Sya baru pulang dari IPD Taiping setelah dipanggil oleh INSP Afandhi buat kali kedua bagi memberi keterangan berkaitan tentang isu risalah yang diedarkan dan dijumpai di sekitar Bukit Gantang Tengahari tadi.Sya yang kebetulan lalu dikawasan kejadian tersebut telah menjumpai beberapa risalah yang telah memaparkan gambar dan perkataan yang telah menghina Baginda Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak Dato Seri Harussani.Mengambil kira niat jahat sesetengah pihak yang sudah pasti akan mengaitkan risalah tersebut dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sempena Pilihanraya Kecil nanti.
Sya juga selaku Rakyat merasa kesal terhadap apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai satu yang menghina Baginda Sultan dan Mufti Perak.Oleh kerana itu maka Sya selaku Ketua Srikandi Keadilan Rakyat telah membuat laporan Polis berhubung risalah penghinaan ini di Balai Polis Terong.Sya juga mewakili Pakatan Rakyat menafikan yang Pihak Pakatan Rakyat ada mengeluarkan Risalah berbentuk seperti ini.Sya juga menyifatkan ini sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan pengedar dan pembuat risalah ini harus didakwa kerana menghina Baginda Sultan Perak
Risalah yang diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,disekitar pekan Terong dan beberapa kawasan sekitarnya.Dipercayai ia telah merebak disekitar kawasan P059 Bukit Gantang.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan