Bukan senang nak cari orang yang boleh buat serba-serbi. Kalau nak maki hamun…yang tu Perak Bangkit pun boleh buat. Kalau nak jadi tukang bodek, yang tu bagi kat Gomo. Tapi kalau nak jadi MB, nak jadi Imam, nak jadi Ir..kat Perak ni cuma ada sorang saja.
Tu pasai ada orang sakit hati bila Nizar diminta menjadi Imam. Tu pasai ada orang yang sakit hati Nizar jadi MB. Dan lebih sakit hati…bila tengok Nizar lebih diterima di Perak berbanding MB Haram Umno/BN.
Pagi tadi…masa aku tengah syok tidor…dapat satu call tentang satu kematian di Taman Damai. Bagi aku..kematian satu perkara biasa. Tapi dalam hal ini, aku diminta supaya pi tengok jugak.
Bila aku sampai dimasjid Pengkalan Aur, Nizar sedang mengimamkan solat zohor. Pada aku…ini bukan luar biasa. Tapi bagi puak belah nun..ini sudah luar biasa. Kot-kot la Pak Lah boleh jadi imam…tapi yang nak ganti Pak Lah ni boleh ka?
Lepas solat zohor, Nizar mengimamkan solat jenazah. Bukan aku nak kata orang lain tak boleh nak buat, tapi pasai apa tak panggil Zamry ka..Mail Sapian ka? Atau pun… dah panggil…tapi depa tak upaya? Ataupun..Zamry dengan Mail tak bangkit lagi…pasai malam tadi karaoke sampai pagi kat Bilik Gerakan Pemuda UMNO Simpang kot?
Dari masjid, terus ke tanah perkuburan. Aku dok peratikan jugak kot-kot ada imam puak nun yang nak rampas mikrofon. Tapi tak dak jugak. Last-last…kat Nizar jugak la depa tala.
Nasib baik la Nizar ni boleh harap. Kalau nak harapkan puak nun…susah sikit la. Takat pulun komisyen boleh la.
Bila dah selesai..sempat jugak aku bersembang dengan orang taman tu..
Ceritanya…pasai bendera kat bawah flyover nak ke Taiping.
Macam mana Umno boleh jadi Yahudi? Pasai apa depa suka sangat kat yahudi?
Pak Cik ni cerita macam ni….
Ada sorang orang Umno..kena sakit jantung. Jadi dia ni kena buat by-pass surgery..dan kena la ada simpanan darah. Tup-tup, darah dia jenis yang tidak ramai memilikinya. Jadi orang Umno ni pun publish dalam blog dia…mintak pertolongan sapa-sapa yang ada darah sejenis dengan dia.
Nasib baik la…ada sorang Yahudi kat Israel yang mempunyai darah sejenis dengan orang Umno ni. Dan Yahudi ni pun setuju derma darah dia kat orang Umno ni.
Selesai pembedahan dan orang Umno ni dah sembuh…dia pun hantaq la kat orang Yahudi ni kad ucapan terima kasih…disertai dengan hadiah emas dan sebuah Rolls Royce. Yahudi ni pun bukan main suka.
Nasib tak baik…orang Umno ni kena operation sekalilagi beberapa bulan kemudian. Dan orang Yahudi ni pun bukan main seronok nak tolong sekali lagi. Kot-kot boleh dapat Eurocopter pulak!
Tup-tup…lepas sembuh, orang Umno ni hantaq kad ucapan terima kasih dan sekotak coklat! Itu saja!!
Orang yahudi ni pun tanya…”tak kan coklat sekotak saja?”
Orang Umno pun jawab…” Tak tau ka? Darah aku dah darah yahudi?”
3 comments:
dah memang terbukti umno menolak islam.
dalam umno pun dah takda ulama.
mereka sekarang bertuhankan politik.
BUKIT GANTANG ~ umNO pening kepala
lawakla sya cerita pasal yahudi tu.. hehehe... paling lawak gambar lambang yahudi yg umno buat.. ni kalau kasi kat perakbangkit n the gang gerenti diorang cakap PR yg buat lambang tu...
kena ingat wahai puak2 BPN,, lambang tu di buat dekat kem UMNO,,, jadi nie bukan keje PR ye,,,
Hati2,,, KJ nie agen yahudi....
http://greenboc.blogspot.com/2009/03/kemenangan-khairy-tertikamnya-akar-umbi.html
Catat Ulasan