Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Betul ke Kerajaan PR Perak Rampas Gerai? TV3, selidik la betul-betul!

Nuffnang Ads

Oleh: Ustaz Zulkifli Ibrahim

Pengarah Urusetia Penerangan, Negeri Perak

Malam semalam, menerusi slot Buletin Utama, rangkaian stesyen swasta MEDIA Prima melalui TV3 telah menyiarkan berita mengenai Kerajaan

Pakatan Rakyat Negeri Perak telah merampas gerai orang awam yang terdapat di sungai Siput.

Tidak habis dengan fitnah penutupan tadika kemas yang masih diputarbelitkan walaupun isu itu sudah terang lagi bersuluh, media-media kuncu BN ini masih tidak serik-serik menimbulkan fitnah walaupun mereka tahu bahawa menyiarkan berita bohong itu adalah merupakan pantang dalam etika kewartawanan.
Melalui maklumat yang diterima dari salah seorang pegawai yang terdapat di Pejabat Daerah Sungai Siput, isu tersebut berlaku apabila peniaga-peniaga yang terdapat di premis tersebut telah dipotong bekalan elektrik dan air oleh pihak-pihak berwajib.

Siapakah yang memberikan arahan kepada mereka untuk memotong bekalan elektrik dan air?

Jawapannya sungguh mudah! Bekalan air dan elektrik dipotong adalah disebabkan oleh pemilik premis berkenaan iaitu JKKK terdahulu telah menutup akaun elektrik dan air mereka. Itu sahaja! Jadi biasalah, apabila akaun telah ditutup, maka elektrik dan air akan dipotong dan akan disambung semula apabila akaun baru dibuka untuk premis berkenaan oleh TNB dan Lembaga Air Perak. Oleh yang demikian, tidak timbul isu bahawa penutupan elektrik dan air itu datang dari arahan pihak kerajaan.

JKKK terdahulu menutup akaun elektrik dan air kerana pengurusan mereka telah pun tamat tempoh apabila JKKK yang lama telah ditukar dengan JKKK yang baru. Sekarang ini pengurusan premis berkenaan telah pun diserahkan oleh JKKK yang lama kepada JKKK yang baru pada 31 Disember 2008. Apabila JKKK yang baru mengambil alih pengurusan premis, mereka ingin membuka premis berkenaan kepada penyewa baru yang dibuat secara tender terbuka. Apa yang silapnya ialah, JKKK yang baru tidak memberikan notis pindah lebih awal kepada penyewa untuk mencari tempat perniagaan yang baru. Jadi ini menimbulkan masalah apabila JKKK lama telah menutup akaun yang menyebabkan elektrik dan air dipotong sebelum mereka sempat berpindah.

Kenapa JKKK baru tidak terus membuka akaun elektrik dan air yang baru sebaik sahaja mengambil alih? Kenapa JKKK baru mahu mencari penyewa baru? Adakah ia bermotifkan politik?

Jawapannya, menurut maklumat yang diperolehi, penyewa sekarang sudah lama tidak membayar sewa kepada JKKK dan sewa mereka semakin lama semakin tertunggak. Oleh kerana tidak mahu perkara ini berlarutan, maka mereka membuat keputusan untuk mencari penyewa baru secara tender terbuka. Maka dengan sebab itulah mereka masih belum mahu membuka akaun baru sehinggalah mendapat penyewa yang baru.

Dalam konteks ini kedua-dua belah pihak bersalah. Kesalahan JKKK baru ialah kerana mereka tidak mengeluarkan notis lebih awal dan kesalahan penyewa ialah mereka liat nak bayar sewa. Isu ini masih dalam peringkat perbincangan dan dalam usaha untuk diselesaikan oleh Penghulu dan Pejabat Daerah.

Hanya yang dikesalkan, kenapa isu kecil sebegini pun mahu dipolitikkan dan dilontarkan fitnah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak? YB Datuk Ahamad Pakeh Adam, Adun Lintang turut sama sibuk melibatkan diri mengeluarkan kenyataan memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sedangkan beliau sepatutnya sebagai seorang pemimpin harus menyelidiki isu ini terlebih dahulu dan menyesaikan dengan cara yang terbaik.

Bapak Borek anak Rintik! Datuk Ahamad Pakeh Adam nampaknya menurut perangai pimpinannya seperti Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Agaknya inilah yang jadi kepada pemimpin-pemimpin Umno kini. Suka memperjuangkan isu secara membabi buta

0 comments: