melaksanakan misi rampasan itu sejak hari pertama DS Nizar masuk pejabat MB.

Dato' Abd Rahman mengepalai tindakan mensabotaj kelancaran pentadbiran kerajaan. Dia memang mampu mensabotaj dengan sempurna kerana kedudukannya sebagai ketua pentadbir negeri. Dato' Ahmad Kamal menyediakan perancangan dari sudut undang-undang untuk mempengaruhi istana dan menyediakan ruang untuk UMNO mempertahankan diri selepas rampasan dibuat. Dato' Annuar Zaini dan Dato' Abd Rahim bertanggungjawab mengadu dan memberikan laporan negatif tentang kerajaan Pakatan Rakyat kepada Tuanku Sultan. Dato' Annuar juga berusaha gigih menggerakkan rompakan kuasa itu kerana kepentingan perniagaannya. Dia juga berperanan penting menyediakan ruang kepada UMNO untuk melakukan ugutan besar tetapi berseni terhadap Tuanku Sultan.

Soalan 2 -

Apa akan jadi pada negara ini jika SPR, SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara boleh diperkudakan oleh UMNO hingga sejijik peranan mereka sepanjang krisis ini?

SPR boleh terus bermain wayang dengan mentafsirkan akta-akta berkaitan pilihanraya yang hanya menurut kehendak UMNO. Amat malang apabila orang besar SPR dan pemimpin UMNO terus bersangka bahawa rakyat boleh diperbodohkan dengan wayang lapok itu. Rakyat sudah cukup celik tentang semua perkara termasuk hal undang-undang. Selain daripada tafsiran sebenar sesuatu peruntukan undang-undang, soal keadilan yang menjadi ruh andang-undang itu juga amat diperhatikan oleh rakyat hari ini. SPR dan UMNO terlalu bodoh untuk bersangka bahawa rakyat bodoh.

SPRM cekap memerangkap Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu, tetapi tidak cekap menyembunyikan jejak pencacai. Orang UMNO sendiri pun mengaku penangkapan dua exco kerajaan PR itu adalah perangkap SPRM yang diarahkan oleh UMNO. Kepantasan menyelesaikan siasatan 2 kes Tan Sri Khalid Ibrahim sambil memekakkan telinga terhadap ribuan aduan resmi terhadap pemimpin-pemimpin besar UMNO cukup menceritakan segala-galanya. SPRM memang pencacai UMNO.

Tentang PDRM ..... aku serahkan kepada pembaca untuk menilaikannya. Aku takutttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.


LINK dari CYBERBORON

0 comments: