Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Akhbar Dihalang Buat Liputan Sidang DUN Perak 7 Mei..! - malaysiakini

Terkini dari Perak - Akhbar terlaris Sinar Harian dan juga beberapa akhbar-akhbar lain terutamanya yang berbahasa Cina tidak dibenarkan membuat liputan Sidang DUN Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb. Mei, 2009 ini di Pejabat SUK Perak.

Arahan ini dipercayai datang dari samseng-samseng Kampung Dusun yang berselindung disebalik "orang atas" (ajaran sesat mungkin) dan mendiami negeri Perak tetapi hanya berhajat untuk membuat onar di Negeri Perak.

Aku cukup setuju kalau semua media dihalang dari buat liputan pada Sidang DUN Perak yang bakal berlangsung ini. kalau boleh, aku mintak jugak supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (ni orang UMNO tak panggil gila kuasa atau salah guna kuasa sebab meng"UNTUNG"kan UMNO beruk) keluarkan juga pekeliling atau arahan mengatakan bahawa semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat juga TIDAK BOLEH menghadiri Sidang DUN dengan tak payah bagi apa-apa alasan.

Kalau boleh jugak, aku mintak Setiausaha Kerajaan Negeri buatlah apa-apa yang patut supaya semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat tak boleh langsung menghadiri Sidang DUN.

Lagi banyak arahan gila babi, lagi bagus, tak payah pikir arahan tu lojik ke tak lojik. tak payah nak pikir apa kata rakyat. yang penting, bangsat-bangsat UMNO mesti menang dalam game ini walau dengan apa cara sekalipun..!

Lagi banyak UMNO buat gila, lagi aku suka.

Penggal ni UMNO boleh buat apa saja yang korang suka, asal terniat je, laksanakan terus sesegera mungkin. jangan bertangguh-tangguh..!

Aku tak kisah. sebab aku tau...

PRU-13 nanti MAJORITI Rakyat Malaysia tak kan beri peluang langsung kepada UMNO..!

Ingat kata-kata aku hari ni..! adat kalau dah nak mampus, memang banyak sangat "buang tebiat"nya... biarkan... tunaikan saje "HAJAT-HAJAT TERAKHIR" UMNO/BN sebelum terbenam dalam Sejarah..! aku tak mau tengok nanti ada yang mati celik..!

5 comments:

Putra IJ80 berkata...

Sudah ...akhbar pulak tak bole buat liputan.

Selama ni mereka lah yang beria ia sangat menggunakan Akhbar sebagai penyambung lidah mereka.

Sebelum tur Tak nak Tanding di PRK Penanti.

Apa sudah jadi dgn UMNO ni...

Semuer buat kerje terbalik.

Ini lah tanda tanda dah penghujung hayat nya.

Insyallah.

Unknown berkata...

Salam,
Ini mana punya negara?

...baiknya pemerentahan kamu,kamu sekat lah!...lagi sekat lagi orang meluat...
membina tembok antara pemerentah dan rakyat!...berkasta kasta...
kah kah kah....
balik kezaman apa ye!!!!!!!!!

zaidi berkata...

Salam Abg Tuah;

Ambil komen saya sepenuhnya dan rasenye masih ada tertinggal.
Terima kasih kerana response atas komen saya, mungkin abg tuah berasal daripada negeri Melaka/JOHOR Umno terkuat didunia. Mungkin itu abg tuah melebelkan saya dajjal, kerana mengkritik apa yang telah berlalu dilakukan oleh umno amnya kepada orang melayu khususnya yg dilakukan kepada melayu tidak sealiran dengan umno.

Dibawah ada sedikit jawapan untuk kita yang berbeza pandangan. Terima kasih kerana memberi tumpang melontar komen.

TUAH BERTEMPOR DENGAN ANAK DAJJAL LAHANATULLAH.
SEORANG KAKI PUTAR MASUK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG TUAH..IKUTILAH SOAL JAWAB ANTARA TUAH DENGAN KAKI PUTAR TERSEBUT..(WARNA MERAH KOMEN KAKI PUTAR, WARNA BIRU KOMEN TUAH.)

ZAIDI - UBN! zaman mengugut rakyat dengan pembangunan jalan,tiang elektrik buku teks dah berlalu.

TUAH - ZAIDI NI BETULLAH..NI YANG DIPANGGIL KAKI PEMUTAR FAKTA BAGI MENGELIRUKAN RAKYAT..

TUAH - WAHAI ZAIDI..KERAJAAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK KAU GELAR MENGUGUT...TAK BERSYUKOR BETUL!!!

ZAIDI JAWAB:
Dulu! Tanyalah JKK2 Umno, ketua2 umno dikampung-kampung apa yang tidak dibuatnya kepada org kampong melayu yg tidak sealiran dgn mereka. Jalan kampong dan tiang elektrik hanya untuk penyokong umno saje, kampong melayu berlainan ideology minta maaflah .

Jika nak juga jadi ahli umno katenye. Buku teks pun macam tu nak tandatangan JKK2 kena jadi ahli. Bak kata yang tak sokong nie macam rakyat kelas kedua. Teknik inilah digunakan untuk meramaikan ahli umno 3 juta beb. Semua orang tau fungsi jkk umno nie tak payah menafikan abg tuah jika you asal dari kampung. Apa peranan pengulu kampong (kaki tangan kerajaan) langsung tiada kuasa, boleh kata bayar gaji buta. Fakta pun menunjukan umno bertahan pun sebab undi kampong melayu sehingga pru 12 dan bukannye Melayu Bandar.

Apakah melayu nie tak boleh berbeza pandangan. Bukan itu puncanya, puncanya ada melayu cuba mengambil kesempatan keatas kelemahan melayu kampong, melayu marhain biarlah melayu ini bodoh senang nak suap dengan pelikat dan batik. Senang nak diugut tak gitu abg tuah. Saya rase abg tuah orang hebat bolehlah cadangkan kepada pemuka umno, pemilihan ketua kampong kepada rakyat kampong sendiri atau lantikan pengulu kakitangan kerajaan yang lebih tepat. Barulah rakyat tak diperbodohkan oleh mana pihak berkepentingan. Jadilah dah 50 tahun dah!

ZAIDI - UBN! zaman medera rakyat dengan merarik subsidi dan biasiswa dah berlalu, rakyat dah paham mainan itu.

TUAH - LAGI KAKI PUTAR NI NAK MEMUTARKAN FAKTA..SUBSDIDI YG DITAMBAH KEPADA PETANI DAN NELAYAN..BAJA DITAMBAH, BENIH DIBERIKAN, DI ADAKAN INSENTIF HASIL DAN SUBSISDI MINYAK DAN ELAUN TAK DAPAT KELAUT BAGI NELAYAN TU KAU PANGGIL MENDERA KE? BIASISWA YG MARA BAGI TU DAH HABIS TERBAYAR KE OLEH RAKYAT WAHAI KAKI PUTAR..? TAMBAHAN BIASISWA KEPADA PELAJAR-PELAJAR AGAMA DI MESIR DAN ARAB AGAR MEREKA TAK KESUSAHAN TU KAU TAK PERNAH DENGAR KE..?

ZAIDI JAWAB:

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa. Saya ingatkan Dulu, Pas dan bekas umno (46) Menang Kelantan 1990. Perkara pertama umno buat adalah menafikan subsidi baja buat sekian waktu. Kemudian bertukar lambang dacing pada baja. Lambang tu pada baja jika tak silap saya masih ada hingga hari nie. Selepas tu semua baja ada cap dacing, baik dikedah (saya asal orng kedah). Ape nie memperbodohkan rakyat ke, itu milik umno ke UBN ke! Kenapa begitu sekali pujaan abg tuah buat untuk rakyat Kelantan. Cina kah Kelantan atau dajjalkah melayu Kelantan.

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa. Saya ingatkan Dulu, sekolah agama rakyat dihapuskan bantuan berkapita . Hingga lumpuh sekolah agama rakyat sape punye kerja. DAP kah! Mana abg Tuah pembela bangsa dan agama. Anak sape yang diniaya kerana takut pengaruh pas berkembang. Abg tuah ingatkan jati diri kita kuat bukan kerana melayu, Kerana Roh islam lah bro. Rugikah kita memberi bantuan kepada sekolah agama rakyat. Takpayah takutlah pengaruh pas berkembang. Baiknye melayu umno pun kerana Islam dan baiknye pas pun kerana islam. Cakap mudah saye, Itulah sebabnye sekarang nie macam penyakit akhlak berlaku dalam umno. Wang-wang, pulus-pulus, itulah berlaku jika pembangunan material tak seimbang dengan roh islam. Puncanye umno juga, Tahniah abg tuah Kerana kita hilang jati diri kita sebagai bangsa hebat disebabkan duit.

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa. Terenganu (pas bersama keadilan, pas tidak bersama DAP) 1999 Saya ingatkan Dulu, Royalti minyak dimansuhkan ditukar kepada wang ehsan tidak dimasukan kedalam kewangan negeri. Kenapa abg tuah, Umno begitu membenci sekali kepada kerajaan melayu PAS. Dajalkah melayu pas nie, kaki betina, karoke, Rasuahkah dimanakah hak melayu islam terenganu memilih pas untuk memakmurkan mereka. Bagaimana wang tersebut dihabiskan. Begitu sekali diperlakukan kepada yang berhak. Puncanye satu PAS musuh no 1 bukan DAP. Sedangkan pas-umno adik beradik macam Khalid samad dan Shahril Samad bekas menteri. (bila umno nampak nak hilang kuasa ya, belum hilang ya bakal baru teringat pas adik beradik. DAP org luar tetapi dia tak pernah iniaya PAS salahkah pas berbaik bagi keadilan kepada rakyat). Hero lah abg tuah membela melayu islam kononnye ke ade muslihat lain abg tuah. ).

ZAIDI - UBN! zaman adu domba antara kaum, pecah perintah cara british dah berlalu, rakyat dah paham mainan itu.

TUAH - BILA PULA BN MENGADU DOMBA..BN TU TERDIRI DARI PERBAGAI BANGSA DAN KAUM KENAPA PULA NAK MENGADU DOMBA...YG AKU NAMPAK PAS DAN PR TU LAH BERMAIN API POLITIK PERKAUMAN YANG FINATIK...MERAIH SIMPATI DENGAN MEMBERIKAN HAK 999 TAHUN KEPADA BANGSA CINA AGAR MEMPERLIHATKAN KONON UMNO/BN SEMEMANG TAK ADIL HANYA PAS YANG AKAN NAMPAK ADIL…BUKAN PERKAUMAN KE TU..WAHAI PUAK JUAK SEMPIT..!!

ZAIDI JAWAB:
Abg Tuah Melayu Mudah Lupa. Nyawa umno pun tinggal disebabkan oleh rakyat sabah dan serawak dan melayu kampong2. Maklumlah rakyat nie pun berinfomasi dengan media kerajaan yang dijadikan lidah propaganda umno (UBN). Mungkin ya Abg Tuah sendiri pun belum boleh membezakan antara parti dan kerajaan, atau buat tak paham.
Rakyat yang yang saya sebut masih bersama (UBN) memang tak boleh membezakan kerajaan dengan parti yang mendapat mandat. Apa yang saya faham daripada pemikiran pak cik makcik nie, itu semua harta kerajaan milik umno. Nak kerjake , nak belajar kat sekolahke, nak jalan ke, subsidi ke, nak bantuan ribut taufan ke, dan ape lagilah! Paham dia orang tu semua adalah duit poket umno. Begitu sekali dikelirukan oleh umno (UBN) melalui lidah resmi kerajaan. Salah satu jentera kerajaan yang digunakan sesuka hati. Menipu namanye! Jangan mengajar parti politik lain perangai buruk tu. Besok UBN jadi pembangkang susah nak idup mana cari dana batik dengan pelikat kat ahli. UBN idup, gerak ke dengan duit. Surat khabar kalau atas nama umno bagi free pun org tak ambil.
Mudah cakap UBN nie mirip british la racun orng melayu beratus tahun untuk melambatkan kemerdekaan, senang nak kaut kekayaan ke london. British tahu jika orng melayu sedar kemampuan dan berilmu mereka terpaksa angkat kaki, macam2 propaganda british buat menunjukan kelemahan org melayu.
Jauhkan ilmu dari pengetahuan orng melayu selama mungkin dan selagi itulah mereka boleh menipu. Masa berubah anak melayu merantau jauh menimba pengetahuan ke timur tengah dan ketengah barat. Balik dari timur menjadi umat melayu baik beragama mengajar di pondok dan balik daripada barat menjadi penolong tadbir british. Pada pandangan british kemerdekaan perlu diserahkan kepada golongan kiri atau kanan, kedua2 puak hendak bebas. Sebaik-baik kebebasan british serahkan kepada anak didik yang faham falsafah british.

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Macam2 umno UBN dakwah tentang keburukkan pas kepada bukan islam tentang PAS. Burukan akhlak islam PAS pada mata bukan islam. PAS parti lebai, hudud pas, islam mundur, islam tak bolek tadbir, islam menginiaya dan sebagainya. Umno tahu dan semua tahu DAP bukan lawan Umno. Lawan falsafah umno adalah pas. Melayu hanya ada dua penaungnya, Islam cara PAS atau islam cara UMNO. Propaganda dulu kini selamanya Umno memisahkan pas dengan bukan islam ialah berkenaan hukum allah, hukum hudud. Jauh2kan bukan islam tentang keadillan islam menurut kaca mata PAS. Kenapa takutkan?

Abg tuah! Pernahkah umno menunjukan kemulian al quran mengajar rakan sebantal(MCA,MIC dan lain2) tentang kemulian al-quran tentang bagaimana pengurusan hidup manusia. Sunnah rasul dalam bagaimana menguruskan masyarakat dalam Negara majmuk seperti madinah seawal berkembangnya islam. Adakah cara2 umno sekarang nie mengikut wasiat british dahulu?

ZAIDI - UBN! zaman media exploitas cerita murahan dah berlalu, rakyat dah paham mainan itu. Rakyat minta berubahlah perangai tu.

TUAH - YANG HARAKAH DAN ADIL MEMAPARKAN BERITA TONG SAMPAH TU BUKAN KE PERANGAI JIN TANAH..KAU TAK MAHU KOMEN KE...?

ZAIDI JAWAB:
Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Media perdana milik kerajaan dan media swasta dilesenkan oleh kerajaan untuk kepentingan Awam.Bukannye boleh dijadikan propaganda sesuatu pihak. Itu menyalahi etika media Bang tuah. Menyalah guna hak awan macam tandas awam dijadikan tadas peribadi. Ape perasaan abg tuah tandas awan dekat hentian bas dijadikan tandas peribadi driver bas. Berbeza dengan akhbar parti politik untuk ahli, jika bukan ahli beli dan baca salah jika ikut undang ala UBN umno. Bukan percume 2rm tau walau berita tong sampah kate abg tuah.

ABG Tuah, Umno ada media terbitan politik ke abg tuah. Kalau bagi percume pun sape nak ambil ye. Abg tuah Tak kanlah sanggup umno membutakan mata hati abg hang tuah pendekar terulungnye sedemikian rupe. Abg tuah tlg semak statement saya jika salah, Hj hadi dan fadhil nor menang isu nabi hadi dan fahil nor melawan utusan. Utusan diperintah bayar 100 ribu RM. Mahfuz menang lawan utusan baru lg rasenye abg tuah lupe ke. Tak ade lagi rasenye harakah kena bayar saman malu, maknanye betullah cerita sampah die kate abg tuah.

ZAIDI - UBN! Apakah takut perak ditakbir pr? Apakah takut gabungan pas dap berjaya mentabir hinggakan merompak disiang hari. Rakyat nampak undang2 boleh dimanipulasi oleh orang tak amanah. Undang2 kita reka, teknikalnya berubah menikut masa.

TUAH - AKU TAK KISAH SIAPA YG MEMERINTAH..TAPI AKU PERHATIKAN PAS DAN DAP NI YANG ENGGAN MENERIMA HAKIKAT BAHAWA MEREKA TELAH KEHILANGAN KUASA. TAPI SEMASA PAS DAPAT MEMERINTAH WALAU HANYA MEMPUNYAI 6 DUN TU PAS KATA ADIL..SEMUA ADIL...KINI KAU DAH SEMEMANGNYA HILANG KELAYAKAN MEMERINTAH KERANA HILANG MAJORITI KAU TUDUH SULTAN, MAHKAMAH DAN BN ZALIM DAN TAK ADIL PULA..PATUT KE ?

ZAIDI JAWAB:

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Ditakdir allah ingin di elak oleh umno, Perak jatuh hilang majoriti tipis ke tangan pembangkang DAP, PAS dan KEADILAN. Inilah bakal menguji PAS dan DAP yang dimomokkan ultra oleh UBN telah sekian lama. Pas memiliki paling sedikit kerusi berbanding parti lain. Umno paling banyak kerusi mempelawa PAS membentuk kerajaan. Kuasa dijanjikan. HJ NIZAR dijanjikan Menteri Besar dan exco kepada pas. Begitu juga Selangor PAS Hasan ALI dijanjikan Menteri Besar. Jika rakyat melihat pas semata nak kuasa, kuasa telah dihidangkan. Kenapa dipilih PR Bodohkah PAS atau Hodohnye UMNO. Tepuk dada Tanya diri ABG HANG TUAH.

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Apakah penyebab bersama DAP dan PAS dianggap mustahil oleh permerhati politik sebelumnye. DAP tidak bermimpi hendak memimpin perak manifesto pun tiada. Janji Tanah adalah janji pas dalam manifesto. DAP berfalsafah sosialis Demokrat (Rakyat didulukan, pencapaian diutamakan) bukan perkauman cina seperti MCA. PAS falsafahnye dalam bahasa mudah membangun bersama islam. Kepada abg Tuah tiada satu antara mereka mengadai prinsip walaupun mereka bersama sila rujuk perlembagaan PAS, DAP, UMNO dan MCA untuk perbandingan falsafah perjuangan. Hatta DAP mula mengenali PAS, merujuk keadilan islam didalam al-quran. Samada ikhlas tidak bukan urusan kita, hidayah bukan kerja kita.

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: HJ nizar bukan tokoh PAS tiada siapa mengenali diperingkat nasional. HJ Nizar meminpin perak berteras keadilan kemanusiaan. Adakah mengadai islam, adakah mengadai kemelayuannya hingga gegak gempita melolong Umno dunia. Bodoh sangat kah HJ NIZAR dan PAS. Jika bodoh dah lama pas berkubur macam bekuburnye 46. Usahlah propaganda murahan abg tuah. DAP ada membantah pemberian semula berkapita sekolah agama rakyat yang ditamatkan sebelumnye. Pemberian tanah untuk menjana pendapatan jangka panjang kepada sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan. Supaya tiada lagi orang boleh menyekat kewangan sekolah pada masa depan. Semua nie utuk sapa abg tuah rakyatkan. HJ Nizar ditarbiah untuk buta warna dalam hak dan keadilan. Nyatakan abg Tuah jika hj Nizar melangar syarak atau budaya melayu umno selama pentabirannya.

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Rakyat berhak menjadi hakim bukan raja berpelembagaan atau makamah perundangan. Rakyat memerhati setiap detik urus tadbir mereka. Amanahkah? Atau gila Kuasa kah? Kenapa terburu Umno menjadi robin hood mengurung dua exco ada masalah kes rasuah hingga tak tahu hidup mati. Adakah dua orang nie sudah hilang rasuah apabila dikurung seminggu? Rakyat memerhati abg tuah. Rakyat tak izin buktinye cangkat jering tempat salah seorang adun (hilang rasuah setelah melompat) UBN kalah peti undi pada HJ Nizar.


ZAIDI - UBN! Menjamin keadilan kepada rakyat adalah amanah. memberi tanah kepada yang berhak adalah amanah, keadilan tidak boleh diukur dengan warna kulit. Memberi tanah kepada perompak adalah salah. Assobiah menutup mata kita dari melihat keadilan. Jgn menjahilkan rakyat dengan assobiah.

TUAH - SELAMA NI 50 TAHUN MERDEKA TAK ADAKAH KAUM CINA DAN INDIA YANG MENDAPAT TANAH..? MALAH BUKAN HANYA TANAH, KERAKYAATAN PUN DIBERIKAN...!! KENA RUNTUH KE SEKOLAH CINA DAN TAMIL..? KENA SEKSA KE KAUM CINA DAN INDIA ? KENA HALAU KE AGAMA LAIN SELAIN ISLAM ? KEBULOR KE BUKAN MELAYU ? MATI KE BUKAN ISLAM SEBAGAIMANA MATINYA UMAT ISLAM DI TAK BAI CHECHEEN, BOSNIA DAN MINDANAU...!!!

ZAIDI JAWAB:
Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Betul abg Tuah saya silap bab nie, Umno Bagi segunung kepada seorang Taikun cina dekat genting jadi kasino dan tempat pelancongan yang tak boleh dimasuki majlis agama islam untuk melihat gelagat bumiputera kat sana. Umno bagi banyak tanah lagi kepada taikun india ananda. Umno bagi tanah lagi satu pulau batu putih kepada cina singapura. Persoalan saya keadilannye untuk cina miskin untuk tapak rumah dia, dia duduk lebih 70 thn kat kg baru. Sape bagi duduk, umno dan british. Kenape sekarang baru timbul cerita melalak tak tahu hujung pangkal memfitnah hj nizar dan pas sebagainye. Yang umno tak bagi pada diarong tu kenapa? Adakah untuk buat modal musim pilihan raya.
Setelah diberi hak kepada yang punye, heboh melalak seolah tanah melayu dah hilang. Ape nie abg tuah kuman kita nampak. Berapa banyak tanah rizab melayu hilang kat pulau pinang dikerjakan umno dengan gerakan 40 thn abg tuah tak nampak. Jadi –jadi lah buat perangai tu.

ZAIDI - UBN! Zaman terima kasih dah berlalu. terlalu banyak rakyat bayar penguasa jadi kaya raya. banyak khazanah bumi diangkut semaunya silih berganti. Dari pemuda hingga menjadi veterannya. Sudahlah rakyat nampak.

TUAH - KAU BAGI LAH BUKTI BAHAWA SEMUA UMNO/BN KAYA RAYA..KAU JANGAN MENGAKU ISLAM KALAU TAK BERBUKTI. KAU INGAT PAS DAN PR TU BERSIH SANGAT KE...YANG KEBELAKANGAN NI KELUAR BERITA RASUAH, BERITA KEBURUKAN AKHLAK DAN PENYALAHAN GUNA KUASA TU APA KE .?

ZAIDI JAWAB:
Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Yang tak senang hanyalah yang didaftar oleh JKK untuk jadi ahli umno untuk terima wang kebajikan masyarakat. Depa nie dapat lah tambahan 5 tahun sekali kain batik pelikat, tepung, gula minyak masak pada PRU. Aku rase diorang berdoa kalau bolih tiap2 bulan adun meningal. Abg tuah cara umno mudah pada saya, yang cerdik makan yang bodoh. Yang cerdik kaya- raya sapu sana sini, yang bodoh jadilah balaci dapatlah upah seorang sikit abg tuah oi. JKK nie kategori balaci tak kaya pun. Nak tiket kaya jadi ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita, ketua puteri banyak projek masuk. Yang confirm kaya adun Umno. Setakat G2 dan G7 boleh sapu masa PAU 3 tahun sekali. Boleh tahan juga dia pau calon biasanye banyak talam tak gitu abg tuah. Sebab tulah meriah masa pemilahan ketua bahagian bertumbuk dan sebagainye puncanye tiket kekayaan. Perlu bersumpah ke abg tuah. Bagi saiful, najib dan tajul rosli dahlah bersumpah.

ZAIDI - Kepada rakyat perak lihatlah, bandingkanlah 11 bulan dgn 50 tahun memerintah. Jika ini ditakdirkan. hukumlah penguasa yang tidak berlaku adil pd pru 13. kerajaan didirikan oleh amanah rakyat.

TUAH - 11 BULAN KERAjaan FUCKATAN RIOT MEMERINTAH DAH BERBAGAI-BAGAI PERKARA PELIK BERLAKU..KAU TAK PERASAN KE..? LAGI SATU KAU TAHU KE APA ITU PENGUASA, KAU INGAT SEMUA PENGUASA TU ORANG UMNO/BN KE..KAU FAHAM KE APA ITU WAKIL RAKYAT, DEWAN PEMBUAT DASAR, PERLAKSANA, PENGUASA, PENGUATKUASA DAN KAKITANGAN..? KALAU PENGUASA YANG KORUP (PENGARAH-PENGARAH) JANGAN DITUDUH PULA BN YANG KORUP...NI DIPANGGIL MAIN BANTAI AJE..!!

ZAIDI JAWAB:

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Mula tu saye pelik dua adun ditahan BPR Rasuah dan SEX, pengarah BPR bukan main lagi dengan aksi kelap penyokong umnonye (Penguasakan Abg Tuah). Tapi selepas dikurung oleh najib seminggu, rasenye diaorang nie dah bebas sex dan rasuah tak gitu bang tuah. Jika peminpin tak beriman mustahil rakyat beriman. Kalau pemimpin kencing berlari apatah lagi penguasa bersemkonkol dengan umno. Sudah Nampak riak percakapanye. Jika ketua hakim pelaksana undang-undang boleh dibeli rujuk pita lingam abg tuah, nie fakta kan bang tuah bukan sedap mulut. Mungkin org umno sudah lupe. Pembuat dan pengubal dasar diketuai Najib dan majority UBN diragui kejujurannye dalam kes tuya, mana munkin 2 anggota skuad khas melaksana misi membunuh tanpa arahan? Sebagai ketua executive kerajaan (PM) melaksanakan dasar adakah projek mee Maggie 2 minit pada setiap pihanraya kecil? Rasenye saya tahu abg tuah ape yang saya cakapkan! Saya faham prinsip pengasingan kuasa. Sebab tulah saya faham perogolan secara begilir terhadap system penubuhan Malaysia oleh gerombolan UBN.

TUAH - DAN LAGI APA YANG KERAjaan PR DAH BUAT BAGI MEMAJUKAN WILAYAH JAJAHANNYA..APA..APA..APA..TAKKKKKK ADA APA...KOSONG..ZERO...BOLLA..ELEKKK..!!!

ZAIDI JAWAB:

Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Persekutuan dan negeri perbezaan kuasa executivenye, Semua cukai dimiliki oleh pusat kecuali tanah dan hasil tanah, cukai pintu dan air, Itu je lah hak negeri disamping geran berkapita pusat kepada negeri. Itulah sebab adnan yacob taada duit nak bayar itu tipu balak punye. Harap boleh faham kot ABG Tuah.

TUAH - SATU AKU NAK HADIAH PADA KAU DAN PUAK JUAK SEBENARNYA HANYA LAYAK DIPANGGIL…'KING OF PUTAR ALAM'..!!!!

ZAIDI JAWAB:
Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Terima kasih gelaran tu, Ini lah seronok saye dinobatkan sebagai raje walaupun sehari.

JIKA PEMBACA BERKESEMPATAN..SILALAH JUGA IKUTI ARTIKEL SALAH SEORANG SAHABAT TUAH YANG AMAT BERPENGALAMAN DIARENA POLITIK DAN SEORANG PERJUANG BANGSA DAN AGAMA YANG JUJUR DAN GIGIH, BERNAMA SEKUPANGDUA...
http://sekupangduas.blogspot.com/2009/04/hasad-dengki-dikalangan-orang-melayu.html

ZAIDI JAWAB:
Abg Tuah Melayu Mudah Lupa: Eloklah sedara sama kita hayati kebenaran nie.

Unknown berkata...

Salam,

Sya....Selamat Hari lahir,

Semoga Allah berkati hidup mu!

....baca komen Zaidi,jadi..

"Berlarilah hingga kegarisan penamat....kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat....

TIDAK PERNAH SELESAI!!

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

terima kasih huby..sya akan terus berjuang tanpa henti kerana jihad tidak akan berakhir sehingga nya terputus...terima kasih untuk ucapan birth tu...amin ya rabbal alamin