Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar-malaysiakini

Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

perak state assembly building closed on 3rd march 2009 notice 020309Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.

Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta
undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.

Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.

Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.

6 comments:

Lin berkata...

Salam

Biasalah tu, kalau kelas tadika Kemas korang boleh rantai ni kan pula nak halang pertualang bangsa bermesyuarat dengan pendukung Malaysian Malaysian (DAP) dalam dewan yang mulai. Sedarlah seudah-sudah jadi barua nizar tu, dia tu sebenarnya dah lupa ketetapan Allah mana yang hak dan mana yang batil, pergi ceramah kawasan cina bawa isu perpaduan kaum dan di kawasan melayu isu islam

taubat2lah nizar dan kunco2nya

tungaklagit

akira® berkata...

rasa2nya najib si najiss nak letup bangunan tu guna C4 kot, tu yang lepa nak tutup.
keadaan BN dah semakin terdesak sekarang, macam2 perkara yang tak masuk akal yang lepa gunakan. yang takut sangat tu pasai apa......
(kalau tak buat salah dari awai tak payah la nak takut).

Ezy berkata...

ape lagi la tunggaklangit ni.. ko ni bebal ke ape.. umno lah petualang bangsa,penakut.. nak bubar DUN pun takut.. nak bersidang pun takut.. nape la ko still bebal lagi tunggak langit oii... kalau nak kira org umno lagi gampang.... kat ceramah umno duk main sentimen kaum.. hidup melayu la.. ape la.. kat depan mic ngan mca duk kata PAS nak wat hukum hudud potong tangan la.. takut2 kan depa ngan islam punyer hukum hudud... dekat dlm BTN duk main isu kontrak sosial yg sampai skang takde bukti kewujudannyer.. duk kate DSAI pengkhianat negara.. ko ni bebal la tunggak langit !!!!.. ge mampus same ko punyer umno..

Asrul Budi berkata...

saper yang barua? ko la barua umno..
rela umno merompak harta rakyat..
rela umno bermaharajalela dengan rasuah,,,,

Amzek berkata...

Ezy,

Betul tu. UMNO ni peliknya suka sangat nak laung hidup melayu. Tetapi depan MIC atau MCA atau Gerakan semasa perhimpunan BN ke, tidak pernah pulak walau sekali pun diorang nak laung HIDUP MELAYU tu?

Takde telor betul. Belakang cakap lain, depan cakap lain. Itu lah sikap org2 dayus. Pengecut tu jgn cakap lah.

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

umno bacul dan terdesak..kalau betul berani bersidang la...zambry ko dah haram buat cara haram...ada faham!!!