Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Cerita Bodoh 2: Untuk Si Keldai

Aku kutip ni dari ruangan komen [sini]. macam best, memang best... tang last skali tu paling best... sape nak jadik keldai? pi masuk UMNO..!

Muargh...!!!

Assalamualaikum...bila teman baca kisah tentang isu bodoh ni agak menarik sekali... kerana...
sememangnya Allah ta'ala melarang kita memilih pemimpin yang bodoh dan perosak (sufahak). Di dalam surah Al Baqarah Allah taala telah berfirman:
وإذا قيل لهم أمنوا كما أمن الناس قالوا أنؤمن كما أمن السفهاء ألا إتهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون

Ertinya : Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang Munafik) agar berimanlah kamu sebagaimana orang-orang yang (mengikut Muhammad) itu beriman, kata mereka (orang Munafik) Apakah kami mahu beriman sebagaimana orang-orang bodoh yang mengikut Muhammad? Lalu Allah menjawab, sebenarnya merekalah yang bodoh tetapi mereka tidak pernah menyedarinya...

Menurut As Syeikh Dr Wahbah Az Zuhaili di dalam kitab tafsirnya (Tafsir Munir) menyatakan bahawa orang-orang Munafik dari kalangan bangsa Arab yang mengaku Islam telah memperlekehkan Nabi saw dan pengikutnya dengan mengatakan bahawa hanya orang-orang bodoh dan dungu sahaja yang mengikuti Nabi saw... dan yang mereka maksudkan itu ialah orang-orang miskin... orang-orang yang daif... fakir miskin hamba... golongan yang ditindas...

Hanya inilah sahaja golongan yang mahu mengikut Nabi saw dan golongan ini adalah golongan yang bodoh... Namun kata As Syeikh Dr Wahbah lagi... Allah membalas kata-kata kejian mereka itu dengan mendedahkan bahawa kata-kata kejian itu menyebabkan manusia SEMAKIN SAYANG DENGAN NABI SAW DAN MEMBENCI PUAK-PUAK MUNAFIK YANG BERSEKOKNGKOL DENGAN PEMIMPIN KAFIR QURAISY YANG BENCIKAN NABI SAW.

Begitulah yang Allah jadikan setiap ucapan bodoh yang lahir dari puak-puak Munafik itu akan memakan diri mereka sendiri... itulah yang saya perhatikan pada Umno sekarang ini... setiap kata-kata mereka dan perancangan mereka itu tidak menggambarkan kecerdikan mereka malah menambahkan kebodohan dan kejahilan mereka yang menyebabkan rakyat semakin benci kepada mereka...

Wahai penyokong Umno janganlah kamu menjadi sebagaimana orang-orang Munafik yang dinyatakan kebodohan mereka di dalam Al-Qur'an apabila kamu terus-terusan menghina gelombang kebangkitan rakyat dengan cerita dan perancangan palsu yang kamu buat selama ini...

Kisah orang-orang bodoh ini dapat saya kongsi bersama dengan semua penulis di sini apabila di dalam suatu majalah lucu di mesir yang menceritakan tentang suatu watak jenaka yang bernama Jauhar... yang suatu hari telah diejek oleh seorang kaya dan terpelajar dengan perkataan Balhak (bodoh).

Apabila Jauhar mendengarnya dia pun merasa geli hati dengan perkataan yang dilemparkan kepadanya... lalu beliau pun berkata... sekiranya engkau betul-betul pandai maka tolong jawab teka-teki yang akan aku berikan padamu... kata sahabatnya yang kaya dan terpelajar ini silakan...

Kata Jauhar : ''Baiklah ada seekor keldai yang hendak menyeberangi sebuah sungai... yang dalamnya beratus-ratus kilometer... luasnya juga beratus-ratus kilometer... dan dalamnya juga beratus-ratus meter... tambahnya lagi ''Tidak terdapat di sungai itu walau sebuah sampan... atau jambatan... atau apa sahaja untuk ke seberang... dan arusnya sangat laju... jadi bagaimana keldai ini mahu menyeberang..?

Kata sahabatnya yang sombong tadi setelah memikirkan beberapa lama : ''Entah aku pun tak tahu jawapannya apatah lagi soalan bodoh macam ni''!! Maka jawab Jauhar...''Ha Ha..begitu jugalah dengan keldai ni tadi... dia pun tak tahu macamana cara nak menyeberang kerana dia pun (keldai) bodoh dan bangang macam kamu juga yang tak tahu nak menjawab walaupun satu soalan yang paling bodoh dalam dunia... kah kah kah kah kah ... !!!

kepada pemimpin Umno... please berhati-hatilah jangan lagi ada tindakan dan kenyataan yang menampakkan kebodohan kalian diulangi lagi... please

(Al-Azhar ex student...El-Zagazig 93-98)

0 comments: