6 Mei 2009. 8.00 malam
Isyak berjemaah, solat hajat dan berjemaah di Surau Taman Hiburan, Ulu Kinta.
Datang dengan sejadah.
Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki.
Pengerusinya, Mohamad Sabu menegaskan pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi.
Beliau menegaskan sidang Dun yang dijangka akan diadakan pada 7 Mei nanti bakal menghadapi banyak kerumitan.
“Sidang Dun Perak 7 Mei nanti akan ada dua Menteri Besar, Dua Speaker dan Dua kerajaan jadi kita amat khuatir kerumitan dan kesulitan yang sudah ada ini akan bertambah.
“Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka,” tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.
Sehubungan dengan itu PAS akan mengadakan program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.
Program tersebut telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
0 comments:
Catat Ulasan