Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




SALAM KEMENANGAN

Kemenangan PAS adalah sesuatu yang terindah buat semua RAKYAT di seluruh MALAYSIA.Ini kerana RAKYAT telah berani bangun dan menyuarakan apa yang mereka mahu tanpa rasa takut dan gentar kepada ugutan UMNO/BN.RAKYAT telah bertambah matang dan terbuka mindanya dalam membuat keputusan bukan sahaja untuk masa kini namun ia akan memberi kesan yang baik untuk hari mendatang Insyaallah.

Bagi Paklah,Najib dan seterunya dapat kita tafsirkan bahawa RAKYAT telah menghantar satu MESEJ yang jelas bahawa mereka kini telah menolak dan akan terus menolak kepimpinan UMNO/BN.

Sokongan dan kerja kuat semua pihak amat dihargai,namun kita ingatkan diri kita bahawa kita hanya berusaha namun ALLAH SWT yang membuat keputusan.KEMENANGAN ini harus dirai namun jangan keterlaluan,dan RAHMAT KEMENANGAN ini harus di SYUKURI sepenuhnya.

Buat PEMIMPIN yang dipilih,apa dikata perlu DIKOTA!!JANGAN hanya janji tinggal janji.Kerana RAKYAT telah membuat pilihan....

SYABAS dan TAHNIAH juga diucapkan kepada semua para BLOGGERS yang memenuhi K.TERENGGANU sepanjang PRK P36 yang lalu dan menyebarkan maklumat kepada semua ,inilah hasil kerja kuat semua...walaupun peranan anda hanya dimaya namun ia telah merubah lanskap politik negara.Tulisan anda punyai pengaruh tersendiri....TAHNIAH BLOGGERS!!!!

FIKIR-FIKIR LAH!!!

0 comments: