Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Eksklusif: Raja Sesumpah Ezam Bakal Menyerang Anwar Di Kuala Trengganu!!!!



Eksklusif:Sila Pastikan Beliau Akan Tenggelam Bersama Labu-Labunya Di Sana


KUANTAN - Raja Sesumpah, `Ezam Mohd Noor' telah membuat kenyataan bahawa beliau akan bersama-sama membantu kempen UMNO di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Kami telah menjangkakan pasti `Raja Sesumpah' ini akan muncul kerana `di mana ada gula di situ ada semut'. Cuma kami tidak pasti samada beliau akan datang bersama Dato' Nalla sahabat karibnya atau pun datang bersama rombongan yang diketuai oleh Ramlan `Raja Bogel'. Jika benar, selamat datang buat Ezam dan rakan-rakannya ke Kuala Terengganu. Setelah Ezam bertungkus lumus `menjual ubat' di Permatang Pauh dulu, walaupun `jualan ubat'nya bankrap dan makan modal, kini Ezam akan `menjual ubat' lagi Kuala Terengganu dengan modal yang lain pula. Harap-harap jangan kedatangan Ezam membawa `bencana' buat UMNO di sana seperti di Permatang Pauh. Raja Sesumpah ini membuat kenyataan di media dan dipetik seperti berikut,'Beliau juga mengakui menerima jemputan calon Barisan Nasional yang bakal bertanding Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk membantu kempen di sana dan matlamat beliau adalah untuk mendedahkan kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cita-cita 16 Septembernya'. Kenyataan Ezam itu memperlihatkan betapa hasad dengki beliau tidak putus-putus terhadap Anwar secara peribadi."

Baca lanjut di :

Pahang Daily Online:

Sya :

Raja sesumpah ini dilihat macam cuba nak promosi diri dia yang tak laku tu.Rasanya kalau timbang kilo pun orang tak mau...Aku pun rasa dia ni memang muka tebal,tak tau malu orang dok kata kat dia yelah namapun sesumpah..selepas dia gagal di P.Pauh dia membawa pula diri yang tak de harga tu ke K.Terengganu,untuk membantu katanya tapi aku rasa menyemak lagi ada la.Apa yang dia tak puas hati pada Anwar pun aku tak faham mungkin dia ni memang dah busuk hati itu pasal jadi macam ni.Manusia kalau takde akai takpe lagi tapi kalau busuk hati abis rosak!!!!So Ezam aku pun nanti nak kesana gak nak jugak tengok sesumpah berwajah manusia...Pastu manatau ada aksi bogel-membogel ke kat sana nanti....sama-sama kita tungguuuuuu!!!!!

0 comments: