Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Terima kasih dari Bloggers Network ....

Malam ni baru relax sikit. Sejak hari Khamis, apabila kami berpindah ke Bukit Gantang, hari ni baru boleh melayar internet tanpa sangkut. Ingatkan, bila dekat dengan pekan Taiping, kemudahan broadband tentu la bagus, tapi rupanya kat Bukit Gantang lagi baik.

Tu pun orang macam Taiping Mali masih belum sedar. Tak macam orang Bukit Gantang…sokong PR..kehidupan lebih sempurna. Ketika orang-orang Bukit Gantang berbangga dengan broadband, orang macam Taiping Mali masih berbangga dengan Taman Tasik yang dicemari.

Sejak beberapa hari lalu, kami semua sebok berpindah…tak sempat nak melayan komen-komen dari pemaya-pemaya. Sori semua. Sekarang kami dah ready.

Hari tu, bila puak-puak belah sana cabar berdebat…kita sambut. Tapi bila akhirnya ajak berdebat dalam bilik…baik tok sah. Memang dah agak dah.

Hari ini aku perkenalkan member-member dari Team Bloggers Network @ Bukit Gantang. Bukan nak tunjuk berani…tapi nak tunjuk juga yang kami juga tak lah takut sangat sampai tak berani nak tunjuk muka macam puak belah nun.

Bloggers Network akan turun padang mulai esok. Dan kepada para pemaya, diminta supaya jangan hanya menumpu kepada satu-satu blog. Ini kerana setiap blog itu ada tugas sendiri, dan setiap blog dalam team Bloggers Network mempunyai tanggungjawab berlainan. Bloggers Network juga akan beroperasi dari tiga lokasi berlainan kerana kami sering menjadi perhatian. Dua malam ketika kami beroperasi dari Kota West, kami diekori oleh sebuah kereta Avanza AGJ 13**.

dsc06432

Albanjari akan terus menjadi Anchorman, beroperasi dari Bilik Media 2. Beliau akan mengupdate blog setiap masa, terutama bila krew yang lain berada dilapangan. Kami akan memaklumkan kepada Albanjari secara terus mengenai apa yang berlaku di Bukit Gantang. Untuk mendapatkan berita terkini, layari Albanjari Online @ http://politikbanjar.blogspot.com.

ummi

Ummi Anni akan membantu dari Bilik Media 3. Beliau mungkin tidak secepat Albanjari kerana perlu berada dilapangan membantu Muslimat Pas, selain dari mendapatkan berita terutama program-program yang melibatkan Muslimat Pas. Layari http://haninasution.blogspot.com

47670001

Topeng Perak akan mengendalikan Bilik Media 1. Selain daripada mengemaskini blog, beliau juga akan berada dilapangan untuk merakam peristiwa melalui kamera beliau. Bagi pelayar-pelayar blog-blog didalam team Bloggers Network, pasti sudah dapat memahami tugas beliau. Berita-berita terkini akan keluar dulu didalam Albanjari Online, dan selepas itu, Topeng Perak akan mengemaskini berita tersebut beserta dengan gambar-gambar. Untuk melihat gambar-gambar tentang apa yang berlaku di Bukit Gantang, layari http://perisik-rakyat.com.

dsc03961

Dugong Darat bertanggungjawab tentang video. Semua video-video yang dihasilkan oleh Bloggers network adalah hasil suntingan beliau. Kami akan cuba memuatkan video-video terkini, tetapi buat masa ini…kerja-kerja masih slow sehinggalah kami mendapat line streamyx dalam tiga atau empat hari lagi.

dsc05272

Alfa Berlian bertanggungjawab tentang peralatan. Hardware and software. Kalau tak ada dia…susah sikit.

dsc09567

Sya-reformis semakin sebok sekarang. Sejak menjadi Ketua Srikandi PKR, beliau lebih banyak terlibat didalam program-program PKR. sejak seminggu yang lalu, dia banyak menghabiskan masa mengikuti program-program Srikandi…dari Bukit Selambau ke Bukit Gantang sehinggalah ke Batang Ai, Sarawak. Tetapi dari dia jugalah team Blogger Network mendapat berita dan gambar-gambar sekitar pilihanraya di tiga tempat ini. Dan sejak tiga hari disini, dah dua kali dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping. layari http://syaomel85.blogspot.com

dsc06327

Jangan telefon Cyberboron dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari. Itu masa rehat dia. Disebelah malam, beliau akan menganalisa semua berita-berita dan mengolahkanya mengikut apa yang dia suka. Artikel-artikel yang dihasilkanya agak serius, (bukan posting didalam blog). Yang ditulis dalam blog agak santai, tetapi hasil penulisan beliau akan dapat dilihat beberapa hari lagi dalam bentuk buku. Untuk artikel yang berat sikit, layari http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com.

dsc063281

MSK menjadi koordinator diantara Bloggers Network dengan pelbagai pihak. Dari mencari tempat penginapan, makan minum team members, temuramah dan berurusan dengan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat. Kalau nak tau tentang program-program yang dijalankan di Bukit Gantang, layari http://perakexpress.com.

pak-karamu

Dibelakang Bloggers Network ialah Pak Karamu. Walaupun tidak berada secara fizikal, tetapi beliau sentiasa ada bersama kami bila diperlukan. Kadang-kadang tak payah bagi tau…tiba-tiba saja beliau muncul. Layari http://abnnasution.blogspot.com.

Ada lagi..yang bekerja dibelakang tabir. Cenangau mungkin tidak sempat mengemaskini blog kerana beliau terlibat didalam Unit IT. Beliau berada dibelakang kamera dan laptop untuk siaran langsung yang akan disiarkan oleh TVPas. Dan tak lupa juga Sam Ahmad yang mengemaskini perakexpress dengan rangkuman berita dari pelbagai sumber.

Hampir terlupa aku kepada seorang lagi member Bloggers Network yang sanggup naik motor meredah hujan dari Manjung ke Ipoh. Balik tengah malam, semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab. Minta maaf Manjung Mari kerana tertinggal. Oleh kerana aku belum minta kebenaran dia untuk menyiarkan gambar…maka aku tangguh dulu. Akan aku siarkan gambar mereka-mereka yang bergerak disebalik tabir selepas mendapat kebenaran.

YANG PALING PENTING…..semua kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan bantuan dan sokongan rakyat yang sudah sedar dan meluat dengan kebobrokan UMNO/BN.

Albanjari memulakan tabung seringgit seorang dan hari ini sudah melebihi empat ribu ringgit. Dan hari ini, Bilik Media 1 sudah dilengkapi dengan peralatan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia. Bukan hasil komisen kapal selam, bukan dibayar oleh mana-mana parti politik, tetapi dari rakyat yang mahukan kebenaran.

Kami akan membuka satu blog khas mengenai perbelanjaan yang dibuat dari Tabung Bloggers Network. Terima kasih kami ucapkan dan Team Bloggers Network kini sudah mampu bergerak kemana saja diperlukan.

Terima kasih semua.

lihat juga posting Dr. Wahab Arbain.

link dari blog perakexpress

2 comments:

Prof. Era Pasca berkata...

hehe manjung mari letak gambar motor LC die je.. takyah mntk kebeenaran...

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

heheh..ok gak tu Baginda Reformasi...lepas ni kita akan letak semua gambar mereka yang terlibat sepenuhnya..