pantas tentang senario politik tanahair maka puak-puak UMNO dan
Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi telah mengambil satu langkah yang
amat "tidak wajar" dan sungguh "memalukan". Ini berikutan aduan yang
mengatakan mereka membatalkan lesen perniagaan Cyber Cafe di seluruh
negeri Pahang berkuat kuasa serta merta mulai semalam. Kami masih lagi
cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang perkara ini. Namun,
setakat ini kami sudah memperolehi beberapa maklumat yang tepat
tentang perkara ini. Malah kami juga difahamkan ada sesetengah Cyber
Cafe yang masih dibenarkan beroperasi, itupun sehingga jam 7.00 malam
sahaja. Jika mereka tidak akur dengan peraturan terbabit, maka
tindakan tegas akan diambil. Ini menyebabkan ramai pengusaha Cyber
Cafe di sekitar bandar ini, malah di seluruh negeri Pahang kini
mengalami tekanan akibat arahan terbaru ini. Mereka ternyata hairan
dan pelik dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan
dan kerajaan itu.
Kami cuba menyelongkar permasalahn terbabit. Alasan yang diberikan
ialah kebanyakkan Cyber Cafe membenarkan permainan "Judi Haram" di
premis mereka sejak akhir-akhirnya. Anehnya, jika pun benar perkara
itu maka apakah kewajarannya semua premis berkenaan harus ditutup atau
dikenakan tindakan. Inilah yang dikatakan "kerana nila setitik maka
rosaklah susu sebelanga". Menurut maklumat, arahan terbabit
dikeluarkan setelah mendapat "mandat" daripada pihak polis. Soalnya di
sini, bukankah pihak polis boleh menyiasat kes judi haram ini dengan
lebih teliti lagi dan hanya mengenakan tindakan kepada premis yang
berkenaan sahaja. Kenapa harus kesemuanya menanggung akibat?. Amatlah
tidak wajar sama sekali tindakan ini dikeluarkan dikala kerajaan
sendiri ingin menggalakkan supaya rakyat celik ICT dan komputer.
Tambahan pula jika arahan ini arahan ini dikenakan, maka tiada gunanya
dibina Koridoraya Pantai Timur (MSC) di Kuantan yang terletak di Jalan
Lim Hoe Lek bersebelahan Stadium Darul Makmur Kuantan. Dunia ICT
adalah bersifat global dan tiada sempadan. Justeru itu mengapa harus
mereka menghukum dan melakukan tindakan sedemikian rupa?. Inilah yang
kini menjadi persoalan seluruh rakyat kini.
Menurtu salah seorang pengusaha terbabit "Saya hairan dengan arahan
secara tergesa-gesa. Kami berani membuat akuan sumpah bahawa tiada
permainan judi di premis kami, namun kenapa kami harus dipersalahkan?.
Jika konsep ini diamalkan oleh kerajaan, maka eloklah semua
pusat-pusat hiburan yang bercambah di bandar ini ditutup kerana
dipercayai ada yang menjalankan kegiatan pelacuran. Mereka sengaja
mahu menutup periuk nasi kami. Bahkan kami juga yakin tindakan yang
dilakukan ini adalah berasas kepada politik semata-mata dan bukannnya
alasan demi alasan seperti yang diperkatakan sebenarnya". Beliau telah
lama membuka Cyber Cafe di bandar ini amat kecewa dengan tindakan itu.
"Saya telah menerima surat pembatalan lesen tersebut yang
ditandatangani oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan dekat
sini. Selain daripada itu, agak aneh kerana salinan surat berkenaan
dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Ini bermakna
memang arahan yang dikeluarkan ini adalah datangnya daripada pihak
kerajaan sendiri. Apakah motif semua ini?.
[Nampak benar Kerajaan Negeri Pahang sudah ketandusan idea untuk
menghalang gelombang kebangkitan rakyat sebenarnya. Mereka bertambah
takut bila mengetahui ramai pengundi muda akan mengundi dalam
pilihanraya umum ke-13 nanti. Tambahan pula mungkin puak-puak UMNO
melihat bahawa Cyber Cafe adalah salah satu "sumber maklumat terkini"
penyokong Pakatan Rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini. Justeru
itu, bagi menghalang mereka mendapat maklumat tersebutlah akhirnya
tindakan drastik ini terpaksa dilakukan. Kami amat yakin dengan apa
yang terjadi ini akan mempercepatkan lagi "reputnya UMNO karat" di
bumi Pahang Darul Makmur ini. Mereka langsung tidak mengambilkira
masalah yang akan menimpa sebahagian besar pelajar IPT yang menjadikan
Cyber Cafe sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat dan rujukan serta
menyiapkan berbagai kertas kerja dan projek kursus yang diberikan oleh
pensyarah masing-masing. Penutupan tersebut jelas amat tidak beretika
sekali serta melambangkan ketakutan puak-puak UMNO dengan dunia ICT
yang diilhamkan oleh pemimpin mereka sendiri ]
sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/
0 comments:
Catat Ulasan