Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Kenyataan Media - Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

- Kenyataan Media  -

Tangkapan Ketua Wanita Keadilan yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang dilihat sebagai satu tangkapan yang bermotif dan biadap.Ini kerana Yb Zuraidah yang hadir di SUK Perak pagi tadi mempunyai Kad Undangan dari Kerajaan Negeri untuk mengikuti sidang Dun,akan tetapi ia menjadi kecoh apabila Yb zuraidah dipaksa keluar dan hanya kerana menegur cara Polis yang ada untuk bercakap dengan Baik akhirnya ditahan.

Saya selaku Ketua Srikandi Keadilan yang juga berada disana merasakan ianya amat BIADAP dan ini menunjukan bahawa pihak Berkuasa seolah-olah berpihak kepada suatu Pihak sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Saya juga mengutuk Keras terhadap penangkapan kesemua RAKYAT yang hadir pagi tadi kerana menganggap bahawa itu satu bukti sokongan mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Selaku wakil Srikandi Keadilan , kami mengutuk semua Penangkapan dan Sikap Polis yang BIADAP pada hari ini.


Siti Aishah bt Shaik Ismail.
Ketua Srikandi Keadilan

4 comments:

UsRaH SaEEdaH berkata...

saya selaku TIMBALAN dan juga anak kepada beliau memang tengah bengang tahap cipan nak mampus..sebb mampus pun tak bengang camni..kak sya...tgkla....farah ada peluang je..memang farah mengamukkkk kat derang nih...berani derang buat camtu...setannn!!!!!!!!!

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

Ha UBN baik korang baik-baik..ni kalau ketua + timbalan + srikandi satu malaysia sya rasa bukan je UBN tapi Polis pun takan boleh buat apa-apa...jangan jadi balaci la oi!!!

helmiehassan berkata...

Assalamualaikum srikandi-srikandi...

1. Apabila melanggar peraturan, sepatutnya hukuman berat dikenakan. Saya rakyat Malaysia menyeru semua pengkhianat-pengkhianat yang ditangkap pada hari ini diberi hukuman maksimum, memporakperandakan masyarakat Malaysia.

2. Jangan fikir Malaysia ini negara rimba, ikutlah undang-undang dan perlembagaan Negara. Tumpukan kepada perlaksanaan dasar-dasar serta pembinaan negara bangsa di 4 negeri pembangkang yang lain.

3. InsyaAllah, Kuasa Allah penentu segalanya.

Amin

UsRaH SaEEdaH berkata...

peraturan dunia barulah nak kena setimpalkan hukuman...

undang2 akhirat tak nak pedulikan plak..

masalahnya yang ditangkap bukan orang yg sepatutnya....

kalo derang tak buat kecoh..tak buat kacau..rakyat pun tak memberontak...

bler kebenaran depan mata takkan nak berdiam pula...

jangan jadi pak angguk atau pak turut plak....

tepuk dada tanya iman la..

to kak sya-->kita akan buat tindakan n susulan lanjut.....