Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Siri 33 : Guan Eng berdemo anti Israel, Fairus entah ke mana


Memalukan-ketika lebih 3000 rakyat Pulau Pinang berdemo anti Israel dan Amerika di perkarangan masjid Kapitan Keling, Jumaat bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng, Exco Hal Ehwal Agama Islam Mohammad Fairus Khairuddin entah di mana.

Sejak 16 Disember tahun lepas, Fairus tidak berada di pejabatnya.

Guan Eng yang tiba sejurus selesai umat Islam solat Jumaat dan diikuti solat hajat terus menyampaikan ucapan bersemangat mengutuk Amerika dan Israel.

Turut berucap Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim, Pengerusi Teras Melayu (Teras) Azmi Hamid, Presiden Persatuan Pengguna P.Pinang SM Idris dan beberapa pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Fairus sebelum ini dalam kenyataan media membidas Persidangan Negara-negara Islam (OIC) hanya berpeluk tubuh dalam menangani isu kezaliman Israel.

“Fairus juga nampaknya berpeluk tubuh, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap,” kata seorang peserta demo petang tadi.

Masjid Kapitan Keling hanya terletak kira-kira dua kilometer dari Komtar, pusat pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

Peserta demo kemudiannya berdoa sebelum membakar patung Presiden Bush dan bendera rejim Zionis Israel sebelum menamatkan demontrasi pada jam 3.00 petang.

0 comments: