Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri.
Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Mohamad Fairus meletak jawatan tersebut.
Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.
Semalam, Lim dilaporkan berkata, beliau meluluskan permohonan cuti Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2 comments:
SALAM ADIK SYA...
EMMM BANYAK BLOGGER BNM MENAFIKAN HAL FAIRUS INI....
BOLEH LARARI DI SINI...
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/sahih-dan-nyata-dari-bpn-buat-rakyat.html
BUKAN FITNAH TAPI IANYA REALITI!!!
Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat dono.
Apakah tindakan seterusnya ali ketam? Sudah terang2 disahkan rasuah oleh lembaga disiplin partinya sendiri..
Mungkin ada mengatakan itu isu dalaman parti. Tetapi apakah jaminan ali ketam tidak mengamalkan rasuah semasa dia mentadbir melaka selaku ketua menteri? Orang keji begini masih layakkah bergelar pemimpin?
Berwibawa sangatkah bEND? Masih menyimpan dan mempertahankan lagi penjenayah2 politik?
Catat Ulasan