Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Ramlang Porigi Akhirny Dipecat Oleh JAKIM..!

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, tanpa memberikan sebarang alasan konkrit, surat itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada sudah mencukupi" untuk memecat Ramlang.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto, kanan) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu Jun lepas.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Menurut Wan Mohamad lagi, yang juga bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan Nombor Satu Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman (domestic inquiry) berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.


BEGITULAH RUPA SYAITAN SEBENAR UMNO ...

Sya : inilah masalah orang kita tak boleh nak terima kenyataan...kerana menjadi lawan kepada UMNO/BN seorang manusia ni yang jadi mangsa....nampaknya politik lebih dipentingkan dari Agama oleh puak-puak ni....Buat la apa yang kamu mahu tapi ingat Allah swt sentiasa ada!!!

4 comments:

shahboy berkata...

emm UMNO tu syaitan.. emm bagus la Tuan Guru hangpa tu ajar hangpa emm..

Orang islam pun di syaitankan.. emm sy pun kagum la dgn tuan guru hangpa tu..
siap bole jamin orang masuk syurga..

tak pe la sy doakan untuk kesejahteraan anda semu..
maklum lah doa orang teraniya ni paham.. paham je la..

P/S: imam shafie x de pun letak title dia Tuan Guru.. Mungkin Tuan Guru hangpa ni lebih hebat dari Imam Shafie kot..??

salam.. ;)

PAPA GOMO berkata...

YO LAH SHAHBOY...
UMNO DISAMAKAN SYAITAN..
UMNO DISAMAKAN YAHUDI..

DAP????

PEH...PELUK CIUM TU...

RAMLAMG PORIGI TU TAK HERAN..
DUIT DAH BANYAK KOT???

ABG TAK FITNAH. ABG CAKAP KOT???

ADIK SYA BILA KITA BOLEH KELUAR MAKAN BERSAMA???

Pewaris Melayu berkata...

lagi iblis Pas pkr..

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

salam...

shahboy :umno tu berupa ke...kalau sya cakap dia macam syaitan pun yang nak terasa apsal???kalau anda tak buat apsal terasa...bab Tuan Guru tu suka korang la nak cakap apa,masing-masing ada pendirian...

Gomo :kalau dia tak dedah kes ni agak dia kena berhenti tak??hanya sebab dia terlibat kerana isu tu dia di zalimi...ini tunjukan korang tak profisional!!

Melayu-kini : pkr/pas iblis ke apa ke korang lebih tau apa yang korang cakap..