Muhasabahlah dengan kejadian ini!
News terkini yang wak terima dari rakan blogger sebentar tadi menyatakan bahawa berlaku kemalangan teruk yang melibatkan 6 buah trak FRU dan 3 buah kenderaan Water Cannon Polis dimana difahamkan konvoi tersebut dalam perjalanan ke Bukit Gantang. Sebuah kenderaan Water Cannon telah terbalik, dan beberapa anggota FRU dipercayai cedera.
Dari sumber sohih yang wak terima pada jam 5.15pm terus di Bilik Media ke-2 ini, menyatakan bahawa konvoi yang terlibat itu adalah dalam perjalanan ke lokasi ceramah yang akan dihadiri oleh DSAI dan MB Perak yang sah iaitu YAB DS Nizar.
Walaubagaimanapun permit majlis ceramah itu tidak diluluskan oleh pihak Polis. Malah Polis juga telah memberi kata dua,
..Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak berkata perhimpunan di tempat itu tidak sesuai kerana ia berhampiran dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai.
"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan ataupun menyertai perhimpunan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Raja Musa berkata bagi mengelak sebarang kejadian, anggota polis akan ditempatkan di kawasan itu...
Oleh kerana itu tapak ceramah telah diubah dan ditukar ke lokasi terbaru iaitu di Gunung Cempadak, 3 km dari Simpang Changkat Ibol. Difahamkan juga konvoi FRU yang terlibat dalam kemalangan teruk itu sedang dalam perjalanan ke kawasan yang wak sebutkan.
Sumber yang tiba pada jam 5.40pm : Terdapat 8 trak FRU kini berada di susur keluar TOL Changkat Jering. Sekatan Jalanraya juga sedang giat dibuat oleh pihak berkuasa. Sumber ini diperolehi dari blogger Sya-Reformis yang baru sahaja keluar dari Plaza TOL Changkat Jering.
Perhatian kepada Pelancong Politik !
Adalah dinasihatkan agar semua pelancong-pelancong politik tidak menghampiri atau mendekati jalan ke Pekan Trong untuk ke Bukit Gantang. Sila cari jalan alternatif yang lain. Elakkan dari melalui jalan tersebut. Ini kerana disebabkan oleh kerja-kerja membaiki dan menurap jalan serta memasang paip air sedang giat dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengagalkan 'gimik projek mee segera' Najib. Najib bohong lagi !
Jika anda degil dengan makluman ini, sila sediakan minyak dan kesabaran tahap tinggi bagi menghadapi kesesakan teruk di jalan yang wak nyatakan itu. Maklumat ini disampaikan oleh MSK dan Perisik Rakyat yang kini sedang terkandas hampir 1 jam di kawasan yang dinyatakan.
Kepada pelancong politik yang mahu ke tapak ceramah di Gunong Cempedak, sila ambil perhatian, cari jalan lain. Foto akan diupload sepenuhnya di blog Perisik Rakyat esok.
sumber al-banjari
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
2 comments:
rtunjuk gnmbr la bro,takat ckp susah cket nak percaya.
Semalam tok baca paper malay mail.
ada pulak berita tentang MARA tetap nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu walaupun dah ada model sut angkasawan di planetarium.
tok nak pesan kat Noh Omar kalau nak beli jugak pakailah duit sendiri.ada pemerhati politik kata noh omar nak bodek najib dan peluangnya untuk menang MT lebih cerah.
Tok dengar satu berita hangat tian chua dapat sumber khalid nordin booking 70 bilik hotel untuk UMNO Bahagian Pasir berharga berharga RM165 sebilik gunakan letterhead Kementerian Pengajian Tinggi.
Ini kira salahguna kuasa.Elok kengkawan bloggers siasat semua hotel di sekitar lembah Kelang yang telah dibooking oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk anak buahnya.
Kalau booking untuk perwakilan bolehlah dianggap rasuah.yelah bagi RM200 untuk duit minyakpun kantoi,ini pulak RM165 sehari untuk bilik hotel.
Elok MP Pakatan Rakyat bangkitkan perkara ini dalam parlimen.Lepas check out hotel,boleh periksa bayar guna duit kerajaan atau duit poket sendiri.Bukan sikit RM165 untuk 70 bilik semalam.Kalau Khalid Nordin sangkut,sorang lagi anak buah Pak Lah terbarai selepas Wan Farid,Norza,Azlina dan Ali Rustam.
Bahaya penangan Najib yang mendapat nasihat mentornya dr Mahathir.Tok dapat berita sambung balik kes bicara sembur mata dr mahathir dengan spray lada.
Catat Ulasan