Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Najib nak amik alih Perak???

NAJIB DAN ZAHID AKAN BINA SRATEGI BARU????

Berita terkini yang hangat di Perak ialah perletakan jawatan
dato Seri Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan perhubungan
UMNO Negeri Perak.

Difahamkan perkara ini disentuh dalam perjumpaan ADUN BN
perak bersama YAB Dato Sei Najib. Hasil perjumpaan itu Dato Najib
bersedia untuk menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Rata-rata ahli Umno menyambut baik perlantikan itu demi
memantapkan kekuatan UMNO Perak. Selamat datang
Dato seri Najib dan terima kasih atas jasa Dato seri Tajol.

Semoga Dato Tajol sentiasa sihat dan dapat terus meberi
sumbangan kepada umno dan masyarakat.

Moga-moga Chief (Dato Seri Nazri Aziz yang merupakan
Ketua Bahagian Padang rengas) akan dilantik Timbalan
Pengerusi Perhubungan.

Kami mendoakan agar chief dapat diberi kepercayaan untuk
menolong Dato Najib menguatkan UMNO dan BN Perak.

Sya :

Najib nampaknya risau walaupun dia kata tak Risau,sebab dia mengambil tindakan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak...Kerisauan pemimpin Umno ada asasnya sebab dikhabarkan akan ada lagi dari puak UMNO yang akan Lompat ke PR..

Adoiyai!!nampaknya kerap la kita nampak muka Najib di Perak ni..Tajol akhirnya menyerah kalah...Sekurangnya dia sedar kelemahan diri dia...Di Terengganu Najib dah basi dia ingat dengan mai ke Perak dia boleh diterima ke??Sorry Najib tempat lu bukan disini!!Semoga dengan kedatangan hang akan buat lebih ramai orang yang akan meluat dengan UMNO/BN...

7 comments:

PAPA GOMO berkata...

ASALAM...ADIK SYA...

EMMM TAJUK TU KURANG BETUL LAH PENGGUNAAN EJAAN NYA..

AMIK....HARUS MENGGUNAKAN AMBIL!!!

EMM INI TAJUK!!! SO KENA BETUL AYATNYA.

KALAU CIT-CAT KITA BALUN JE SYA.

OK ADIK SYA???

ABG GOMO DAH LIST KAN BLOGG ADIK DALAM BLOG ABG!!!

SALAM PERKENALAN...

Anak Kuala berkata...

Tajuk asal dia
"selamat Datang Najib"
Berita terkini yang hangat di Perak ialah perletakan jawatan dato Seri Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan perhubungan UMNO Negeri Perak. Difahamkan perkara ini disentuh dalam perjumpaan ADUN BN perak bersama YAB Dato Sei Najib. Hasil perjumpaan itu Dato Najib bersedia untuk menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak. Rata-rata ahli Umno menyambut baik perlantikan itu demi memantapkan kekuatan UMNO Perak. Selamat datang Dato seri Najib dan terima kasih atas jasa Dato seri Tajol. Semoga Dato Tajol sentiasa sihat dan dapat terus meberi sumbangan kepada umno dan masyarakat. Moga-moga Chief (Dato Seri Nazri Aziz yang merupakan Ketua Bahagian Padang rengas) akan dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan. Kami mendoakan agar chief dapat diberi kepercayaan untuk menolong Dato Najib menguatkan UMNO dan BN Perak.

terima kasihlah ambik artikel saya. Cuma lain kali link atau bagitaulah sumber nya. kita orang islam tak baik mengambil sesuatu tanpa kebenaran. Eloklah pi dengar ceramah dr haron tu. moga-moga dapat bertaubat sebelum terlambat

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

terima kasih la anak kuala...tajuk takan sya nak buh yang sama...sapa mau najib..sya tak mau dia so buat apa nak ucap selamat!!!

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

ni gomo tak jawab lagi ni isu ISA..amacam gomo???

Asrol berkata...

NIH HAH BAHGAL2 UMNO SEMUA.MEH BACA

Monday, July 16, 2007
Abdullah perlu pecat timbalan menteri samseng
Rencana pengarang

Dakwaan seorang duda beranak dua Amir Bazli Abdullah, 37 beliau dibelasah dan dipukul oleh seorang Timbalan Menteri Malaysia bersama rakan-rakannya sehingga mengalami kecederaan kekal yang serius tidak boleh dibiarkan dan dipandang ringan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Kejadian berkenaan tidak boleh dianggap sebagai kes terpencil dan tidak termasuk dalam hal-hal yang perlu diberi perhatian serius oleh Abdullah sebagai ketua negara. Kes itu mungkin bersifat peribadi tetapi imej yang terlekat kepada timbalan menteri berkenaan tururt sama mencalarkan imej Perdana Menteri dan negara.

Walaupun kejadian itu tidak menjejaskan kedudukan Abdullah selaku Perdana Menteri dan kedudukannya selaku Presiden Umno serta tidak menjejaskan parti berkenaan Barisan Nasional (BN), namun ia harus dilihat dengan penuh keadilan dan bertanggungjawab demi menegakkan keadilan untuk semua. Timbalan Menteri berkenaan adalah di bawah kuasa dan tanggungjawab Abdullah.

Sesungguhnya apa yang menimpa Amir Bazli itu amat dikesali dan ia adalah kesenimbungan kepada beberapa tindakan dan kelakuan sadis membabitkan orang besar dan ternama sebelum ini.

Kes seperti melibatkan bekas Ketua Polis Negara (KPN) tidak lama dulu yang menumbuk orang tahanan atau kes seorang bekas menteri menampar orang di lapangan terbang sungguh memalukan dan menggambarkan betapa rendahnya akal budi para pembesar negara ini.

Cara mereka bertindak itu, ala samseng dan mengikut amarah, seolah negara ini tidak ada undang-undang dan masih menggunakan undang-undang ‘law of the jungle” – undang-undang hutan rimba di mana siapa yang kuat dan gagah dialah menjadi raja. Apa yang mengejutkan lagi ianya didakwa dilakukan oleh seseorang yang berperangai baik dan mempunyai akhlak agama tinggi!

Biasanya pelaku jenayah dikaitkan dengan seseorang yang kurang berpendidikan, tidak berfikiran panjang atau dalam kata lain mereka yang tahap pemikirannya rendah dan kurang daya toleransi dan bersikap rasional. Jadi apabila ia didakwa dilakukan oleh seorang timbalan menteri ia mengejutkan kerana tidak mungkin seorang timbalan menteri memiliki ciri-ciri demikian di mana pelantikannya tentulah dinilai dari setiap aspek dan keperibadian yang menyeluruh.

Justeru apabila timbalan menteri bertindak demikian adalah wajar kalau Abdullah menilai semula akan perlantikannya ke jawatan itu dengan tujuan menjaga integriti kebinet dan pentadbiran beliau sendiri. Kita tidak mahu pentadbiran Perdana Mentera itu turut sama memiliki mereka yang hipokrit ataupun bersifat manis di belakang tetapi sebenarnya mereka naif dengan naluri keinsanan.

Sebaik-baik tindakan perlu diambil ialah dengan menyingkirkan timbalan menteri berkenaan sebagai suatu pengajaran kepada mereka yang lain di masa hadapan. Ia juga bagi menunjukkan bahawa Perdana Menteri hari ini sangat mementingkan kepada akhlak, keperibadian serta keunggulan perasaan kasih mengasahi sesama manusia.

Tidak syak juga perbuatan timbalan menteri berkenaan sangat kontras dengan 10 prinsip yang didokong Islam Hadhari yang angat dibanggakan itu.
Posted by Siasah at 10:46 PM

taipingmali berkata...

tiada yg menghairankan. Gafar Baba pernah menerajui MCA satu ketika dahulu.

Tindakan Tajol menyerahkan tanggungjawab kepada Najib adalah betul. Seandainya dia menyerahkan kepada YB yang ada di Perak maka akan jadi cerita lain pula.

CIKMAN berkata...

Dulu dah malu di Kuala Terengganu, ini pulak nak datang kat Perak. Orang Perak ini dah codek-codek dia tahu yang mana Permata dan yang mana berlian.

Tok Najib ni kalau datang Perak dia bolih jumpa dengan kita sahaja sya, Kita suruh MSK saja Dailog dengannya kita tunggu belasah ikut kiri dan kanan.

Yang didepan kita bagi Al-banjari tunggu dengan Kpoi cakar rimau. Kena secawan lentok lah dia.

Lepas itu dia ikut Tajol letak jawatan pulak. Di Perak ni bukan macam kat Pahang banyak Hutan lagi.

Hutan sudah habis dikerja kan olih Panglima Tajol lagi, Dia datang nak buat apa, nak pujuk orang Perak ikut dia sorrylah.Yang ikut dia tu Ayam Daging aja.. yang dah tak tau nak cari makan sendiri.

Itu pun kalau dah tak tabur gamdon lama-lama cari kandang lain pulak...betul ke Sya..Fikir..Fikir jawab Nabil..selamba.