Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.
"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.
Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.
"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.
Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP.-HarakahSya:
nampaknya cerita ni masih PANAS dan menyebabkan hati para pemimpin UMNO/BN terasa bahangnya jugak...ADOIYAI,mungkin sekarang Najib dah menggelabah menanti bulan mac ni sebab dia ibarat telur dihujung tanduk.Dengar kata ada beberapa orang yang akan lompat lagi...Pak lah dengar kata kena demam MENGEJUT hari ni sampai tak hadir pada rumah terbuka raya cina anjuran MCA...adoiyai sian Pak Lah!!!!!
0 comments:
Catat Ulasan