Salam reformasi semua..sya sebenarnya baru tiba dari Serawak..kat sana memang best banyak yang nak diceritakan untuk bacaan semua so baca step by step..:
no 1 :
sya bertolak dari LCCT ke Serawak jam 7.00 pagi..Sampai sekitar jam 8.50 pagi..Sampai sana je dah ada yang menanti.Sya ke serawak bersama-sama dengan Yb Zuraidah
( MP Ampang ),auntie Ann,Aunty Rozaini and Ainuddin..
no 2 :
selepas sampai sya terus bertolak ke Lubuk Antu ( B.Ai )..Perjalanan ke sana memakan masa lima jam.Jalan ke sana jangan harap la nak yang yang selesa je,kat sana tu kalau jalan tu berbatu tu kira baik la dari berselut..Lepas tu jalannya bengkang bengkok..kedaifan penduduk disana terserlah 100 %..Bukan sahaja cara kehidupan akan dari segi pembanggunan pun dah nampak daifnya..
no 3 :
fasiliti penjagaan kesihatan kat sana memang tahap pemimpin tak fikir masalah rakyat.Semasa disana seorang hamba allah ni tiba-tiba sakit dan perlu rawatan Doktor secepat mungkin akan tetapi disebabkan dikawasan tu takde Doktor dan Klinik maka terpaksa di bawa ke Sri Aman yang mana ia mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ditambah dengan jalan yang teruk jadi korang bayangkan lah macam mana kalau orang tengah nazak,alamat meninggal tengah jalan la..Balik kepada nasib Hamba Allah tu maka dijadikan cerita dia kehilangan anak dalam kandungannya setelah lambat sampai untuk mendapatkan rawatan.Sesampai di Hospital Doktor,disana sendiri mengadu kepada Yb Zuraidah tentang kekurangan tenaga doktor pakar dan juga kelengkapan perubatan yang baru sehingga kadang-kadang mereka kehabisan bekalan peralatan.Bayangkanlah......
no 4 :
Antara lokasi yang sempat kami singgah ialah Pasar lubuk Antu,kawasan sekitar B.Ai dan beberapa Rumah Panjang kaum Iban di Lubuk Antu,Kunjungan kami disambut meriah dan kemesraan penduduk di sana memang menggalakan bab makan mereka memang jaga dan makanan mereka ada jugak yang memang sedap.Kat sana merasa jugaklah naik BOT yang seinci dari air..hihi..cuak tapi bedal je la..
no 5 :
dari apa yang dapat dilihat seolah penduduk disana diabaikan bayangkan dirumah panjang tu kabel elektrik lalu depan rumah tapi rumah kat situ tiada bekalan elektrik.anak-anak disana ada yang tiada sijil lahir,dan pelbagai lagi kemudahan yang kurang sangat-sangat.Pemimpin dan Menteri kaya tapi Rakyat Serawak Miskin dan dilupakan...Bila mereka nak dapat UNDI untuk PRK ni baru depa tabur duit merata.Janji macam-macam lepas dapat HAMPEH!!!
no 6 :
sya sempat singgah di Kg Melayu kat sana sempat juga Solat di Masjid Nurul Huda Lubuk Antu..Masjidnya Baik akan tetapi kurang Fasialitinya...apapun terima kasih pada mereka yang bagi kami menumpang di Masjid tu ya.Imam kat situ memang ramah sangat ngan kami..Terima kasih!!!
Kesimpulannya ialah SERAWAK boleh dianggap sebagai TERENGGANU ke dua dalam MALAYSIA.Negara kaya akan tetapi RAKYAT nya MISKIN PAPA Kedana!!!Kerana itu RAKYAT akan menolak UMNO/BN di sana Insyaallah dan kita kuburkan UMNO/BN di Malaysia ini...Amin ya Rabbal Alamin!!!!
Terima Kasih sya ucapkan kepada semua yang telah melayan kami sebaiknya...Jutaan penghargaan sya berikan pada semua walau hidup dalam kekurangan namun sikap BESAR HATI mereka amat benar sya hargai!!!!ORANG SERAWAK MEMANG BEST!!!!
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
4 comments:
no:3 best tu... cane le kalau nak beranak... silap-silap jadi ahmad kereta le... :)
no:5 best gak... hampeh memang hampeh... dorang ingat amik SARAWAK cam amik ANAK KUCING ke? nak bele, bele betul-betul... mungkin sebab sane kurang MELAYU kut... so AMENO nak buat ape... mereka bukan paham pasal keris kut... heheh
no 6: ORANG SERAWAK kene berubah.. tak payah lg le mengharap kan UBN... tin kosong dan lidah pendek... UNDILAH PR
betul 3x...tapi orang iban kat sana pun dah mula nak sokong kita,diaorang yang takde tv pun dah mula muak pada bn..insyaallah kita akan menang disana nanti...amin
Peruntukan kesihatan tak ada, peruntukan untuk rolls-royce lagi banyak.
pastikan umno mengangis tak berlagu bila kalah nanti,, hehehe
Catat Ulasan