Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Sidang tergempar tidak sah, kata Setiausaha DUN Perak-malaysiakini

Kemelut politik yang melanda negeri Perak, selepas Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri baru awal bulan lalu, terus berlanjutan.

Hari ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ni adalah tidak sah.

Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Sivakumar dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Sehingga hari ini, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mengakui beliau merupakan menteri besar Perak yang sah.

Manakala menteri besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah awal bulan lalu, selepas BN menubuh kerajaan baru di negeri itu.

3 comments:

PAPA GOMO berkata...

SALAM ADIK SYA...
KENAPA HAL INI BERLANJUTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KITA SESAMA MELAYU BERGADUH???

NIK AZIZ DAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN TIDAK MEMBANTAH PERALIHAN KUASA DI PERAK INI.

CUMA PUAK EDROGAN SAHAJA YANG BERKEHENDAKAN DAP MEMERINTAH PERAK!!!

Briged Akhdor LR2 berkata...

marilah kita berdoa agar pakatan rakyat terus diperkukuhkan dan diberi kejayaan ..inii semua taktik untuk menghalalkan cara untuk kekalkan mb haram ..berbalik kita pada punca ..kalau tak kerana najib perak nie aman.

Asrul Budi berkata...

Dah memang keje BN ni merompak.. Tak cukup harta rakyat, kerajaan perak di rompak.. Dasar Lanun KEPARAT!!!!