Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Pokok demokrasi

pokok-sena-71

Kepada anak cucu reformasi,

Sebelum kami mati..dan sebelum kami pergi, baca lah dan hayati lah wasiat kami ini dengan baik-baik..supaya bila tiba masa kamu sekelian menjadi pemimpin nanti, jangan lah kamu menjadi seperti pemimpin Umno yang ada hari ini yang buta sejarah, memutarbelitkan sejarah dan membonsaikan pemikiran kamu.

Semalam, Ahad 8.3.09, genap setahun Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat untuk memerintah Perak. tapi belum sempat setahun kami memerintah..Umno haram jadah mula buat taik. Ada Sultan..diperkudakanya. Ada perlembagaan…dibakulsampahkanya. Ada laki orang…dirampasnya. Ada polis…dibaruakanya. Ada mahkamah…dipermainkanya.

Dengan kerja-kerja kotor mereka, maka kerajaan yang dipilih rakyat pun ditumbangkan dengan cara yang paling kurang ajar.

Krisis di Perak bukan setakat krisis perlembagaan..sebab kalau krisis perlembagaan, dah tentu boleh diselesaikan mengikut perlembagaan. Tapi krisis di Perak berlaku sebab Umno dah tak mau mengikut perlembagaan. Benda-benda yang tak terfikir oleh kita…itu yang dibuat mereka.

Sultan buat keputusan…tak ikut perlembagaan. Hakim buat keputusan…tak ikut perlembagaan. Polis buat keputusan…ikut arahan. Umno buat tindakan..tak ikut perlembagaan. Habih nak buat apa lagi?

Itu sebabnya mengapa hari ini kami bermesyuarat dibawah pokok. Keputusan dibuat dibawah pokok. Persefahaman tercipta dibawah pokok. Dan kita bina kekuatan dibawah pokok.

pokok-sena-6

Hari ini…8.3.09, pokok sena menjadi saksi. Dibawah pokok inilah kami berjanji…kami tak akan mengundur diri. selagi hak rakyat ini tidak dikembalikan…selagi itulah kami akan terus melawan.

Jadikanlah demokrasi itu macam pokok sena ini. Menjadi pelindung ketika panas terik. Jangan dipangkas dahannya..jangan ditebang batangnya..jangan diracun akarnya. Sebab kalau tumbang pokok ini, maka hilanglah tempat berteduh dan berlindung.

Buanglah dedalu yang melekat didahanya. Buanglah kulat yang melekat dibatangnya. Buang lah semak yang menutupi pangkalnya.Dan siramilah akarnya…supaya pokok demokrasi ini akan sentiasa subur melindungi kita.

pokok-sena-5

Dan hari ini, Ahad 8.3.09, kami tanam lebih banyak lagi pokok-pokok demokrasi. Supaya bila besar nanti, akan dapat melindungi lebih ramai orang yang kepanasan. Supaya bila besar nanti, dapat memberikan keselesaan kepada rakyat.

Jagalah pokok ini dari serangan serangga dan parasit…sebab pokok ini tidak ternilai harganya. Ia disemai dengan usaha rakyat. Ditanam dengan keringat rakyat. Disiram dengan airmata rakyat. Membesar dengan harapan rakyat. Dan pokok-pokok ini adalah lambang perjuangan rakyat.

dsc09405dsc09406dsc09407dsc09408dsc09409

Dari Perakexpress

2 comments:

Gadis Reformasi berkata...

reformasi tidak akan pernah berundur!

HambaAllah berkata...

http://murshidahmustafa.blogspot.com/

Nampaknya blog ini mendapat perhatian ramai, baguslah tu, sebab Murshidah ini memang sukakan populariti.

Kita sambung lagi cerita, para pembaca semua selalu-selalulah jenguk blog ini, sebab selepas ini akan ada berita yang lebih menggemparkan dan bisa mengegarkan jantung dan hati, rasa-rasanya nanti bergoyang juga pejabat MB Kedah...kerana seorang wanita bernama Murshidah...

Itulah tuan dan puan, kita pun hairan bagaimana Murshidah "anak sedara" kepada MB Kedah yang merupakan pemimpin yang menegakkan Al Quran dan Sunnah dalam " Negeri Islam" Kedah boleh duduk serumah dengan perempuan simpanan Arumugam?

Aku ingat mereka ini berpakat, Murshidah bersuami dua, Arumugam pula beristeri dua. Murshidah beragama islam, Arumugam pula beragama hindu. Bersuami dua istilahnya POLIANDRI. Beristeri dua (atau lebih) istilahnya POLIGAMI.

Dua-dua amalan ini memang wujud dan diamalkan dalam masyarakat. Syariat poligami wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama islam.

Syariat poliandri pula wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama Hindu. Alkisah dalam keyakinan orang Hindu, ada seorang Dewi bernama Dewi Drupadi punya sumai 5 orang dalam satu masa. Lima orang suami Dewi Drupadi ini adik beradik Pandawa iaitu Pandu, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Jadi dalam syariat Hindu, isteri bersuami lebih daripada satu itu memang wujud dan dibenarkan.

Alahai nampaknya Murshidah dan Arumugam sudah betukar dan berkongsi syariat. Syariat poligami untuk orang Islam sudah dipakai oleh Arumugam. Syariat poliandri untuk orang Hindu telah dipakai oleh Murshidah. Direstui pula oleh Ustaz Azizan MB Kedah. Toleransi sungguhlah kerajaan PAS ini nampaknya. Syariat Islam dan Hindupun boleh ditukar-tukar.

Inilah nasib bila belajar syariat, undang-undang dan toleransi agama, tapi tidak takut Tuhan. Digunakan pula agama itu untuk dapat kuasa memerintah dan hidup nafsu nafsi dan sesuka hati.

Bila Tuhan tidak ditakuti, macam-macam boleh terjadi.
p/s : Ada lagi pembohongan dahsyat Mursyidah, nantikan cerita ini tidak lama lagi.