Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Saya memohon Gerak laporkan Tok Guru kepada SPRM - malaysia...

Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr
Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana
mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau
dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban
Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti
terhadap MB Selangor").

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi
(Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu
telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan
kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu
mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi
Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam
Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di
bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan
negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat
berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM
terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk
memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor
pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor:
Kelantan sumbang RM1 juta").

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu
dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk
meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan
peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau
sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru
ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk
wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah
berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu'min
itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk
menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan
dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan
dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu
mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada
ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru
sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada
mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah
Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan
peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin
yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri
juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan
kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan
kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).

~penarik beca

0 comments: