IPOH, 3 Mac: Sidang Dun Perak yang bersidang di satu kawasan lapang berhampiran bangunan Perak hari ini meluluskan tiga usul secara sebulat suara iaitu:-
(Gambar: Speaker, V Sivakumar tiba untuk mengetuai sidang Dun Perak. Gambar bawah Adun Titi Serong membuat usul percaya kepada Mohd Nizar di kawasan tanah lapang yang diisytiharkan sebagai Dun Perak hari ini.)
1) Usul kepercayaan kepada MB Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.
2) Usul membubarkan Dun Perak,
3) Usul berupa kertas laporan Jawatankuasa Terpilih yang menggantung Datuk Dr Zambry dan enam Exconya.
Usul pertama dan kedua adalah usul yang dibawa sebelum sidang manakala kertas laporan Jawatankuasa Terpilih adalah usul tergempar.
Sidang itu berjalan di kawasan lapang berhampiran Dun selepas 27 Adun dan Speaker tidak dibenarkan masuk ke Dun oleh polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Ipoh meluluskan injunsi untuk menghalang Sidang Dun hari ini tetapi ia diperolehi selepas Dun Perak sudah tamat bersidang.
Dun mula bersidang jam 10.15 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Ia bermula dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki dan ditutup dengan cadangan menangguhkan sidang oleh Adun Pasir Panjang yang juga MB, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.
Injunsi diperolehi oleh BN kira-kira jam 10.45 pagi dan ia dianggap adademik oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di sini.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
6 comments:
boleh ke lulus?
27 dr 59 ?
x majoriti a~
cane leyh lulus?
xpaham la~
ke memang ade undang2 yang katekan sape x datang / digantung sidang xleh undi?
ade penjelasan x?
x paham ni~
KALAU DAH KEMARUK GILAKAN KUASA APA SEKALIPUN SANGGUP MEREKA PUAK PAKATAN RAKYAT NI BUAT...
NIZAR DAH SEMAKIN KEMARUK...
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/kemaruk-si-nizar-menjadi-jadi.html
EMMM MANA SAH...
INI DIKAN SEKAT KEBEBASAN MENGUNDI...
DOK FIKIR LAGU TU JE ROSAK LAH MALAYSIA...
TAKSUB...GILA KUASA....KESIAN...
saper yang giler kuasa gomo?
siapa yang merompak perak?
umno yang merompak perak, pastu ko ckp si nizar yang giler kuasa!!!
ni dah terbalik....
Saya setuju dengan pernyataan Asrol Budi dimana Perak telah dirompak oleh BN. Ini kerana pada pilihanraya 2008,rakyat di negeri Perak telah mngundi dan mandat telah diberikan kepada Pakatan Rakyat.Jadi jika BN ingin terus memerintah secara sah tanpa was-was mereka boleh menerima cadangan DUN Perak(Pokok Demokrasi) untuk membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihanraya baru.Dengan itu,BN dapat membuktikan bahawa mereka mengambil berat dan menghormati kehendak rakyat dan di samping itu BN dapat menilai sama ada rakyat negeri Perak menyokong perbuatan BN memerintah Perak dengan cara yang tidak beretika.Biar rakyat Perak menilai dan menentukan nasib negeri mereka sendiri.
xde penjelesan ke sis?
x kesah la sidang sah ke x, tapi usul tu bleyh lulus ke?
Catat Ulasan