Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Dr Zambry Tidak Hadir Mesyuarat PAC

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Darul Ridzuan di sini pada pukul 4 petang tadi.

Sebaliknya, hanya bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir pada mesyuarat khas itu yang bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Dr Zambry dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media pada pukul 5.10 petang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak hadir kerana mesyuarat tersebut merupakan satu pelanggaran 'prinsip keadilan' disebabkan Pengerusi PAC Wong Kah Woh adalah juga pengadu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah bersidang pada 18 Feb lepas.

"Ini akan menimbulkan isu prejudis dan tidak adil terhadap Pengerusi PAC. Saya juga memohon untuk merujuk kepada kuasa untuk menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak berdasarkan Amalan Parlimen Erskine May Edisi Ke-23," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Katanya amalan Parlimen Erskine May tersebut menyatakan 'jawatankuasa kira-kira wang tidak mempunyai kuasa untuk bersidang apabila dewan ditangguhkan walaupun ia mempunyai kuasa untuk bersidang di tempat lain.

Erskine May merupakan pihak berkuasa tatacara yang menyediakan deskripsi lengkap berhubung undang-undang, amalan dan keutamaan dalam Dewan Rakyat British di Westminster. Edisi asalnya disediakan oleh kerani Dewan British Sir Thomas Erskine May pada 1844.

"Sehubungan dengan itu, saya percaya jawatankuasa tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan apa-apa mesyuarat memandangkan pada ketika ini Dewan tidak bersidang," katanya.

Dr Zambry berkata surat panggilan mesyuarat yang diterima pada 2 Mac lepas juga sangat mengelirukan kerana beliau diminta hadir pada Khamis 3 Mac pukul 4 petang sedangkan beliau percaya bahawa hari Khamis adalah 5 Mac.

"Oleh yang demikian, Jawatankuasa harus mengambil kira perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas," katanya.

Sementara itu, Wong dalam sidang akhbarnya selepas mesyuarat berkenaan kesal di atas ketidakhadiran Dr Zambry, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Jamaluddin Al Amini Ahmad pada mesyuarat itu.

Beliau berkata PAC akan mengeluarkan satu notis baru esok kepada Dr Zambry dan tiga pegawai kanan kerajaan negeri berkenaan untuk hadir pada mesyuarat khas jawatankuasa itu pada pukul 3 petang 13 Mac ini.

Wong ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Zambry bahawa mesyuarat itu adalah satu pelanggaran 'prinsip keadilan', mendakwa bahawa PAC tidak bermatlamat untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi sebaliknya menjalankan tugas mereka secara bebas dan profesional.

Selain Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning daripada DAP, PAC dianggotai ADUN Changkat Jong Mohd Anuar Sudin (PAS), ADUN Hutan Melintang S. Kesavan (PKR), ADUN Jalong Leong Mee Meng (DAP) dan ADUN Pokok Assam Yee Seu Kai (DAP).

Wakil Barisan Nasional dalam PAC adalah Dr Zambry sendiri selaku Timbalan Pengerusi dan ADUN Manong Datuk Ramly Zahari. Bagaimanapun keanggotaan mereka telah terbatal disebabkan PAC hanya boleh dianggotai oleh ADUN dan bukannya mereka yang telah dilantik sebagai Menteri Besar dan Exco.

2 comments:

Budak Perak berkata...

mmang mamak x layak hadir p0wn...
wat nyemak jer..
kal0 dtg p0wn bkn leh nmpak...
gelap,nmpak bju yg terbang jer...
wakakakak...

Syuk berkata...

Tu dia, 'Amalan Parlimen Erskine May Edisi Ke-23' dah keluar pulak dah. Agaknya inilah hasil nasihat dari Queen Council. Tak sia2 pi london minta nasihat dari penjajah.
Agaknya sultan dah tak nak layan puak2 ni, depa pi minta payung penjajah pulak dah.Nampak sgt puak2 ni kalau dah terdesak nak memerintah sampai sanggup jual negara.