Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Al-Fatihah Kepada Allahyarham Badrulzaman

Malam tadi Wanita KeADILan buat ceramah kecil-kecilan di salah satu kawasan di Bukit Gantang.

Antara yang hadir ialah saudara Badrulzaman bin Shamsudin yang tinggal di alamat 326, Lorong 12, Taman Kaya, Fasa 1, Taiping.

Nak dijadikan cerita, ceramah malam tadi menjadi ceramah terakhir yang dihadiri oleh saudara Badrulzaman bin Shamsudin apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di majlis ceramah tersebut.

Kami dari BloggersNetwork@Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Badrulzaman diatas kepulangannya ke rahmatullah.

Mana-mana saudara-mara, handai-taulan, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang mengenali Allahyarham Badrulzaman diminta agar menyebarkan berita sedih tersebut kepada kenalan-kenalannya yang masih belum mendapat berita ini.

Majlis pengkebumian Allahyarham Badrulzaman akan diadakan esok (sila berhubung dengan keluarga Allahyarham untuk maklumat lanjut).

Al-Fatihah kepada Allahyarham.

0 comments: