Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




ADUN BOTA (BN) SERTAI PKR - 2 LAGI AKAN MENYUSUL...

BERITA TERKINI DARI M-STAR ONLINE

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk
Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa
hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat
sini pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit
merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua
menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit
menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua
tahun sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau
bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat
khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang
mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan
kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan
suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas
pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti
dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan
untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu
parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada
Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR,
Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah
Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin
merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam
Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan
sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di
Perak," katanya.


...........mstar0nline ............


PERKEMBANGAN MUTAKHIR !

Dua lagi Adun BN Perak akan sertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Berita perkembangan terkini akan menyusul.

0 comments: