Ahad lalu, Nasaruddin yang pernah menjadi Ahli Parlimen Parit dan Pengerusi Felcra Bhd mengumumkan keluar Umno dan menyertai PKR.
Sementara itu, ketika ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan, di sini kelmarin, Najib berkata, tidak wajar ahli atau pemimpin BN meninggalkan parti pada ketika sokongan dan kesetiaan mereka diperlukan.
"Apa juga masalah dihadapi... sama ada peribadi atau tidak puas hati terhadap parti tidak wajar dibalas dengan tindakan mengetepikan parti. Semua wakil rakyat BN mesti faham Umno dan BN banyak menabur jasa pada semua orang dan negara.
"Tak wajar jika kita ada masalah peribadi atau tak puas hati, nak tinggal atau ketepikan parti dalam saat parti perlukan sokongan dan kesetiaan kita," katanya, yang sebelum itu menghadiri majlis sama anjuran MCA Pusat.
Beliau mengakui terkejut dengan tindakan Nasaruddin menyertai PKR, tetapi yakin ia tidak akan disusuli pemimpin BN lain.
Ditanya sama ada Nasaruddin boleh diyakinkan untuk kembali semula ke pangkuan Umno, Timbalan Perdana Menteri berharap bekas Pengerusi Felcra itu berfikir sedalam-dalamnya mengenai apa sudah dilakukannya.
Sya :
Jangan yakin sangat Pak Najib oii,mana hang tau takan ada lagi orang umno yang nak lompat ke Pakatan Rakyat...Hang bukan Tuhan!!!Inilah akibatnya kalau kita terlalu cakap BESAR dan banyak buat DOSA...Sekarang ni boleh dianggap zaman kejatuhan UMNO/BN tambahan lagi orang macam Najib yang nak dijadikan PM..Adoiyai!!!....
Kepada Semua yang dah mula sedar..sya nak ucapkan WELCOME TO THE CLUB!!!!!
SELAGI KE ANDA IKHLAS KAMI MENERIMA ANDA DENGAN HATI TERBUKA!!!!!
LAWAN TETAP LAWAN!!!!
2 comments:
DARI PERAK BANGKIT.....
Lihat, pandang dan dengarlah. Apa benar ikhlaskah jiwa Nasaruddin buat PC lompat PKR? Anwar ada banyak duit. RM20 juta untuk Nasaruddin. Senang jer kan nak pau duit Anwar. Mudah saja.... Lompat parti laaa.....
Jadi apa yang Blues Untuk Rakyat dapat daripada Anwar? Kosong. Yang pi sokong dia buat apa? Kome kena tipu jer! Apa yang Mat Saman Kati dapat? Kosong jugak! Apa yang Manjung Mari dapat? Kosong jugak! Apa yang Sya Reformis dapat? Buang masa jer menulis blog..... dapat taik jer la.... Apa yang Ummi Anni dapat... Kosong jugak....
Kome bukan orang politik.... Kome ni hanya bahan permainan orang politik jer... Apa yang Bloggers Network duk buat sekarang... Buat bodoh ajer lah... Dan buat kerja-kerja yang bodoh ajer. Yang dapat duit siapa? Nasarauddin orang UMNO. Kahakahakahakahkakakakakakakakakkaka! Buat gelak dek unter ajerla...
apa macam BRO MAT & THE GENG....?
biarka mereka menyalak lantang kerana bunyinya tetap sama...tiada apa yang lain kerana mereka tetap mereka..kita bersatu jangan goyah..mohon kekuatan dari Allah...insyaallah berjaya...!!
Catat Ulasan