Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




BN mahu Speaker DUN Perak dirujuk Jawatankuasa Hak

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan tidak menghormati Sultan Perak.

Notis itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Sivakumar pada pukul 11 pagi tadi oleh Zahir dan dua peguamnya.

Tindakan itu diambil sehari sebelum sidang tergempar DUN dijadualkan berlangsung.

Zahir mengemukakan notis untuk merujuk Sivakumar kepada jawatankausa tersebut, yang dipengerusikan oleh Sivakumar sendiri, atas alasan beliau menghina dengan tidak menghormati Sultan Perak.

Beliau merujuk kesalahan itu di bawah Perkara 47 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pada 18 Februari lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir digantung oleh Speaker serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan.

Minggu lalu pula Sivakumar memanggil untuk diadakan sidang tergempar DUN, yang dijadualkan esok. MStar

Perak express

0 comments: